Followers


familia

familia

mOsHi2


jujur setia dan cemburu -

>> Wednesday, August 06, 2008

Semalam aku pengsan lagi.. nape ye makin lemah diri aku sekarang? Maner pergi hilang sume semangat aku selama nih? nape ye?! Nape sekarang sikit tekanan yang aku dpat tak mampu nak bertahan? Aku nak kuat mcm dulu!!!!

Banyak punca nape aku boleh pengsan semalam.. mcm2 yang aku pikir dalam pale ni.. sume nyer ku simpul jadi 1 segumpal masalah..
Paling terkesan dalam hidup aku is aku bertikam lidah lagi dengan dia….

Sungguh luluh hati aku nih bile sering ajer aku tikam lidah dengan dia.. salah kah aku? Aku tak tau pada siapa untuk aku luahkan ape aku rase sekarang nih? hanya kat sini je aku mampu nak luahkan ape yang sarat dalam hati aku. Sesungguhnya aku amat lemah untuk berhadapan dngn sume nih..

Di satu sudut aku mmg salah..ku akui salah aku dalam hubungan aku dengan dia. Tak mampu untuk jadi mcm ape yang dia inginkan..

“kejujuran dan kesetian”
_ syarat dalam sesuatu hubungan. Pincang salah satu darinya pincanglah hubungan yang terbina.. aku mampu untuk setia dalam hubungan antara aku dengan dia..mungkin aku tidak cukup telus untuk lebih jujur dalam hubungan. Tidak sumer mampu untuk berlaku jujur.. malah ader ketikanya kita terpakse untuk tidak jujur demi untuk elakkan sesuatu .. bukan aku minta untuk tidak berlaku jujur, ader kala aku terpaksa untuk melakukannya walau ia sebenarnya tidak aku inginkan.!

Huh.. sukar untuk aku luahkan apa sebenar yang berlaku antara aku dengan dia..ape yang jelas aku lihat tika ini, jurang missed comunication antara aku dengan dia amat ketara . mungkin aku belum cukup matang untuk sumer ini atau kurangnyer pemahaman lelaki terhadap wanita..?

“cemburu”
---- perlu kah ia ada dalam hubungan kalau ia hanya untuk menjadi racun dalam hubungan ajer? 1 perkataan yang yang bisa bikin porak peranda jika salah manfaatkan dalam hubungan,!

“cemburu, kejujuran dan kesetian”
cukup lah hanya 3 perkataan ini yang sering dicanangkan ! hilangnya kejujuran dan kesetiaan maka rosaklah hubungan yang terbina. Tak tahukah dia “cemburu “ juga bisa jadi racun dalam hubungan kalau cemburu itu amat keterlaluan?

Oleh kerana perasaan cemburu ini lah yang menjadikan aku sukar untuk berlaku jujur…
Demi menjaga hati dia untuk tidak berimaginasi lebih maka aku terpaksa untuk menipu tak jujur untuk elakkan makin menjadinya perbalahan.. cemburu itu perlu.. sebagai rencah hubungan. Tapi kalau terlebih cemburu, cemburu tak bertempat,membabi buta..kan ia menyusahkan?!
itu yang berlaku untuk aku tika ini. untuk elakkan cemburu membabi buta sang kekasih aku terpaksa menipu . bukan aku pinta untuk menipu!! hati siapa yang tak sakit andai kerap di tuduh bukan2 semata mata perasaan cemburu yang menggila dalam diri? salah aku sebab menipu.. tidak jujur... tapi mengertilah aku tak pinta jadi begini! tapi sikap dia yang terlalu cemburu itu memaksa aku!!!!!
tahukah kau sedarkah engkau.. perasaan cemburu mu itu bakal memusnahkan kita? bukan sifat ketidakjujuran aku?.... aku bisa jujur andai dia mampu untuk kawal cemburu yang beraja!!! cemburu yang menjadikan diri dia paranoid !!!!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP