Followers


familia

familia

mOsHi2


juadah rayerrr

>> Tuesday, August 30, 2011


Selamat ari raye...

tahun ni raye kat kl ajer.. n mood nk raye takde langsung.. boleh ke? bukan benci raye cume nak sambut tu dah kurang...

tapi demi nk hilangkan rase tak suke sambut raya.. aku sanggup berjaga pas balik keje 12 tgh malam unutk baked cake..

asalnyer tak nak buat.. tapi mama yg suh buat coz dia tingin nak mkn carrot cheese walnut cake.. jadi aku pu buatlah.. siap je baking cake carrot tu... terpandang pulak ader susu segar dlm fridge.. ermm menarik jugk kalau buat choco almond cake. usha usha bahan sume complete!.. ape lagi buat la... siyes lama nyer tak mkn choco cake.. 2 tahun aku mogok tkmo mkn choco.. last last choco cakenyer pasal.. beduk jugak... heehhe

siyes belum sampai separuh hari beraya.. kek choco aku dah mkn half sorang aje... cume bile ader yg bertandang aku kuarkan cheese carrot cake je.. haahh.. kededut..!

Read more...

salam eid

>> Sunday, August 28, 2011



Hari-hari ramadhan yang berlalu adalah ujian hati dan minda sekelian muslimin dan muslimat berjuang menahan lapar dahaga. Syawal datang membersih dosa-dosa lalu dalam ketekunan solat tarawih dan bertadarus, zikir, bertasbih memuji kebesaranMu. Syawal datang lagi dengan selangkah usia kita ke hadapan dalam mengenal erti hidup dan kesabaran dan balasan di akhirat.

Selamat Hari Raya Aidilfitri MAAF ZAHIR BATIN...

Read more...

High Maintenance...?

>> Thursday, August 25, 2011


bile aku pilih subjek ni untuk entry kali nih aku senyummmm je....Kenapa aku nak tulis entry pasal high maintenance? Ada waktu aku suke memerhati orang.. especially bile aku hang out sensorang. Sambil layan mp3 sambil mata ni meliar tgk orang orang lalu lalang. lelaki atau pompuan, aku perhati je..orang kata cuci mata yg kelabu asap ni.. Pelbagai gaya,style,ader yg so so je.. ader yg vogue.. ader yg asal boleh aje… ader yg “ade aku kesah” nyer style kan.. baik laki atau pompuan sume same je..

Bile kite tanya lelaki sape yg high maintenance for sure majority akan cakap “PEREMPUAN”.. bile tanya pompuan ader gak bagi random answer. Ader cakap lelaki…hey! Bukan sikit sikit tau I tell u… ader cakap pompuan.. tapi sebenarnya semua same je… tol tak?

Pernah aku jugaklah aku bertanya pada 2 3 orang kawan adakah aku ni tergolong dalam kategori “high maintenance”? n the answer of coz la.. “yup!” “aha.. ader la sikit sikit ceciri high maintenance tu” “takkan tak pasan diri ko tu macam tuh kot?” wahhh statement baekk yg langsung tak amek hati.. kita boleh jugde orang macam macam bukan.. “hish.. high maintenance la awek tu…” “bapak.. high maintenance ko nih!’” hakikatnya diri empunya lebih tahu kan dia tu high ke tak high maintenance dia…

Selalu aku mendengar orng cakap aku high maintenance.. aku senyum aje.. tak iyakan tak menidakkan.. so so je.. sebb aku admit ada kala aku agak demand n ada kala ‘asal boleh” je…

Ape tu high maintenance? Adakah mereka terdiri dari golongan yang mementingkan materialistik serta kecantikan aje? Definition of “high maintenance” is ....
"Has higher than normal expectations; has a greater requirement for affection or attention; has more needs and/or demands and therefore more difficult or challenging."

Contoh kalau perempuan tu cantik, bergaya, kirenya gaya,penampilan tahap ala ala model, perasan artis kononnya dah di cop high maintenance.. kalau lelaki pun mcm tu jarang sangat la nk dengar org cakap “mamat tu high maintenance”.. sebaliknya orng akan cakap.. “wahhh! gaya metroseksual…”nape kite tk cop dia “high maintenance” same mcm kita cop orang pompuan..?
Mungkin sebb demand pompuan lebih byk dari lelaki kot kan?

Mungkin punca perempuan di judge “high maintenance” sebb perkara2 ni ke?

1) Handbag, Kasut, Baju, Bra, bagai apa kejadah semuanya nak BRANDED
- Haruslah diketahui yang perempuan punya barang ni most of it memang murah. Dengan SALE bagai. Nak dress cantik kiut miut pun boleh dapat harga RM25 kat Sungai Wang. Lelaki ada? Baju kemeja kerja pun bapak mahal. Patut lah asyik asyik tengok pakai baju sama je. Soooo, apabila si Perempuan ni memakai pakaian branded dari hujung rambut sampai hujung kaki, sangatlah dipercayai 100% bahawa mereka ni high maintenance orangnya..

2) Sentiasa kelihatan bergaya memanjang

- Naluri perempuan.Tapi mereka yang tergolong jenis macam ni memang memerlukan dana yang lebih apabila berkahwin kelak. Haruslah kaum Adam memahami bahawasanya jika anda memerlukan seorang isteri yang sentiasa kelihatan cantik bergaya, investmentnya juga besar yeeeee. Apa tak nya, salon rambut, manicure, pedicure, eyelashes extension, makanan organik (jaga badan u ollss), spa, kosmetik berjenama, rawatan anti kedut, anti gemuk, anti jerawat, anti jeragat, anti hitam, anti apa-kejadah-la-sial-banyak-gila-duit-nak-perabih. Ingat senang ke nak maintain cantik? Kalau agak agak tak larat, lupakan sahaja niat suci murni mu itu.

3) Mereka (perempuan) suka sangat jaga STANDARD

- Contohnya, lunch makan kat Food Court je, tapi perempuan perempuan ni pergi Coffee House Kat Hilton. Ataupun kita delivery McDonald or Pizza Hut, mereka guna Room Service Deliveries order dari restaurants The Fish & Chippery, Pride of India, Brisik, The Talk, Las Carretas, La Bodega, Euro Deli atau Planter Jim's. Kita lepak Summit USJ, mereka penuh kat Michelangelo, Pavilion. Kita window shopping je...tsk..tsk..tsk, dieorang pulun semua penuh dengan paper bag, LV, Gucci, Prada bagai.


4) Jenis semua pun tak boleh

jenis memang rasa nak penampar. Tapi jangan terkejut sebab memang ada jenis lelaki yang suka melayan ataupun memang manjakan. Lama lama memang jadi spoil dieorang tu. Jenis ni memang tak boleh nak kena panas, tak boleh jalan jauh, tak boleh berpeluh, nanti cair make up la, nanti kuku patah la, nanti rambut kering la, nanti tu lah, nanti ni lah, nanti mampos cepat la. So haruslah mempunyai kereta gojes lagi aircond super kuat dan juga melawati tempat tempat yang up up .pastu apa lelaki tu pakai pun banyak complain. Kena pakai ni, ni, ni, tak boleh pakai tu, pakai brand ni. Haa.. Amik kau.

Memang ramai sangat lelaki akan jugde pompuan tu “high maintenance” kalau based on ceciri kat atas tu… DAN ada jugak lelaki yang hendakkan perempuan yang di luar kemampuannya, yang high maintenance tetapi bila dia tidak mampu tunaikan permintaan dan keperluan perempuan tersebut…mulalah nak cakap perempuan tu materialistik.

tapi SEDAR tak lelaki lelaki kat sana tu.. golongan pompuan ni bukan sekadar mementingkan materialistik serta kecantikan aje.. tapi ia sebenarnya adalah cara bagaimana wanita itu untuk tampil terbaik buat pasangannya..

lelaki selalu merungut kalau pasangannya tak pandai bergaya, tak pandai jaga badan, tak pandai bersolek, tetapi hakikatnya, lelaki itu sendiri tidak menjadi sumber inspirasi buat wanita tersebut. Lelaki lebih suka komen dan cemuh tetapi jarang nak sokong. Akibatnya pasangan lelaki ini terus-terusan begitu.


Wanita yang 'High Maintenance' bukanlah wanita yang dambakan wang ringgit semata-mata,but mereka sebenarnya cuba untuk jadi yang terbaik dari terbaik. Mereka sukakan kecantikan, maka kecantikkan itulah yang jadi keutamaan. Mereka ingin tampil menarik kerana itulah kelebihan yang mereka ada.

Mungkin pendapat lelaki mengatakan bahawa apa yang mereka (wanita) ingin kecapi itu memerlukan belanja yang besar, lalu dicop sebagai materialistik tetapi sebenarnya ia merupakan jalan buat wanita itu untuk tampil apa yang lelaki semua mahukan - cantik.

Betulke perempuan memang materialistik?
Adakah salah jika perempuan materialistik jika sudah terbiasa dibesarkan dalam kemewahan.?
Renung dan selamat beramal…

Dan bagi aku.. kalau orng nak kate aku high maintenance pun.. ader aku kesah? Sebb aku lebih tau ape yg aku perlu..lagipun tak semua yg murah itu buruk. Tak semua jugk yg mahal itu cantik.. biar murah tapi classy!! Biarlah bukan cleanser SK11 pun walaupun hanya sekadar bedak sejuk dari kampung mama aku nun jauh di kedah je yg jadi sandaran, biarlah bukan kosmetik make up brand M.A.C tapi sebotol krim temulawak yang beli kat maidin jalan TAR tapi tetap syukur… kerana DIRI KU BEGITU BERHARGA..dan semua orng mesti nak yg terbaik,terbersih dan segala TER lagi kan.. so bagi lelaki janganlah merungut apabila si awek/bini ko itu meminta sesuatu untuk dia tampil cantik buat kamu!









Read more...

kukies raya

>> Sunday, August 21, 2011

rasenyer waktu waktu 10 ari terakhir ramadhan mesti semua full gear nak tingkatkan amal ibadah.. tol tak? dan dalam mase yg sama ni jugaklah 10 ari terakhir ramadhan kita ni pun full gear jugak nak shopping raya, kat jalan TAR n n MASJID JAMEK tu dah tak nampak rupe dah...penuh dgn umat nak shopping... nak tunjuk tunjuk kuih raye bagi sape yang tak rajin nak membuat kuih raya.. tym ni jugak bagi sape yg mengeluh lom dapt gaji n bonus meraung suh bagi cepat2... (macam kawan aku yg punya nasib sedemikian)...


tahun ni same mcm tahun sebelumnyer jugak persiapan biase biase aje.. entahla mungkin sebab dah besor jadi suasana tu pun kurang.. yg aku excited bile part nak buat kuih raye aje...eheheh yelah itu je aku rase aku berbakat la sikit dalam hal umah tangga ni kan.. wah!nak ikot jejak mama menjahit awal awal dah angkat bendera sebb tak minat...

tahun nih dah masuk tahun ketiga aku buat kuih raya.. alhamdulillah semakin seronok bereksperimen dengan resepi turun temurun n yg mane aku belajar jugak.. tahun nih kuih kuih nyer ceria la jugak. tak mcm tahun lepas yg sume nyer almost cokelat je theme dia.. sorang nak almond.. sorang nk choco. sorang nak itu.. ini.. last last baru sedar biskut raye sume warna coklat aje... hahaah sampai lemau nk makan tak berseri.. tapi untuk this year sebab hanya aku yg jajah dapur mama jadi aku la yg decide everything! yahuuuu..yang bestnyer buat biskut raya tahun nih.. aku manfaatkan 3 biji oven yang ader! cepat tau... tu pasal selumber badak je 1 ari buat 3 4 jenis kuih... next wit buat kek pulak!

so biskut pertama biskut oat nestum..


nak resepi.. kat sini aku share kan.. orang cakap jangan kededut ilmu kan... heehheeheh

BISKUT OAT NESTUM

BAHAN-BAHAN:

200gm marjerin
1 biji telur
150gm gula kastor
90gm oat [ dibakar ]
90gm nestum
1 sudu kecil minyak sapi
1 biji putih telur
Sedikit coklat masakan
Sedikit badam [ cincang kasar ]

CARA:

1) Pukul marjerin dan gula hingga kembang memutih dan gebu. Kemudian masukkan telur , oat, nestum dan minyak masak. Gaul sebati.
2) Bentukkan adunan mengikut acuan disukai, sapukan putih telur yang telah dicampur dengan sedikit coklat masakan di atas biskut.
3) Tabur badam cincang dan bakar pada suhu 180 celcius selama 25 minit

* hiasan kat atas biskut ikot la pada selera masing2 kan..

pastu biskut semperit. mama yang request sebab dia suke sangat nak makan bile tgk tv.. so buat jgklah..tapi biskut semperit ni belum taruk hiasan ag sebb baru terap.. sekali pandang dah mcm biskut tiger pulak kan?



BISKUT SEMPERIT

Bahan-bahan

300g butter
160g gula aising
100g tepung jagung
160g tepung kastard
240g tepung gandum
2 biji kuning telur
Cara-cara

Pukul butter, gula aising hingga kembang.
Masukkan kuning telur, kacau sebati.
Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati.
Terap atas loyang. Untuk hiasan ceri, coklat rice atau coklat chip, boleh letakkan sekali.
Bakar 150C selama 20 minit.


biskut ketiga yang sempat aku buat. biskut arab suji.. actualy ni pestime buat. n guna resepi sendiri.. based on resepi my kazen, aku olah sikit..aku tambahkan susu tepung sikit.. baru ummmphhh! biskut ni dari arwah nenek kemudian diturunkan ke anak pastu cucu then cicit... temurun nih...



resepi biskut arab suji..

4 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula aising
1 cawan tepung suji
200 gm minyak sapi Ghee
2 sudu susu tepung...

* cawan tu kalau boleh semua sukatan guna cawan yg sama...


Cara-cara

Panaskan minyak sapi.kemudian sejukkan...
Tuangkan ke dalam adunan tepung gandum, tepung suji dan gula.Gaul sebati.
Bentukkan bulat dan bakar dengan suhu 170’C selama 20 minit.

last sekali biskut choco chip!! hah ni peberet aku.. boleh kate peberet semua isi rumah..



resepi coklat chip

180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips
120gm badam cincang ,walnut

Cara-cara

Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam.

Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.

Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.

Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.

Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.

kalau nak sedap guna chocochip import. bukan local choco chip yg dijual.. ade beza tau! selamat mencuba....


Read more...

outink

rase mcm lame sgt je tak hang out dgn my sis , angah.. dahla walaupun satu umah nak berbual ke bertegur pun tk sempat.. so untuk memanfaatkan kualiti masa. aku sanggup "cuti" semata mata nak dating dgn angah..

aktiviti menemani angah shopping raye. wah!! semangatkan budak yg semakin kurus itu? even ader lagi 10 ari je nak raye.. aku tahun nih tak rase nk prepare pape pun untuk diri. sebab macam tahun tahun sebelum ni.. asal raye je aku keje.. huhuhuhu...


so memula plan nak g area kl je..sekali minah tu ajak g mid vell.. adoiii.. berchenta sungguh aku nak menghadap ke sana.. tapi sebab dah permintaan dia as kakak hekut ajer...

dari kul 12 pm kitaorg jelajah setiap ceruk mid vell tu.. 3 jam survey aje.. pastu dudk untuk checklist mane nak beli.. pastu tawaf lagi.. macam nak tercabut kaki ni... sesekali berjalan kan!!!

harapan aku untuk tidak berbelanja membeli akhirnya tak kemana bila aku pun sama naik "gila" dgn "sale! sale!" ... hampes sungguh! sedaya upaya aku tak korek atm tau.. tapi akhirnya kalah jugak! habis name pompuan.. kalau tak membeli ...paling kurang satu mesti wajib beli!.


angah sauk giordano skinny jeans buat diri dia.. aku pun dari taknak beli jeans.. sauk jugak satu...!! adoiii tak tahan godaan tau!.. pastu masuk PDI.. aku sambar t shirt 2 helai.... adusss sape yg teman sape shopping nih sebenarnya kan? angah beli satu baju kat cotton on..

yang pasti aku berjaya sabarkan diri dari membeli kasut!heehehh bak kate angah " sejarah antara aku dgn kasut amatlah bahaya" so demi nak sahut sindiran dia aku sabarkan diri dengan tidak membeli hatta sepasang pun kasut.. just try test ajer...tapi dalam ati berkenan jugk heels dari CK tue!! arghhhhhh!

penat berjalan we ols cari tempat nk berbuka. angah tingin nak makan tteopokki.. so g je layan dia..

aku pun over tau meng"oder"... macam gaya makan kat umah.. walhal makan kat foodcourt aje!



sementara nak tunggu berbuka angah sempat syiok sendiri dgn snap pic pic dia...



pic candid aku pun sempat dia snap mase tgh on phone dgn mama : ermm mama we ols mentang2 aku n angah makan kat luar.. adik pun ader aktiviti berbuka kat sekolah.. mama n abah pun nak jugak dating berdua.. hadoiiii sakan tau!!1 mase aku tepon diaorg tgh nk kuar g berbuka kat luar...

meh tgk ape yg kitaorg order..


penuh meja tau!!! kiri kanan customer yg ader kat sekelling tgk je menu ktorg.. selere mcm jin!.. 2 org aje yg makan.. tapi amek order untuk 3 4org punya order..




kitaorg order tteopokki, kimchi.. n other korean dish.. sume selamat masuk pewot tanpa ader pembaziran.. huhuhuhuhu.... nak jalan pun tk boleh.. sebb terlebih kenyang.. hukhuk..

Read more...

posto posto

>> Saturday, August 13, 2011


posto posto!!!


ya! cik ipah dapat posto posto... ya

abah :" along.. ni kad .. setem dari kelantan"

me : "ape dier? yolah tu.."

mama:" dari naji la tuh!!! cepatnya ngantor kad"

me :"eh mama pulak yg excited nape?"

mama: "tak boleh ke?"

me :"grrrrr..."



yup.. sape sangka abang aku sorang tu hengat lagi kat adik dia yg kemetot nih...

baru je aku nak kim kad .. dia dah pos dulu.. aihhh dr. ni cepat sgt..

kali ni utusan panjang sikit. kalau tak ciput je..

mama macam biaselah.. nak bakar ati sengaja je bace mcm nak bagi satu isi rumah dengar.. sabo jekan.. walhal aku lebih dulu bace isi utusan...

sekali abah tanya " dah bape orang anak dah?

erkkk.. macma tkde soklan lain kan nak tanye.. prihatin sungguh!

me : "along tak pernah tanye abah.... dan dia pun tak pernah nak info pape..."

abah :" oooooo........."

da punya oooooo tu panjang tau!!! macam nak ader sambungan ayat je gaye tuh...

papepun. time kasih kerana masih lagi ingat aku kat sini...

sesungguhnya setiap kad aku aku time,perfume, bj turqoise , tetap kemas dalam simpanan!..

doa aku.. agar abgku naji n keluarga sentiasa sihat,bahagia hendaknya..amin..

Read more...

confesion :maafkan aku lagi...

>> Friday, August 12, 2011

salam ramadhan buat semua..


ingat lagi tak entry yg aku tulis sebelum ni sal tak paham atau sengaja buat tak paham?.


nak tau pe jadi? well sekurang kurang nyer..sikap ke'bebalan" aku ni dah watkan kawan aku tu sendiri confessed about his feeling towards me...walaupun kalau dia tk confess pun aku leh tau..

tapi sebb dia confess tkpelah kan.. tapi memang la weyy.. aku rase, aku pulak yg serabut.. sama ader dia confess ke... tak confess ke tetap jugak ati ni tak tenang..kompius, blur..

aku tak tau nak jawab ape..aiiii serabut tau.. last last aku tanye soklan je balik.. soklan yg semuenye tak memuaskan ati sebb akhirnya jawapan tu wat aku pulak yg sakit!

sape tak nak lovey dovey kan? Allah dah ciptakan setiap orang itu berpasang pasangan. cume kite je tak tau sape pasangan terbaik buat diri kita kan....

ya,.. jauh sudut ati ni mmg rase nak bagi peluang kat diri sendiri untk blajar bukakkan ati semula.. but... 1 part lain cakap 'don`t hurt your self again"... dan bahagian itu lebih kuat dari perasaan yang nak bagi peluang tu..

sudahnya aku just cakap kat kawan aku tu.. biar mase yg tentukan..nah... ayat klise untk setiap pertanyaan soal jawab ati..
jawapan untuk larikan diri..jawapan selamat..

dan aku tau mesti kawan aku tu sikit keciwa.. tapi itulah yg sebaiknya.. bukan aku menolak cume aku mintak biar mase sendiri tentukan..biarlah DIA yang di atas sana tunjukkan jalan sebaiknya.

aku harus jujur dgn ape yang aku rasa dgn perasaan aku.. cukup aku terkesan dgn
cinta terlarang selama ini ku pendam.. dan atas semua keterbatasan itu.. aku
tak mampu menjadi "aku" yang orang lain mahu untuk aku mencuba sekali lagi dan aku tak mampu untuk buka rasa itu lagi.aku tak sanggup.

yes,.... Love always has it's "errors", sometimes it's best to "shut down" but the hardest part is to "restart" your life & "reformat" your heart again..


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP