Followers


familia

familia

mOsHi2


High Maintenance...?

>> Thursday, August 25, 2011


bile aku pilih subjek ni untuk entry kali nih aku senyummmm je....Kenapa aku nak tulis entry pasal high maintenance? Ada waktu aku suke memerhati orang.. especially bile aku hang out sensorang. Sambil layan mp3 sambil mata ni meliar tgk orang orang lalu lalang. lelaki atau pompuan, aku perhati je..orang kata cuci mata yg kelabu asap ni.. Pelbagai gaya,style,ader yg so so je.. ader yg vogue.. ader yg asal boleh aje… ader yg “ade aku kesah” nyer style kan.. baik laki atau pompuan sume same je..

Bile kite tanya lelaki sape yg high maintenance for sure majority akan cakap “PEREMPUAN”.. bile tanya pompuan ader gak bagi random answer. Ader cakap lelaki…hey! Bukan sikit sikit tau I tell u… ader cakap pompuan.. tapi sebenarnya semua same je… tol tak?

Pernah aku jugaklah aku bertanya pada 2 3 orang kawan adakah aku ni tergolong dalam kategori “high maintenance”? n the answer of coz la.. “yup!” “aha.. ader la sikit sikit ceciri high maintenance tu” “takkan tak pasan diri ko tu macam tuh kot?” wahhh statement baekk yg langsung tak amek hati.. kita boleh jugde orang macam macam bukan.. “hish.. high maintenance la awek tu…” “bapak.. high maintenance ko nih!’” hakikatnya diri empunya lebih tahu kan dia tu high ke tak high maintenance dia…

Selalu aku mendengar orng cakap aku high maintenance.. aku senyum aje.. tak iyakan tak menidakkan.. so so je.. sebb aku admit ada kala aku agak demand n ada kala ‘asal boleh” je…

Ape tu high maintenance? Adakah mereka terdiri dari golongan yang mementingkan materialistik serta kecantikan aje? Definition of “high maintenance” is ....
"Has higher than normal expectations; has a greater requirement for affection or attention; has more needs and/or demands and therefore more difficult or challenging."

Contoh kalau perempuan tu cantik, bergaya, kirenya gaya,penampilan tahap ala ala model, perasan artis kononnya dah di cop high maintenance.. kalau lelaki pun mcm tu jarang sangat la nk dengar org cakap “mamat tu high maintenance”.. sebaliknya orng akan cakap.. “wahhh! gaya metroseksual…”nape kite tk cop dia “high maintenance” same mcm kita cop orang pompuan..?
Mungkin sebb demand pompuan lebih byk dari lelaki kot kan?

Mungkin punca perempuan di judge “high maintenance” sebb perkara2 ni ke?

1) Handbag, Kasut, Baju, Bra, bagai apa kejadah semuanya nak BRANDED
- Haruslah diketahui yang perempuan punya barang ni most of it memang murah. Dengan SALE bagai. Nak dress cantik kiut miut pun boleh dapat harga RM25 kat Sungai Wang. Lelaki ada? Baju kemeja kerja pun bapak mahal. Patut lah asyik asyik tengok pakai baju sama je. Soooo, apabila si Perempuan ni memakai pakaian branded dari hujung rambut sampai hujung kaki, sangatlah dipercayai 100% bahawa mereka ni high maintenance orangnya..

2) Sentiasa kelihatan bergaya memanjang

- Naluri perempuan.Tapi mereka yang tergolong jenis macam ni memang memerlukan dana yang lebih apabila berkahwin kelak. Haruslah kaum Adam memahami bahawasanya jika anda memerlukan seorang isteri yang sentiasa kelihatan cantik bergaya, investmentnya juga besar yeeeee. Apa tak nya, salon rambut, manicure, pedicure, eyelashes extension, makanan organik (jaga badan u ollss), spa, kosmetik berjenama, rawatan anti kedut, anti gemuk, anti jerawat, anti jeragat, anti hitam, anti apa-kejadah-la-sial-banyak-gila-duit-nak-perabih. Ingat senang ke nak maintain cantik? Kalau agak agak tak larat, lupakan sahaja niat suci murni mu itu.

3) Mereka (perempuan) suka sangat jaga STANDARD

- Contohnya, lunch makan kat Food Court je, tapi perempuan perempuan ni pergi Coffee House Kat Hilton. Ataupun kita delivery McDonald or Pizza Hut, mereka guna Room Service Deliveries order dari restaurants The Fish & Chippery, Pride of India, Brisik, The Talk, Las Carretas, La Bodega, Euro Deli atau Planter Jim's. Kita lepak Summit USJ, mereka penuh kat Michelangelo, Pavilion. Kita window shopping je...tsk..tsk..tsk, dieorang pulun semua penuh dengan paper bag, LV, Gucci, Prada bagai.


4) Jenis semua pun tak boleh

jenis memang rasa nak penampar. Tapi jangan terkejut sebab memang ada jenis lelaki yang suka melayan ataupun memang manjakan. Lama lama memang jadi spoil dieorang tu. Jenis ni memang tak boleh nak kena panas, tak boleh jalan jauh, tak boleh berpeluh, nanti cair make up la, nanti kuku patah la, nanti rambut kering la, nanti tu lah, nanti ni lah, nanti mampos cepat la. So haruslah mempunyai kereta gojes lagi aircond super kuat dan juga melawati tempat tempat yang up up .pastu apa lelaki tu pakai pun banyak complain. Kena pakai ni, ni, ni, tak boleh pakai tu, pakai brand ni. Haa.. Amik kau.

Memang ramai sangat lelaki akan jugde pompuan tu “high maintenance” kalau based on ceciri kat atas tu… DAN ada jugak lelaki yang hendakkan perempuan yang di luar kemampuannya, yang high maintenance tetapi bila dia tidak mampu tunaikan permintaan dan keperluan perempuan tersebut…mulalah nak cakap perempuan tu materialistik.

tapi SEDAR tak lelaki lelaki kat sana tu.. golongan pompuan ni bukan sekadar mementingkan materialistik serta kecantikan aje.. tapi ia sebenarnya adalah cara bagaimana wanita itu untuk tampil terbaik buat pasangannya..

lelaki selalu merungut kalau pasangannya tak pandai bergaya, tak pandai jaga badan, tak pandai bersolek, tetapi hakikatnya, lelaki itu sendiri tidak menjadi sumber inspirasi buat wanita tersebut. Lelaki lebih suka komen dan cemuh tetapi jarang nak sokong. Akibatnya pasangan lelaki ini terus-terusan begitu.


Wanita yang 'High Maintenance' bukanlah wanita yang dambakan wang ringgit semata-mata,but mereka sebenarnya cuba untuk jadi yang terbaik dari terbaik. Mereka sukakan kecantikan, maka kecantikkan itulah yang jadi keutamaan. Mereka ingin tampil menarik kerana itulah kelebihan yang mereka ada.

Mungkin pendapat lelaki mengatakan bahawa apa yang mereka (wanita) ingin kecapi itu memerlukan belanja yang besar, lalu dicop sebagai materialistik tetapi sebenarnya ia merupakan jalan buat wanita itu untuk tampil apa yang lelaki semua mahukan - cantik.

Betulke perempuan memang materialistik?
Adakah salah jika perempuan materialistik jika sudah terbiasa dibesarkan dalam kemewahan.?
Renung dan selamat beramal…

Dan bagi aku.. kalau orng nak kate aku high maintenance pun.. ader aku kesah? Sebb aku lebih tau ape yg aku perlu..lagipun tak semua yg murah itu buruk. Tak semua jugk yg mahal itu cantik.. biar murah tapi classy!! Biarlah bukan cleanser SK11 pun walaupun hanya sekadar bedak sejuk dari kampung mama aku nun jauh di kedah je yg jadi sandaran, biarlah bukan kosmetik make up brand M.A.C tapi sebotol krim temulawak yang beli kat maidin jalan TAR tapi tetap syukur… kerana DIRI KU BEGITU BERHARGA..dan semua orng mesti nak yg terbaik,terbersih dan segala TER lagi kan.. so bagi lelaki janganlah merungut apabila si awek/bini ko itu meminta sesuatu untuk dia tampil cantik buat kamu!









0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP