Followers


familia

familia

mOsHi2


lagu rakyat kanak kanak

>> Monday, March 14, 2011

baru sedar yang aku punya habit suke nyanyi lagu OLd Mc donald... kadang kadang without knowing aku slumber je nyanyi... fun sangat! lagu ape? ala.. lagu bebudak nak membesar tgk dunia.. lagu dia mcm nih...

Old MacDonald had a farm,
Ee i ee i oh!
And on that farm he had some chickens,
Ee i ee i oh!
With a cluck-cluck here,
And a cluck-cluck there

Here a cluck, there a cluck,
Everywhere a cluck-cluck
Old MacDonald had a farm
Ee i ee i oh!

Old MacDonald had a farm,
Ee i ee i oh!
And on that farm he had some dogs,
Ee i ee i oh!
With a woof-woof here,

And a woof-woof-woof there
Here a woof, there a woof,
Everywhere a woof-woof
Old MacDonald had a farm
Ee i ee i oh!

Old MacDonald had a farm,
Ee i ee i oh!
And on that farm he had some turkeys,
Ee i ee i oh!

With a gobble-gobble gobble-gobble here,
And a gobble-gobble gobble-gobble there
Here a gobble-gobble, there a gobble-gobble,
Everywhere a gobble-gobble-gobble
Old MacDonald had a farm
Ee i ee i oh!

Old MacDonald had a farm,
Ee i ee i oh!
And on that farm he had some cows,
Ee i ee i oh!
With a moo-moo here,
And a moo-moo there
Here a moo, there a moo,
Everywhere a moo-ooo
Old MacDonald had a farm,
Ee i ee i oh!

itu lagu barat. but sedar tak kite pun ader lagu jugakkan. pernah dengar lagu Anak Itik Tok Wi, Anak Rusa Nani, Ayun Adik Ayun, Bapaku Pulang @ Kereta Kecil Merah, Burung Kakak Tua, Geylang, Lagu 3 Kupang, Oh Bulan, Rasa Sayang, Saya Ada Kuda, Suriram ,Tanya Sama Pokok,Enjet-Enjet Semut dan Burung Kenek-Kenek? (habis aku senaraikan ape yang aku ingt)

dolu dolu mungkin , yelah... lagu zaman kanak kanak comey waktu kite membesarkan? tingat dulu mase tadika cikgu ajar nyanyi lagu lagu tu. mase sekolah rendah pun bile ader subjek music bukan main semangat nak nyanyi.

MESKIPUN pencipta lagu-lagu rakyat tidak dapat dikenal pasti identitinya, tetapi lagu-lagu seperti Burung Kakak Tua, dah lama dinyanyikan oleh masyarakat Melayu di negara ini. tol tak?


dulu, lagu-lagu rakyat mcm ni begitu popular di kalangan kanak-kanak, tetapi sedekad kebelakangan ini ia dikatakan semakin terpinggir daripada terus dinyanyikan oleh generasi muda.

Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan ramai kanak-kanak hari ini terutamanya golongan Melayu yang tidak mengetahui tentang kewujudan lagu-lagu rakyat yang pernah menjadi siulan nenek moyang mereka suatu ketika dulu.
setuju tak?

aku rase bebudak zaman skunk tau lagu justin bieber tu yang baby.. baby.. perghh jaki sungguh aku kalau dengar orang nyanyi lagu itu. sebab i hate justin bibir tebal tau. kalau satu dunia gila kat budak ni. aku sikit pun tak suke... kalau cukup korum sepapat komponkutuk2 sape yg minta justin bieber...

so y not kalau kite ingat2 balik lagu dolu dolu yang menceriakan zaman kanak kanak kite... mcm lagu anak itik tok wi... jom nyanyi reramai.. hihihi


anak itik Tok Wi
mandi dalam kolam
buat apa Tok Wi
ubat limau lelam

sakit apa Tok Wi?
sakit sendi tulang
ubat apa Tok Wi
ubat sengal tulang

dalam paya orang berakit
buluh layu patah sebatang
dalam dada terasa sakit
sakit rindu abang seorang

letak dulang berhias tepi
bunga perca rebah bertindih
dengar abang adik menyanyi
lagu resah orang berkasih

harap-harap tumbuhnya padi
tapi lalang tumbuh sebendang
harap-harap kasih menjadi
sampai masa tinggal seorang

kalau padi katakan padi
jangan hampa tertampi-tampi
kalau sudi katakan sudi
jangan kita ternanti-nanti


Read more...

bomoh


tajuk entry ni mungkin boleh bagi pelbagai persepsi atau pandangan masing masing. but kenapa Bomoh jadi pilihan aku untuk di jadikan tajuk entry?


ape itu bomoh? atau pawang? atau shaman? atau pak dukun? kalau ikot wikipedia:

A bomoh or dukun is a shaman in Malaysia. The bomoh's original role was that of a healer and their expertise was first and foremost an in-depth knowledge of medicinal herbs and Malay geomancy. This was supplemented by Sanskrit mantera (mantras) owing to the ancient Hindu-Buddhist influence in the region. The word is Malay, but there are bomoh of all religions and races.

Some bomohs use cemeteries to summon spirits to fulfill requests by supplicants, while others only deal with a single spirit. It is said that sometimes the bomoh selects the spirit, while other times, it is the spirit who selects the bomoh. Spirits can perform healings, seek missing persons or even investigate reasons for bad luck. Spirits can also be used to possess peoples, cause sickness and miseries and many other bad things. Bomoh who have a particular religion may incorporate their religious practices into their craft.

The bomoh works with rituals and incantations, or jampi-jampi, which is derived from the verb menjampi, meaning to cure by magic.

The bomoh's craft remained largely unchanged even after Islam became dominant until the Islamic revival in the 1970s and 80s. Bomoh were then seen as deviant from the Muslim faith because of their invocation of spirits and the potentially harmful black magic they practiced. This period saw a drastic decline in authentic bomoh and many fraudulent shamans filled the void. As a result, bomoh are today looked at with suspicion even though they are still commonly consulted for personal reason.



itu definisi sal bomoh.. nak tau kenapa aku wat entry pasal bomoh?



sebab aku hairan kenapalah orang terlalu sangat nak bergantung harap dengan bomoh? alasan ape yang dipakai sehinggakan sikit sikit nak rujuk bomoh.. sikit sikit nak jumpe bomoh? kalau betullah bomoh ni berKEUPAYAAN menyembuhkan segala jenis PENYAKIT for sure lah KHIDMAT DOCTOR tak diperlukan kot... aku bukanlah nak mendabik dada untuk cakap besar sal bab bab yg semacam ini kerna ilmu aku pun tak seberapa. but sekadar luahan atau pandangan dari sisi aku tentang hal hal macam ni..

i`m sure segelintir atau hampir semua dikalangan kita pernah jejak kaki g umah bomoh atau g cari bomoh untuk mintak segala mcm penawar ubat untk segala jenis rawatan kan?

dulu mase aku kecik kecik bebudak lagi tak berapa nak dapat clear view ape itu bomoh sebab arwah tok nenek aku tk bagi nak ikot join kalau kalau diaorang g jumpe bomoh.. n ader satu kisah nih bile adik aku kekonon "dirasuk" sebab terganggu kawasan "sesuatu" . solution: jumpe bomoh. hasil daripada pertemuan konon nak berubat. aku masih ingt lagi bile satu rumah kene tabur dengan beras kunyit.bakar kemenyan 3 ari 3 malam, ayam 2 ekor, susu tin (susu pekat yang wat milo) almost sedosen n baju adik aku yang dipakai semasam kejadian rasuk di kumpullan depan rumah n dibakar. at that time terpekik terlolong la adik aku.konon "benda" tu tgh panas... pas kejadian tu terus takde jumpe bomoh bomoh dah...


mase berlalu aku pun dah besar n boleh pikir waras.. so pemahamam terhadap bomoh tu aku mula paham.. n to be honest aku sangat, sangat, sangat (triple action tuh!) tak percaya dengan manusia bergelar ‘bomoh’ ni. Silap-silap haribulan leh jadi isu syirik. Nauzubillah.



"Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk." (Surah Al-An'am : Ayat 82)



sebab bomoh ni ader yang tak betulnye jugak. entah jampi serapah ape yang diguna. hembus sana hembus sini. bagi minum air jampi (jampi yang tak tau ).. konon amalkan ayat ayat alquran. yup tapi bape ramai sebenarnya yang betul betul mengamalkan ayat ayat AlQuran semasa berubat? (kecuali darul syifa n beberapa agensi yg mengamalkan perubtan islam).

ader jugak bomoh kononya amal ayat alquran. ye.. tapi ayat alquran yang bacaannya diterbalikkan? so ape itu ?


semua ni kan syirik tapi kenapa masih ader lagi yang taksub dengan bomoh?


bukankah semua musibah yang menimpa sama ada yang baik mahupun buruk datangnya dari ALLAH s.w.t? so ape salahnya kita mohon jugak pada DIA? mintak dijauhkan ? bukannya mohom pada bomoh? bomoh yang tak bertauliah...


kadang kadang ati aku ni menyirap aje dengar bile mak cik pakcik aku bile jadi something pada one of their family members terus je g nengok bomoh... percaya sangat pada kata kata bomoh.. ikot la pantang pantang yang si bomoh ni suruh.. baiknya idak..


aku bukanlah se alim ulama atau seseorang yg penuh ilmunya. tapi bila aku sendiri lihat dengar baca tafsir kalam Allah, aku tau ader "ubatnya" untuk segala jenis penyakit. tk payah la nak jumpe bomoh bomoh bagai nih.. semua tu dah tertulis dalam Alquran. terpulang pada kita nak rajin atau malas nak amal dalam kehidupan seharian..



tak payahlah nk guna ayat clise “Kita ikhtiar.” "tak boleh cara moden kita guna cara kampung. jumpe bomoh. "



tak payah kita nak menyekutukan kan Allah dalam keadaan sedar..

Read more...

Tsunami melanda jepun

>> Sunday, March 13, 2011



last friday tumpuan dunia yang selama ni dok alert sal krisis libya beralih arah bile kejadian gempa dan tsunami melanda jepun..

terpegun bile tgk clip clip yang di tayangkan kat tv sedunia. detik detik tsunami attack jepun.... Negara matahari terbit yang terkenal dengan teknologi canggih itu sekelip mata mengalami kerosakan yang teruk, tanda bencana bukan lawannya manusia.Teringat aku ketika menonton rancangan National Geographic, bagaimana Jepun bersedia menghadapi bencana sedemikian rupa. Tembok tinggi bagi menghalang tsunami, namun hanya sekadar mimpi. Jepun kini kembali ke alam realiti, hanya menangisi apa yang terjadi.. nyata Kuasa Allah mengjangkaui batasan manusia.

gempa pada skala 9 skala ritcher merupakan paling kuat didunia dan paling Plg buruk dlm sejarah earthquake jepun dlm tempoh 140 thun dan mengatasi gegaran trburuk pd thn 1923..tsunami setinggi 10 meter membadai beberapa bandar kawasan pantai negara itu.kedudukan jepun telah beranjak sebanyak 8 kaki dari kedudukan asal akibat dari gempa yg menggegarkan negara matahari terbit itu

satu dunia meratap sedih dan simpati pada kerajaan jepun. musibah yang menimpa ini seharusnya di jadikan ingatkan buat kita sekalipun kita sering kali menghebahkan "malaysia selamat dari sebarang bencana" sekalipun kedudukan malaysia selamat dari lingkaran ancaman gunug berapi mahupun gempa, sedikit sebanyak ia tetap memberikan ancaman pada kita.









Read more...

resipi : daging masak hitam

>> Friday, March 11, 2011

ptg semalam balik keje awal dari biase. sampai rumah tanye mama " mama masak ape?"

sekali dia balas balik "bday gurl tak masak" alamak.. ni macam nak perli anak dia je nih. yelah aku bile tibe bday terus dapat cuti "umum" untuk diri sendiri. sesuka hati taknak buat keje umah. makan pun mengada nak bersuap!

bile mama dah cakap mcm tuh aku ni dengan penuh rase tanggungjawab menggunung nak gak la tunjuk bakat yang kurang ni. konon nak masak untuk mama la.. puas pikir nak masak ape..(macam teror nak masak) mama cakap nak wat kurma ayam untuk aku ngn adik. mama pulak dia nak makan daging masak hitam. ni baru dengar aje dah kecur liur nih... terus tarik kusi duduk. aku cakap "mama guide, along masak" aicehhhh ye ye la tuh!...

so jom kite tgk resipinye.



Bahan Utama :
300grm Daging (potong Kecil)

Bahan A
- Rempah 4 sekawan
- 1 Labu Bawang Besar
- 5 ulas Bawang Kecil
- 3ulas Bawang Putih
-1 biji buah Keras
- 1inci Halia
- 1inci Lengkuas
- 3 btg Serai
- 2sudu jintan putih
- 2sudu jintan manis
-3 sudu ketumbar
-3 sudu cili kisar


Bahan B


- Kicap secukupnyer
-3sudu susu segar @ santan
-1sudu kerisek
- Garam n gula

Cara2

*Tumiskan tempah 4 sekawan kemudian + Bahan2 A (yang telah dikisar) tumis sehingga naik bau n masak...
*setelah semua bahan tumis sebati n harum + daging... reneh sehingga Daging mengeluarkan air n empuk... dengan api yang kecil n tutup kuali...kalu x cukup empuk blh + air...
* setelah Daging benar2 lembut n sebati + bahan B masak lagi sehingga seimbang ngan rasa... mask sehingga kering...
* sedia dihidang.. sedap mkn ngan nasi impit atau nasi panas2..




Read more...

angah yang sentap

lucu! nak gelak pun ader. alkisah pagi jumaat yang udah bikin adikku angah membebel dengan muke "ketat". geram.. bengkek.. tension.. terus post kaT wall muka buku.

mungkin sebab angah ni tak boleh di usik "perasaan" so dia akan 'menyentap" tak hengat.

kekadang just isu kecik pun bisa bikin dia almost nak meletop!.

dan aku hanya mengabaikan... malas nak layan..

dan untuk encik redzuan. saya tahu anda teruja bile tengok saya (kenyataan yang sungguh perasan) tapi jangan sampai terlupa nak pulangkan wit baki ye darl.......





Read more...

resipi : kacang pool

>> Thursday, March 10, 2011


rasenyer dah lamer tak update blog ni dengan resipi kn? lepas clash terus malas masak? uikss boleh ke macam tu? ahahha dulik la kan.. ader nak dikesahkan?


bebaru ni mase balik ke kampung kat johor. ader singgah satu rnr ni. kebetulan kak jah order satu menu ni. "kacang pool".. korang jangan ingat "pool" lain pulak...

memula aku ingtkan kacang pool ni mcm kacang kuda rebus. hikhikhik... rupenyer idak. tak same langsung.. teruja nak merase kacang pool ni...

ermm agak sedap la rasenyer.. rase boleh ag kalau nak tambah pedas pedaskan( sebb yang aku makan tu kurang pedas) so dari pengamatan takdela susah mane nak wat kacang pool ni. sebb bahannyer sikit je...

oh ye. asal kacang pool ni sebenarnyer orang kate salah satu makanan arab.. entah ye entah tak.. yang penting halal dimakan!

meh kite view resipi kacang pool


bahan-bahan:

1 biji bawang putih-racik dadu
1 biji cili besar(kisar)/1 sudu/b lada kisar
1 biji tomato-potong dadu
1-2 sudu/b tomato sos
2 cawan daging kisar
1 sudu/k jintan manis-tumbuk
2 sudu/t jintan putih-tumbuk
1 tin kacang panggang(baked beans)
Minyak utk menumis
Garam secukup rasa
Hirisan bawang besar&hirisan lada besar
Telur goreng mata kerbau
Limau kasturi-x taruk pun ok


Cara-cara

Tumis bawang putih hingga naik bau.Masukkan lada kisar,tumis hingga naik bau.
Masukkan daging.Goreng hingga masak.Masukkan serbuk jintan manis&jintan putih.Gaul.
Masukkan tomato,gaul seketika.Masukkan kacang & sos tomato.Masak hingga ada kuah sedikit.Kalau suka lebih kuah tambahkan sedikit air.
Makan bersama hirisan bawang besar,cili besar hiris,perapan limau&ciciah bersama roti.

so boleh le mencuba!! sedap kalau makan panas2 rotinyer tu...ermm yummy!!!! erkk lapor pulak bile citer sal mkn,,

Read more...

happy bday


dedicate this to my beloved mother CHE PUTIH binti NIK AHMAD...

along sayanggggggg sangat kat mama...

sayang sayang... sangat sangat... kat mama...

n today is your special day... wanna wish u a very....







moga Allah memberkati sepanjang hidup mama, dimurahkan rezeki..

i love you so much!

Read more...

cari jodoh untuk aku?

>> Monday, March 07, 2011

Salam.

Mulakan hari anda dengan senyuman! Yes senyum la sangat kalau arini boleh lambat pulak bangunnyer. Senyum orang tak bersalah…. Huhuhu… penat balik kampung pun masih ag terasa. Lama sungguh tak balik kampung rase berat ajer nak tinggalkan kampung yg best nih.

Sempat jugaklah aku visit pak long yang tengah terlantar sakit. Ciannya pak long.. moge cepat sembuh yea.. mase dalam sibuk sibuk jenguk pak long aku jumpe la sepupu sepapat yang jarang jarang nak jumpe. Abang hairul, kak ah n abang sepupu yang aku selalu ngelat nak jumpe n penyebab utama kenapa aku tak mo jejak umah maklong. Abg ALAN!.. kalau aku tau dia ader kompom aku dah suruh mama turunkan aku kat Bandar batu pahat tu. Duduk kat situ minum minum. Tak leh nak bayangkan bile sepupu ader hati kat sepupu sendiri! Nanti jadi macam citer novel SEPUPUKU SUAMIKU! Oh tidakkkkk!!!!! Tapi nak wat cam ner nak tak nak kene gak hadap. Sampai bile aku nak lari…

Puas la aku ngelakkan diri. Aku nampak mama dok pandang tajam je kat aku. Konon-konon nak bagi isyarat “jangan tunjuk sangat kalau tak suke” ahahhaha.. borak borak dengan abg hairul. Yang ni pun satu jugak. sejak bile abg hairul aku ni tukar profession? Jadi tukang match maker? Wahhh teruja nak dengar bile sesedap hati nak match maker kan aku!

“Ipah umur bape?”

“24 tahun tapi nampak macam 18 kan?” aku gelak perasaan! Mauk lif tekan button sendirik. Mama dah terjuih mulut dengar pengakuaan perasan aku.

“ohhh dah boleh kawen la nih. Hah mak t eh nanti tak lama dapat menantu la ae” dia cuba nak cucuk cucuk mama aku dah…

“ermm hairul kalau ader yang nak ngn ipah ni. perangai tak semenggah huru hara.” Mak aku kutuk kutuk aku nih.. hampes nyerrr.

“ipah dah ader kawan ke?” abg hairul tanye lagi ni.

“ala abang ni. muda lagi malas la nak pikir.”

“eleh ye lah tuh.. ni hah kawan abang hairul nak kenal. Nak tak?”

“huh? Mereng ape kawan abg tu?” aku ni dah terbau bau niat “ekhlasss” abg hairul.

“betullah! Ok pe kawan abg tu. Keje pun bagus. Doctor lagi. Kat sepital batu pahat.”

“doctor cinta ae? Ahahahaaha. Takde maknenyer la. Malas la.”

“la kenal kenal la dulu…”

“taknakla. Takpe ipah leh cari calon sendiri.” Aku cantas cepat cepat dari dia nak sambung balik niat nak kenen2 kan..

uh doctor ke ape ke.. jangan nak kenen kenen kan aku . aku tak suke bile bab personal life aku orang terlebih prihatin nak masuk campur.. concern tak bertempat sgt.. sedangkan adik dia pun lum kawen nape tak kenenkan aje dgn adik dia. ni nak kenen ngn aku pulak..

setakat jumpe peace no war sekali tu je mase kawen abg hairul takde makner nak dipanjangkan citer masuk episod lain. cukup la.


sekali abg hairul tu tunjal pale aku " jual mahal. takpe t abg suh dia usaha sendiri" lalu dia blah layan baby dia...

dan aku menyumpah kutuk kutuk je dlaa hati terus tarik muke masyam..

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP