Followers


familia

familia

mOsHi2


Top Up

>> Wednesday, July 27, 2011

Senario:" Maaf, baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan"..

Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon apabila kita kehabisan kredit. Selalunya, apabila kita ingin membuat panggilan, lebih-lebih lagi kepada yang tersayang, apabila mendengar perkataan ini keluar dari telefon, kita akan berasa kecewa dan terus bergegas mencari bekalan topup.Kita akan memastikan bahawa kredit kita sentiasa penuh.

Tetapi, pernah tidak kita aplikasikan ini kepada sesuatu yang lain? Realiti: Cuba kita bayangkan. Satu hari, satu suara berkata kepada kita.."Maaf, pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke syurga". Pernah tak kita berfikir seperti itu? Bayangkan di hari kebangkitan nanti, perkataan seperti itu diucapkan kepada kita. Bagaimana agaknya perasaan kita ketika itu? Apakah kita masih boleh men'top-up' pahala kita di saat pahala amalan kita yang terlampau sedikit ini dihitung.

Bayangkan rasa kecewa yang menyelubungi diri kita, melebihi segala kekecewaan kita gagal dalam peperiksaan di dunia, kecewa dalam interview, kecewa dalam kerja, kecewa dalam percintaan dan sebagainya.Kita selalu menangis apabila kita kehilangan sesuatu yang amat berharga kepada diri kita.

Tetapi, pernahkah sekali kita menangis mengenangkan dosa-dosa silam kita? Pernah tak kita mendengar kisah-kisah para alim ulama', tabi' tabii'n dahulu yang selalu menangis mengenangkan dosa mereka yang sedikit. Sedangkan kita? Dosa kita terlalu sedikitkah berbanding mereka yang menyebabkan terlalu sukar untuk kita menitiskan air mata. Tetapi apabila kekasih meninggalkan kita, sampai bengkak mata kita menangis. Betapa lemahnya iman kita...

Kesimpulannya Ubatilah hati kita selagi peluang bertaubat terbentang dan janganlah menunggu sehingga terbentangnya maksiat-maksiat kita di hari akhirat, baru kita hendak menyesal kerana sperti pepatah melayu "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna". Marilah kita sama-sama merenung dan menangisi dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Tidak rugi untuk menitiskan air mata kita kerana takutkan Allah kerana titis-titis air mata itu dan amalan-amalan baik kita umpama 'top-up' yang akan mengisi 'kredit' untuk kita pada hari perhitungan nanti, insyaAllah... " Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila desebut nama Allah, gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal" (Al-Anfal, 2)


SHARING IS CARING....... :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP