Followers


familia

familia

mOsHi2


Kaji semula hadkan nasi lemak.. sengal la!

>> Wednesday, April 20, 2011



KUALA LUMPUR - Beberapa pertubuhan meminta kerajaan mengkaji semula arahan mengehadkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah kerana langkah itu kurang sesuai dan tidak menyelesaikan masalah.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, sekatan penjualan nasi lemak kepada sekali seminggu tidak akan menangani isu obesiti di kalangan pelajar jika kesedaran mengenai pemakanan berkhasiat di kalangan ibu bapa masih rendah.

Sebaliknya, kata beliau, ibu bapa sendiri harus memainkan peranan untuk menggalakkan anak-anak mereka melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta menekankan pemakanan seimbang.

"Tidak wajar penjualan nasi lemak dihadkan kerana ia makanan yang sinonim dengan masyarakat negara ini selain murah dan mengenyangkan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan kerajaan semalam yang menguatkuasakan serta-merta larangan penjualan makanan dan minuman tidak berkhasiat khususnya yang mengandungi gula serta garam berlebihan di kantin sekolah bagi membendung masalah pelajar mengalami obesiti.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkan perkara itu juga mahu pengusaha kantin hanya menjual nasi lemak sehari dalam seminggu. ( sumber KOSMO)

petikan dari paper semalam...


sesungguhnya aku amat TIDAK bersetuju. ape kejadahnya(uisssh kasar sungguh bahasa aku) nak had had penjualan nasi lemak ni.. dari kabinet nak buang mase kaji benda ni lebih baik dia kaji benda yg jauh lebih berfaedah.... mcm kenaikkan gaji ke, atau kaji balik had had perintah berkurung untuk remaja dari kuar melepak memalam sebagai mana kerajaan KOREA menghadkan pelajar dari kuar rumah selepas waktu malam. kan itu lebih elok.. almaklumlah remaja mesia ni terlampau bermasalah. muda muda ag dah conteng kanvas hidup dengan benda tak elok...

paling kelakar bile cakap nasi lemak punca terjadinya obesiti bebudak sekolah.. hello! cakap pikir dulu boleh tak?menda cam ni nonsense sungguh la.. dulu aku pun melantak jugak nasi lemak kat sekolah 3 4 bungkus (saiz nasi lemak comel je) takde nyer nak obes... nape resipi lain ke nasi lemak sekarang sampai nak had had sume... ?

punca obes ni bukan sebab makan nasi lemak je...byk lagi punca obes. jgn kata budak2.. yg tua bangka pun obes jugak. tengok aje rakyat mesia ni uiiii semangat gebu sungguh badan diaorg... hippo pun boleh jeles...

sesungguhnya punca obes ni bukan bermula dari sekolah... but dari rumah.. atau di mana sahaja kt makan..nowdays mak bapak rajin sesangat tapau McD, KFC...untuk anak anak, takpun bile kuar shopping sefamily time nak isi perut atur langkah kaki ke fast food yang macam macam ader "segeranya".... dah tu pulak bile ader yang datang menziarah bukannyer kasi air teh ke ape ke.. dijamunya air berkabonat yg tahap gula dia tu berkilo kilo...(bile menjelang raya makin byk air coke atas meja) mkn pulak selagi boleh sumbat masuk dalam usus selagi tulah nak try test makan.

dan parents pulak tak keterlaluan kalau dikatakan manjekan sangat anak anak . bile anak melalak di suapnya, di gula gula kannye, di sogok sogokkannyer dengan jajan,gule gule, ais krim bagai... segala jenis benda makan cenggini tak bagus sebenarnya... jgn kata kat sekolah, luar sekolah pun makin galak peniaga ni dok jual segala jenis jajan.. kalau mak bapak tak "melayan" sangat anak anak ni dengan segala jenis makanan sampingan ni takdenyer anak tu nak g try test mkn n secara tak langsung jadikan benda tu sampingan kegemaran...

punca obes paling besar is amalan hidup kita sendiri... jangan menidakkan bile hampir semua penduduk mesia ni sebenarnya "PEMALAS"... duduk flat, kondo,apartmen bagai bertingkat tingkat, just tekan lif je.. apa salah sekali sekala mendaki anak tangga dari guna lif.. nak g kedai yang jauhnya tak seberapa pun naik merc... apesalahnya berbasikal roda 2 je...bile dah terlalu selesa dengan segala kemudahan jadi "kemalasan" tu pun bertambah tambah...

jarang bersenam... kalau ader pun yg amalkan bersenam pun bape aje bilangannya.. n kebanyakkannya bersenam depan tv setiap petang dok layan sinetron,drama slot akasia ke kartun sumer..

ape salahnya dalam seminggu paling tidak pun spent 2 3 jam bawak anak anak atau seluruh famili beriadah bersenam kat park park yg ader.. sihat badan dapat, eratkan hubungan kekeluargaan pun dapat. ni asal hujung minggu berjimba kat shopping mall, mkn mkn, takpun tido kekonon nak topup tido yg tak cukup. mane tak obes jadinya... kucing pun kalau dok bagi wiskes selalu sangat pun boleh gumuk inikan pulak kita manusia yg tahap antibodi makin lemah biel usia ni meningkat.

jadi papepun toksahlah nak had hadkan nasi lemak nk dijual kat sekolah tu.. sebelum nak had had benda diluar kawalan ape kate diri kita ni had kan dulu cara hidup kita... selidik dulu edukesyen pemakanan kita.... apa kita mkn, apa yang kita bagi anak anak kita makan...
tak payah nak berhabis buang masa kaji itu ini yg belum tentu ader muktamadnya.

yg penting diri kita ni sama ada nak bubah jadi lebih prihatin atau nak terus obes dengan apa yg kita suap masuk dalam anak tekak ni...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP