Followers


familia

familia

mOsHi2


hasad dengki.iri hati

>> Monday, September 19, 2011

Kerana kehilangan Tuhan maka hilanglah kasih sayang sesama manusia . bila hilang kasih sayang sesama manusia, berlakulah hasad dengki..hina-menghina, kata-mengata, Lahirlah fitnah-memfitnah, jatuh-menjatuhkan, mementingkan diri,Maka pergaduhan dan peperangan berlaku di kalangan manusia ....betul tak?

bile aku bace setiap butir ayat tu.. memang aku akui manusia ni bile taKde perasaan dalam ati tu.. memang la tergamak nak wat dajal dengan sape pun hatta darah daging sendiri...sanggup berdendam..berdengki sesama sendiri.. contoh sudah ader depan mata..cukuplah dengan sesi pembelajaran tak langsung yang aku hadap since i was a little girl... manusia bermuka muka.. manusia hipokrit..kadang kadang rase serik nak berbuat baik dgn orang bile tahu yg setiap wajah manusia ni hanya topeng yg menutup watak yang dibawa....

orang tua tua pernah cakap.. benda yang baik memang la takkan jadi ikotan.. tapi kalau yang buruk ni memang menurun setiap keturunan! yelah contoh lah .. kalau kaya ke.. kalau boleh nak je sampai 7 keturunan.. biar senang anak cucu cicit.. tapi cube kalau perangai huduss... busuk ati, berdengki.. kalau boleh mintak simpang malaikat la ader antara ahli kuarga ni ader perngai mcm tu... tapi yg perangai hudus tu jugaklah yang nak ikotkan wat teladan.. nak jugk "mewarisi" sifat itew....
memang dah tertulis kot "'yang baik jadikan teladan yg buruk dijadikan sempadan"... tapi yang aku nak ubah sikit "yang buruk dijadikan teladan yang baik dijadikan sempadan" sebab yang buruk jugak la orang orang kita ni asik nak mengikut..meniru...sampai berpecah belah hubungan kekeluargaan...

realitinya hidup kita memang macam tuh..sentiasa nk berdengki, iri hati dengan kelebihan orang lain.. apa la salahnya kalau kita ni cube berpositif sikit...selalulah bersangka baik.. jangan nak menambah dosa.. nak dapat pahala bukan senang.. nak dapat dosa pun tak susah...even terdetik niat tak baik dalam ati kite kat orang pun dah tercatit oleh malaikat apatah lagi kalau tindakan kita..

bukan nak cakap yg aku ni baik.. aku pun tak sempurna..tapi aku takdelah tergamak nak 'burukkan" orang tambah tambah darah daging sendiri pada orang lain yang takde hubungan kekeluargaan dgn kita.. i mean orang LUARRRRRR..sentap tau.. sampaikan aku rase ralat sesangat dengan manusia jenis macam nih...
lagi sentap bile yang mulut longkang tu ber genetik xy!!.. ya..ader pendapat mengatakan mulut genetik XY ini sebenarnya lebih lancang dan lazer berbanding genetik XX. Aku akui itu! Bila XY bersuara, intonasi dan apa yang diucapkan jauh lebih pedih untuk ditelan berbanding apa yang seorang XX lafazkan. XX bila berkata-kata lebih berhati-hati dan fikir sebelum meluahkan sesuatu. Khuatir orang lain tak boleh terima dengan apa yang kita cakap. Tapi XY.....cakap tak berlapik, ikut sedap mulut, tak fikir perasaan orang lain...

mungkin Allah nak tunjuk maka tersingkap la sudah perangai orang itu... ya siapa sangka kan! ALLAH itu maha ADIL, MAHA mengetahui... n for that reason la aku tau bumi ALLAH ni luas.. bersepah REZEKI yang ada...ALLAH yang tentukan REZEKI umatnya itu sebanyak mana.. tak payahlah nak tutup pintu rezeki orang dgn buat cecita yang berteraskan hasad nih.. tak perlu tamak dgn peluang rezeki dgn memburukkan orang lain.. buruk sangat perangai nyer... ilmu perlu dikongsi..sharing is caring.. tapi kalau dgn orang macam nih nak sharing pun tak payahlah.. sebb tau isi perut tu tk bagus.... nak nak bile dgn riak lagi bangga mencanangkan dirinya itu yg terbaik. terbagus dan segala TER.... lagi.. macam la orang lain ni kuno sgt...

astaghfirullah....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP