Followers


familia

familia

mOsHi2


Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

krusus...

>> Tuesday, November 29, 2011



salam...

rase mcm lama tk berblog.. walhal baru seminggu je kot.. bz sgt.. g krusus motibasi... g wat show.. pastu bekerja g dinner.. wat kembara jalanan lagi... ni pun baru nak sempat nk singgah jenguk...

banyak citer... ader yg best ader yg kureng best.. but akan di update slow slow ok.... tk kesahla citer dah basi pun kan.. but kenangan tetap kenangan kan!.

ok ujung tahun ni mmg packed la nk berkrusus.. ni satu perkara yg aku tk bape nk berkenan dgn cara department aku mengendalikan hal kait krusus krusus nih.. mase awal tahun tak nak buat... mase diri ni tgh offer nak join krusus mcm mcm alasan bagi dan bile sampai ujung tahun aku pulak nk kene berjawab KENAPA jam krusus aku SIKIT.... pastu mula la nak suh aku "join" krusus entah pape je .. main tangkap muat!...

dalam byk byk krusus yg aku join tangkap muat ni... ader satu krusus yg nak disharekan... huhuhu... yelah aku antara peserta krusus yg junior cozkrusus aku join ni majoritinyer orang orang seniorrrrrrrr ya!! so tak de peluanglah nk usha usha naughty naughty nk jual minyak herba tau!... sedey mak.... tapi tak kesahlah kan.. nk naughty naughty tu bile berkesempatanla kan.. saje wat perangai dolu dolu.. hiihihihi...

mase dah di beri dalam group baru pasan yang aku calon yg muda belia sungguh...semua ahli majlis semua dah veteren.. adoiii nak segan n tak tau nak borak pape.. aku rase mcm bluurrrrrr..yang unik nyer group aku ni.. mmg 1 nation la.. ader dari sabah... ader dari sarawak, penang, kelantan, perak, kedah, johor (aku ler tu) n negeri sembilan.. so agak agak kan boleh bajet tak macam mane we ols berkomunicate? ahhahahaha haruslah aku yg tak paham bahase.. sebb semua guna bahase negeri sendiri.. terkebil kebil aku nk paham sepatah sepatah.. ader yg kenapa bah.. kenapa bah.. ader yg wat gapo? kitak kamek... adoiiiiii last last aku yg diam tk terkata. sebb nak menyampuk pun tk paham...

n disebabkan aku yg junior mmg ader je "kerja sekolah" aku le yg kene wat... ibu ibu bapak bapak yg senior arah n bagi idea je.. very bekerja sama tau... even pendapat budak tecik ni pun diambil kesah.. sesetengah tkde nyer nak time buat pendapat orang muda kan....

tapi ader satu sesi ni.. aku baru terrrrr ye.. ter perasan yang aku ader bakat terpendam. hahaha.. terpendam la sgt kan!!.. tak penah pernah aku melukis kene lukisss alasan senior bagi... tak pandai melukis.. habis mcm la aku ni yg muda tau nk lukis lukis kan...!



ok ni close up... funny kan drawing aku... kontot je bus group kitaorg kalau nk differ dgn group lain.. tapi boleh la kan... takat nk drew ala ala yg nampak juga ghuper bus dari takde langsung kan...


dasat dasat kan hasil dari senior senior.... imaginasi tahap baban lah... kreatif gilos...

ok satu lagi bakat ter pendam.. bile kene tulis lirik. hahha yg nih mmg bulat bulat ahli majlis group bagi aku wat. tkde nk tolong kasi idea pun.. dia cakap "awak muda mesti boleh pikirrrrrrr" aik... nk je jawab tkkan dah tua tak leh nk pikir jugak kot.. tapi ni kang kene cop "ajar kurang" pulak.. so dendiam la....

so mase nk present.. semua nyanyi.. aku je miming.. sebb part nyanyi memang aku sedar siri bahawa senyer.. aku TIDAK ADA BAKAT DALAM NYANYIAN>>>>>..... huhuhuh..

tapi krusus ni mmg best tau... dalam join tangkap muat pun... hehehhehehe

Read more...

bazar ramadhan VS bazir ramadhan

>> Wednesday, August 10, 2011


“Bazar Ramadhan”,,

satu nama yang tidak asing lagi dikalangan orang kita di bulan puasa. Di situ semua jenis juadah ada. Sebut je apa yang nak dimakan i”Allah ada. Kalau nasi, nasi apa nak, ala-ala Arab, Melayu, India, China, Mamak, Iban, Kadazan, semuanya ada. Kalau kuih muih pula, kuih apa yang tiada! Lepat pisang, akok kecut, ko”leh, habuk habuk, koci, tepung boko, dan entah apa apa lagi yang bilangannya lebih dari seratus jenis boleh didapati.


Banyaknya kuih muih yang dibuat sampai nama kuih pun terpaksa di curi dari elemen-elemen yang tidak boleh dimakan. Asalnya jala ikan dah jadi roti jala. Perahu pak cik nelayan yang selalu mudik di muara sungai dah jadi tepung perahu. Badak sebesar- besar badak yang beratus kilo beratnya, last-last dalam kuali kita campakkannya, jadi cucur badak. Pelita minyak tanah buat berdiangnya anak-anak ayam dalam reban asalnya dah jadi tepung pelita. Yang lebih dasyat, bom yang asalnya boleh melenyapkan bandar Hiroshima dan Nagasaki di Jepun, pun dah di gorengnya sampai jadi kuih bom. Betapa dasyat dan hebatnya kita orang orang Melayu dalam bab makan. Menggigil lutut gamaknya Benjamin Netanyahu PM Israel kalau mendengarnya.

Laparnya kita ketika bulan puasa sampai habis benda kita sumbat ke dalam perut. Dengan jalanya, perahunya, badaknya, pelitanya dan dengan bom-bom pun boleh kita sumbat ke dalam perut sambil senyum je. Apa pun, tidak dinafikan ‘Bazar Ramadhan’ sangat memberi faedah buat masyarakat terutamanya pasangan suami isteri yang bekerja. Kesuntukan masa dan kepenatan balik dari tempat kerja tidak mengizinkan mereka untuk menyediakan juadah berbuka puasa dengan sendiri. Justeru, ‘Bazar Ramadhan’ adalah jawapannya.

Cuba kita rehatkan minda, tenangkan fikiran dan kosongkan emosi. Bayangkan realiti “kita” sedang berada di Bazar Ramadhan sekarang.

Tongkat je motosikal dah terdengar “ beriani gam lauk kari kambing bang,,,,murah murah,,,,7 ringgit je”. Huh meremang bulu tengkuk dan kecur air liur dibuatnya.” Kari kambing tu,,,my favorite ”. Tanpa membuang masa, 2 ja’be beriani gam kari kambing tersangkut di jari telunjuk. Sambil tersenyum puas, langkahan diteruskan. Ale’ ale’ belum pun sampai langkahan ke 15 dari gerai nasi beriani tadi, isteri tercinta mencuit pinggang, “baby, ayang nak tepung pelita tu boleh tak? Gebu dan putih bersih tepung dia. Macam sedap je”. Senyum sumbing si suami kerana di panggil baby di khalayak ramai. Tambahan pula mak cik tepung pelita dah siap ambilkan plastik dalam pada “ ya baby,,,,murah murah! 3 seringgit.” Tersangkut pulak di jari tengah RM 3 tepung pelita. Perjalan diteruskan.

Dari kejauhan terdengar laungan suara budak lelaki,” ayam golek, ayam golek, ayam golek,,,,,,,,,,,,,,.” Secara automatik, dengan langkahan yang senada dan seirama, kaki laju melangkah ke lokasi gerai ayam golek. “ Fuuuh ramainya orang, ni mesti sedapkan sayang,” kata si suami. Terangguk angguk si isteri mengiyakan. 15 minit kemudian baru lah dapat seekor ayam golek yang diidamkan. Bergoleklah ayam golek dalam plastik yang di sangkut di sebelah jari telunjuk tangan kiri pula. Tersenyum lagi kepuasan dalam pada gendang makin kuat di mainkan didalam perut sendiri. Kalau boleh, masa tu juga nak di”ngapkan” ayam tersebut dengan plastik plastiknya sekali. Lapar la katakan,,,.

Berjalan lagi kedepan, terpampang depan mata deretan balang balang air si peniaga air. Berpinar biji mata bila terpandang cincau bandung yang terhidang dalam balang akak jual air. Apa lagi, “cincau bandung 2, air mata kucing 2, air batu tak nak banyak kak yer.” Cadang cadang banyak la sikit nanti dapat minum airnya. Kali ini giliran isteri tercinta pula yang membimbit 4 plastik air tadi.

Melangkah bersesak sesak dalam keramaian bazar Ramadhan tak sampai 2 minit seterusnya, si si isteri yang dah merasa lenguh jari telunjuk membimbit 4 plastik air tadi pun bersuara,” dah la baby, cukup dah kot untuk kita dua orang berbuka ni,,,,! ” Sambil mengangkat tinggi kepala melihat saki baki gerai yang masih belum dilawati, “ ok lah, jom,” jawab si suami.

Hampir-hampir sampai ke motosikal, terlihat seorang wanita separuh umur dengan sekotak poli putih di depannya, “ air soya, tau fu fa dik,,,,,” dengan mata yang mengharap menyapa. Kalau nak diikutkan hati memang dah tak nak beli, tetapi atas rasa belas ihsan, 1 plastik lagi air soya dan semangkuk kecil tau fu fa menjadi koleksi berbuka puasa di jari si isteri. Sampai di rumah, hanya berbaki 20 minit lagi azan maghrib tanda masa berbuka puasa akan dilaungkan.

Siap-siap mandi, pakai baju, azan pun berkumandang. Mula mula yang menjadi mangsa, air cincau separuh plastik. Diteruskan dengan nasi beriani gam kari kambing. Licin beriani gam, peha ayam golek di”pepohnya” pula. Habis sepeha ayam golek, sebiji tepung pelita menjadi mangsa. Selepas air, nasi, ayam dan kuih masuk ke dalam perut, si suami sudah menyandar ke dinding dengan perut persis wanita mengandung 3 bulan dalam kekenyangan. Si isteri pula melunjurkan kaki, lurus kebawah meja sambil kepala menyandar dikerusi tercungap cungap kekenyangan,,,,,,,,,,,,.

Betul tak segala gambaran yang kita sama-sama kongsi sebentar tadi perihal “kita dan bazar Ramadhan” sekarang ini!!!!

Perasan atau tidak yang sesungguhnya kita sudah melakukan banyak kesalahan dan dosa dengan sebabnya. Sekarang mari sama-sama kita buktikan segala kesalahan yang berlaku.

Pembaziran Wang

Disebabkan perut sedang lapar dan tekak sedang haus, jadi ramailah yang terlajak tatkala membeli-belah. Itu nak, ini pun nak. Kesemua sepuluh jari hampir dipenuhi dengan plastik-plastik bungkusan makanan untuk berbuka puasa. Sedangkan yang diperlukan hanya dua atau tiga jenis makanan sahaja untuk berbuka puasa. Maka berlakulah pembaziran wang.

Pembaziran Makanan

Mengaku atau tidak, hanya setengah daripada makanan yang dibeli di bazar Ramadhan tadi masuk kedalam perut kita, selebihnya transit sebentar di dalam peti sejuk, sebelum di”humbankan” ke dalam tong sampah. Alangkah baiknya andai wang yang lebih itu dibeli makanan untuk golongan anak yatim, fakir miskin atau yang orang yang susah kehidupannya. Betapa sayunya hati mereka jika melihat sesetengah kita menggolekkan “ayam golek” yang baru dimakan separuh kedalam tong sampah, sedangkan mereka sangat susah walau untuk mendapatkan sesuap nasi.

Tidak kurang pada si peniaga juga, kadang-kadang membuang makanan yang tidak habis terjual ke dalam tong sampah. Padahal alangkah eloknya makanan yang tidak habis terjual itu diberikan ke masjid masjid dan surau sebagai moreh selepas solat terawih daripada dibazirkan. Maka berlaku pula pembaziran makanan.

Pembaziran Masa

Terang lagi bersuluh, memang ramai yang membazir masa di Bazar Ramadhan. Yang datang hanya untuk “mencuci mata.” Yang “tawaf” bazar Ramadhan sampai 7 kali tapi tak jumpa jumpa apa yang nak dibeli.

Alangkah baiknya masa terluang tersebut digunakan untuk membuat pahala. Beramah mesra bersama keluarga, membaca Quran dan berzikir. Malah apa salahnya andai bagi pihak suami membantu si isteri tercinta menyiapkan juadah berbuka puasa di dapur. Kini jelas terbukti pembaziran masa pula berlaku.

Pembaziran Tenaga


Hasil dari pembaziran masa, secara automatik berlaku juga pembaziran tenaga. Disebabkan masa berjalan-jalan di Bazar Ramadhan terlalu lama, jadi banyak tenaga yang dibazirkan. Badan menjadi letih dan memberi kesan kepada Terawih yang bakal yang dilakukan pada sebelah malam. Sedangkan ia boleh dijimatkan dengan tidak terlalu lama di bazar Ramadhan. Berlaku pula pembaziran tenaga.

Pembaziran Pahala

Kita semua maklum, bazar Ramadhan kadang kadang menjadi medan “melawa” bagi manusia manusia lalai dan jahil. Terjadilah disana “wayang wayang berkulit” yang free. Lurah dada anak-anak dan mak-mak dara boleh dilihat tanpa bayaran. Pinggul-pinggul bulat “bergete” meliang-liuk kekiri dan ke kanan persis soldier mengambil baris hormat terhidang didepan mata tanpa dipinta. Ini semua adalah fitnah dan bala akhir zaman yang terhidang sama tetapi free di bazar-bazar Ramadhan. Maka bagi si pemuasa lelaki yang tidak merendahkan pandangannya, sungguh dia telah membazirkan pahala yang dikumpulkan sedari pagi lagi.

Ramainya pengunjung di bazar Ramadhan juga menyebabkan lidah tidak terkawal. Minda pula berfikir yang bukan-bukan. Ditambah aktiviti “ber” atau sengaja “me” langgar bahu antara lelaki dan wanita. Bukan setakat itu sahaja, malah persentuhan kulit antara penjual dan pembeli yang bukan mahram “selamba ajer berlaku.” Maka pahala yang penat dikutip sedari pagi hingga ke petang juga, gugur satu persatu digantikan dengan dosa.

Si peniaga pula kadang-kadang untuk melariskan jualan, mulalah ‘menanam tebu di pinggir bibir,’ “goreng” itu dan ini sampai terjadilah kelentong dan pembohongan ketika berniaga. Maka, terbazirlah pula pahala.

Pembaziran Peluang


Ramadhan datang hanya setahun hanya sekali. Patutnya kita semua berebut rebut mengutib pahala di dalam bulan yang mulia ini. Sayang sekali, ramai di kalangan kita terutama penjual penjual di bazar Ramadhan terlepas ibadah-ibadah besar di bulan puasa seperti Terawih dek terkejarnya laba perniagaan di bazar Ramadhan. Jangan ditanya tentang berzikir dan membaca Quran pada mereka kerana mereka akan menjawab,” mana lah aku sempat. Bila nak pegang senduk,,,,bila nak nak basuh beras,,,,,,bila pula sempat nak baca Quran.”

Maka terbazirlah peluang untuk membeli tiket tiket ke Syurga Allah di bulan yang mulia ini..

Janganlah kebaikan yang terdapat di Bazar Ramadhan itu memberikan keburukan buat diri kita, terutama dalam bab pembaziran.

Firman Allah s.w.t yang maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (Surah Al-Isyra’, ayat ke 27)

Pembaziran adalah perbuatan Syaitan. Dan orang-orang yang terlibat dengan pembaziran adalah tergolong di dalam kalangan saudara kepada Syaitan. Moga kita semua dijauhi dari sifat yang buruk ini, amin. Ambillah peluang Ramadhan yang hanya hadir sekali dalam setahun ini sebaik-baiknya. Janganlah kita bazirkan wang, makanan, masa, tenaga, pahala dan peluang berada di bulan yang mulia ini dengan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah.

Mudah-mudahan kita semua makin bertaqwa hendaknya, amin.

Read more...

Top Up

>> Wednesday, July 27, 2011

Senario:" Maaf, baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan"..

Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon apabila kita kehabisan kredit. Selalunya, apabila kita ingin membuat panggilan, lebih-lebih lagi kepada yang tersayang, apabila mendengar perkataan ini keluar dari telefon, kita akan berasa kecewa dan terus bergegas mencari bekalan topup.Kita akan memastikan bahawa kredit kita sentiasa penuh.

Tetapi, pernah tidak kita aplikasikan ini kepada sesuatu yang lain? Realiti: Cuba kita bayangkan. Satu hari, satu suara berkata kepada kita.."Maaf, pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke syurga". Pernah tak kita berfikir seperti itu? Bayangkan di hari kebangkitan nanti, perkataan seperti itu diucapkan kepada kita. Bagaimana agaknya perasaan kita ketika itu? Apakah kita masih boleh men'top-up' pahala kita di saat pahala amalan kita yang terlampau sedikit ini dihitung.

Bayangkan rasa kecewa yang menyelubungi diri kita, melebihi segala kekecewaan kita gagal dalam peperiksaan di dunia, kecewa dalam interview, kecewa dalam kerja, kecewa dalam percintaan dan sebagainya.Kita selalu menangis apabila kita kehilangan sesuatu yang amat berharga kepada diri kita.

Tetapi, pernahkah sekali kita menangis mengenangkan dosa-dosa silam kita? Pernah tak kita mendengar kisah-kisah para alim ulama', tabi' tabii'n dahulu yang selalu menangis mengenangkan dosa mereka yang sedikit. Sedangkan kita? Dosa kita terlalu sedikitkah berbanding mereka yang menyebabkan terlalu sukar untuk kita menitiskan air mata. Tetapi apabila kekasih meninggalkan kita, sampai bengkak mata kita menangis. Betapa lemahnya iman kita...

Kesimpulannya Ubatilah hati kita selagi peluang bertaubat terbentang dan janganlah menunggu sehingga terbentangnya maksiat-maksiat kita di hari akhirat, baru kita hendak menyesal kerana sperti pepatah melayu "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna". Marilah kita sama-sama merenung dan menangisi dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Tidak rugi untuk menitiskan air mata kita kerana takutkan Allah kerana titis-titis air mata itu dan amalan-amalan baik kita umpama 'top-up' yang akan mengisi 'kredit' untuk kita pada hari perhitungan nanti, insyaAllah... " Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila desebut nama Allah, gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal" (Al-Anfal, 2)


SHARING IS CARING....... :)

Read more...

perkahwinan dan penceraian...

>> Thursday, April 21, 2011


KATA orang ‘perkahwinan itu satu perjudian’. Ada kalanya kita menang dan ada kalanya kita kalah dalam melayari bahtera berumah tangga. Jika sebelum berkahwin banyak perkara mengenai pasangan kita yang kita tidak ketahui, tetapi apabila sudah serumah dan berkongsi semua perkara, barulah terserlah baik buruknya.


Ada yang berkata mengapa pasangan mereka tidak boleh menjadi seperti waktu bercinta, semuanya indah, semuanya boleh dan semuanya mudah. Namun, alam perkahwinan membuktikan bahawa keindahan zaman bercinta hanya fantasi dan realiti sebenarnya baru diketahui sewaktu melayari alam berumah tangga. Semakin bertambah usia perkahwinan semakin banyak masalah yang terpaksa ditanggung pasangan berkahwin. Justeru, jika tidak sabar dan tidak boleh berkompromi, perceraian adalah jalan keluar kemelut rumah tangga mereka.

Kajian terakhir menunjukkan lebih 30% pasangan bercerai dalam tempoh 5 tahun pertama perkahwinan dan hampir 45% perceraian adalah berpunca daripada kegagalan pasangan melaksanakan tanggung jawab selain msalah akhlak, kewangan, seksual dan campur tangan orang ketiga.

sudah pasti kita terpanar dengan hasil kajian yang ditunjukkan dan ia sungguh menyedihkan. Ia cukup untuk menggambarkan betapa perkahwinan yang diharapkan mampu mencetus pembaikan, ketenangan dan penyelesaian terbaik dan berkesan kepada isu – isu penyakit masyarakat dan negara rupa – rupanya masih ditahap yang lemah dan membimbangkan.

Tiada yang terlalu indah selain perkahwinan di antara dua mempelai yang menyatukan kehidupan manusia secara semulajadi dan fitrah. Ia sebahagian daripada agama dan pengajarannya. Islam menjadikan perkahwinan sebagai sebahagian dari jalan menyempurnakan ugama dan kehidupan seseorang muslim di dunia ini.

Kesempurnaan itu bermaksud pasangan yang berkahwin itu telah menyelamatkan diri masing – masing daripada fitnah dunia yang besar yang boleh memporak perandakan ugama dan kehidupannya, selain membantu masyarakat dan negara membina kehidupan yang aman dan harmoni melalui ikatan kekeluargaan yang akan saling mempercayai, bersatu dan berkerjasama di antara mereka.

Perceraian diharuskan agama sebagai jalan keluar kepada perkahwinan yang gagal untuk diteruskan dan diharapkan kejayaannya. Tetapi apabila kadarnya menjadi begitu tinggi sehingga mencabar perkahwinan itu sendiri so hal ni memberikan setidak – tidaknya dua gambaran yang agak menakutkan;

Pertama, perceraian itu sudah tidak lagi boleh dianggap sebagai jalan penyelesaian, bahkan telah mencipta perpecahan di dalam institusi masyarakat dan masa depan anak – anak yang muram dan gelap.

Kedua, perkahwinan pula bukan lagi dilihat sesuatu yang jernih dan kebal untuk pembinaan kehidupan impian, bahkan ia bagai menempuh gelombang badai yang memeritkan atau perjudian yang ditakuti akibatnya.

Perkahwinan bertindak menyempurnakan kecacatan individu. Ia begitu mengubah cara hidup seseorang. Ia meransang rasa tanggung jawab dalam kehidupan dan kesediaan untuk memikul tanggung jawab. Maka kehidupan akan menjadi lebih sempurna kerana kehidupan hanya bermakna apabila amanah dan tanggung jawab dilestarikan.

Berkahwin bukan berkawan. Ia lebih daripada itu. Tetapi ramai pasangan muda sering memilih ini, “Kami berkahwin kerana kami rasa begitu serasi semasa berkawan.” tapi Tahu tak mereka bahawa keserasian semasa berkawan tak akan sama dengan keserasian perkahwinan.

Islam menolak pengenalan dan penilaian melalui persahabatan yang lama sebelum perkahwinan walaupun melalui ikatan pertunangan. Ia menghapuskan rasa hormat, malu dan saling mengharap di antara pasangan. Ia menerima dan menolak tanpa rasa tanggung jawab yang sebenar. Penilaian sebelum perkahwinan adalah lemah dan palsu lantas bergantung kepadanya pasti akan melemahkan dan menggagalkan harapan menggunung selepas perkahwinan. Pasangan akan saling tuduh – menuduh di atas janji dan pengenalan rapuh sebelum perkahwinan.

Pengenalan sebenar institusi perkahwinan mestilah disertai tanggung jawab untuk membaiki dan membina. Ia hanya teguh setelah perkahwinan berlaku. Akad nikah diperkenalkan agama sebagai janji pertama dan ikatan yang kuat simpulannya. Ia mesti difahami setiap pasangan bahawa akad itu menuntut kita bersedia menerima kekurangan dan kelebihan masing – masing. Tiada tuduh – menuduh mungkir janji terhadap pengenalan lama yang terjadi sebelum perkahwinan.

Kesediaan menerima ‘seadanya’ pasangan masing – masing adalah kunci kepada pembinaan dan pembaikian mahligai perkahwinan. Sifat – sifat terpuji akan segera memekar dan sifat buruk segera terlerai satu demi satu. Berkenalan selepas perkahwinan adalah bagai satu proses mencantumkan dua denyut nadi, nyawa, tubuh, diri dan ruh menjadi satu. Ia satu seni dan sesuatu yang seni memerlukan penghayatan yang lebih dan lebih telitinya. Dalam setiap diri ada seni. Jelmakan kemuncak seni anda di sini selepas seni pada mengenal Allah dan raulNya.

Bukanlah pengenalan pra perkahwinan itu buruk, tetapi keburukan adalah apabila perkahwinan digantungkan dan digadaikan kepadanya. Di situlah kerosakan dan keretakan mudah berlaku.

Sekarang perhatikan sebab – sebab perceraian yang melanda bagai api yang membakar di sebalik majlis perkahwinan yang meriah sekali. Ketika berlaku khilaf dan selisih di antara pasangan, di mana hilangnya rasa hormat, rasa malu dan rasa tanggung jawab masing – masing? Ya, ia telah hilang dalam seribu janji yang berlaku sebelum janji sebenar di saat lafaz akad nikah dimeteraikan.

Anak muda hari ini gagal memahami hakikat dan makna perkahwinan. Mereka berbicara pasal keseronokan menimang nafsu sedang agama mengajar mereka untuk berseronok menimang tanggung jawab dan membina kesempurnaan hidup...

Read more...

Mahalnya sebuah perkahwinan

>> Wednesday, June 10, 2009



“Mahalnya sebuah perkahwinan adalah pada qurratu a’yun iaitu hadirnya pasangan dan anak-anak yang menyejukkan pandangan mata hingga lahirnya ketenangan. Ketenangan ini yang paling mahal. Sebab itu dikatakan "rumahku syurgaku", kata perunding motivasi Dr. Shafie Md Amin al-Hafiz.

Ketenangan memang dicari-cari oleh manusia. Bagi seorang lelaki misalnya, apabila hendak mendirikan rumah tangga, fitrah hatinya inginkan seorang wanita yang solehah sebagai teman hidup kerana, menurut Dr. Shafie, “wanita solehahlah yang dapat melahirkan ketenangan dalam rumah tangga. ”

Isteri yang solehah, ujarnya, akan menjana aktiviti amal soleh di dalam rumah tangga yang menjadi saluran Allah datangkan ketenangan atau kehidupan yang baik. Firman Allah: “Siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik…” (An-Nahl: 97) Isteri yang solehah juga menyejukkan pandangan mata, sekaligus menenangkan jiwa.

“Dalam berumah tangga, kita hendakkan kehidupan yang lapang dan tenang. Tapi kenapa rumah tangga jadi sempit?” soal Dr. Shafie, pengasas Kaedah Al-Huffaz, teknik mudah menghafaz al-Quran. Beliau berkata, sempitnya rumah tangga disebabkan kita tidak ikut formula yang Allah beri dalam mengatur kehidupan. “Dalam memberi ketenangan, Allah tidak beri begitu saja. Ada formula, ada peraturannya,” ungkapnya dalam pertemuan di pejabatnya di Taman Nirwana, Ampang, Selangor.

Jelas Dr. Shafie, secara umumnya hati akan tenang bila ingat Allah. “Ketahuilah, dengan mengingati Allah hati menjadi tenang,” demikian maksud firman-Nya (Ar-Ra’d: 28). Di dalam solat, kita memohon melalui bacaan al-Fatihah, “Tunjukilah kami jalan yang lurus (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat …”. Nikmat adalah sesuatu yang setiap orang suka dan ia boleh menenangkan hati atau memberi kebahagiaan. “Tetapi dalam realiti,” terang Dr. Shafie, “orang hanya melihat nikmat itu ada pada harta, isteri, anak-anak.”

“Ada yang banyak harta, banyak anak tapi tak bahagia. Kalau semua yang kita miliki itu dapat mendorong kita melakukan amal soleh, barulah ia menjadi sumber kebaikan (dan ketenangan),” jelasnya, merujuk pada amal kebaikan yang dilakukan dalam keadaan beriman iaitu yakin kepada Allah dan ganjaran di akhirat.Allah menjelaskan, “Dan siapa yang berpaling dari peringatan-Ku, sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit.” (Thaha: 124)

Oleh itu, kehidupan yang sempit selepas kahwin adalah natijah dari tidak mengikut aturan Allah dalam mengatur rumah tangga, termasuklah seawal memilih jodoh lagi. “Kadang-kadang sudah bagus dalam memilih pasangan tapi di hari perkahwinan banyak unsur-unsur negatif yang boleh memberi efek kepada perkahwinan,” katanya, memberi contoh amalan bersanding, unsur muzik dalam majlis walimah, mahar yang menyusahkan dan sebagainya. Dr. Shafie berkata, “Mesti balik kepada formula yang digariskan oleh agama. Kalau tidak, kita akan membinasakan diri kita.” Katanya, rumah tangga yang baik tidak akan lahir jika agama hanya diletakkan sebagai satu segmen kecil dalam kehidupan. Sedangkan, menurutnya, agama Islam itu ad-deen – formula kehidupan.

“Melalui agama, semua formula kehidupan Allah sudah ajar kepada kita,” katanya. “Dalam kehidupan ini setiap sesuatu ada formulanya,” tambahnya, dengan memberi contoh perlunya kita ikut resipi jika hendak buat kuih. Katanya, Allah telah memberi formula melalui sabda Nabi-Nya, kalau berkehendakkan kehidupan yang baik, rumah tangga yang balik, pilihlah calon pasangan yang beragama. “Manusia memang sukakan kecantikan, tapi asas pemilihan nombor satu mesti agamanya. Agama itu mencetuskan ketenangan,” katanya.

Dr. Shafie berkata, jika formula dari Allah ini dituruti dalam mendirikan rumah tangga bermula dari pemilihan jodoh lagi, dari situlah tercetusnya ketenangan yang akan menjadikan mahalnya sebuah perkahwinan. "Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" (Imam Nawawi)

Read more...

wanita .. akal senipis rambutnya

>> Friday, May 22, 2009

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

Read more...

kenali wanita

>> Thursday, May 14, 2009

WANITA TANAH

Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak
Taurus(21 April-20Mei),
Virgo(24Ogos-23 September) dan
Capricon(22 Disember-20 Januari).

*seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal.
*Penyabar dan bertolak ansur,mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif,serius dan sederhana.
*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.

WANITA API

Wanita api dilahirkan di bawah lambang
Aries(21 Mac-20 April),
Leo(24 Julai-23 Ogos) dan
Sagittarius(23 November-21 Disember).

*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

WANITA ANGIN

Mereka ini lahir di bawah lambang
Gemini(22 Mei-21 Jun),
Libra(24 September-23 Oktober) dan
Aquarius(21 Januari-19 Februari).

*Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
*Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai.
*Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
*sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,untuk berkonfrantasi.
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

WANITA AIR

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak
Cancer(22 Jun-23 Julai),
Scorpio(24 Oktober-22 November) dan
Pisces(20 Februari-20 Mac).

*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati,berdaya imaginatif,sentimental,mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

NASIHAT YANG. AMAT BERGUNA UNTUK WANITA & UNTUK PENGETAHUAN KAUM LELAKI JUGA.

*Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
*Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
*Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing,berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
*Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
*Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.
Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali,dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur.Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
*Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
*Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia.Karena di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
*Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya.Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya,yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan.
Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP