Followers


familia

familia

mOsHi2


Cherita holiday 2

>> Thursday, February 10, 2011

Pengisiaan aktiviti aku kat pulau mahsuri ni packed sesangat! Balik apartment sekadar nak tido ajer. Merewang satu pulau..


Pepagi lagi dah kuar pegi makam mahsuri. Takde dalam plan pun nak pegi asalnyer. Tapi sebab ader budak budak nak belajar sejarah so bawak aje ler.. aku sekadar lepak lepak luar makam aje. Sebab benda yang sama aje kan. Tapi itulah, pendapat peribadi aku.. makam mahsuri yang ader sekarang dah “hilang” sejarahnya. Originality tempat tu dah tak ader. Manakan tidak di naikkan tembok tembok, bangunan bangunan batu kat area makam n perkampungan mahsuri tu so dah jadi tak “chantek” oleh sebab nakkan pembangunan punya pasal nilai “sejarah” kureng amek perhatian beberapa pihak. Kalau berbelas tahun dulu visitor boleh masuk makam pegang batu nisan bagai tapi sekarang makam tu diletakkan tembok penghalang. So dari jauh ajer boleh nengok.. pastu boleh pulak buat “mini zoo” so keterujaan mahsuri tu sikit sikit hilang sebab ader “tarikan” lain.


Sementara melayan yg lain aku bawak diri melantak. Lame siot tak rase air kelapa fresh dari pokok! Yg ader kat kl pun yg dah campur dengan soda(kekonon nak bagi rase gas air kelapa). Pastu pegi kilang gamat. Yg ni teruja la sebab pastime sampai kan.. dapat la tengok minyak gamat tu diwat. Beli berdozen minyak gamat sebab harge murah…


Antara lain xtvt g tour pulau. Menyusur kat area mangrove…. Tengok eagle feeding. Live depan mata tengok sea eagle yg besar besar. Kuar masuk croc cave, bat cave, pergi geoforest kilim..
Pastu terus masuk phuket. Mase kat laut Andaman tu dalam hati ni memuji kebesaran Ya Tuhan dengan ciptaanNya. Superb Chantek.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP