Followers


familia

familia

mOsHi2


outink

>> Sunday, August 21, 2011

rase mcm lame sgt je tak hang out dgn my sis , angah.. dahla walaupun satu umah nak berbual ke bertegur pun tk sempat.. so untuk memanfaatkan kualiti masa. aku sanggup "cuti" semata mata nak dating dgn angah..

aktiviti menemani angah shopping raye. wah!! semangatkan budak yg semakin kurus itu? even ader lagi 10 ari je nak raye.. aku tahun nih tak rase nk prepare pape pun untuk diri. sebab macam tahun tahun sebelum ni.. asal raye je aku keje.. huhuhuhu...


so memula plan nak g area kl je..sekali minah tu ajak g mid vell.. adoiii.. berchenta sungguh aku nak menghadap ke sana.. tapi sebab dah permintaan dia as kakak hekut ajer...

dari kul 12 pm kitaorg jelajah setiap ceruk mid vell tu.. 3 jam survey aje.. pastu dudk untuk checklist mane nak beli.. pastu tawaf lagi.. macam nak tercabut kaki ni... sesekali berjalan kan!!!

harapan aku untuk tidak berbelanja membeli akhirnya tak kemana bila aku pun sama naik "gila" dgn "sale! sale!" ... hampes sungguh! sedaya upaya aku tak korek atm tau.. tapi akhirnya kalah jugak! habis name pompuan.. kalau tak membeli ...paling kurang satu mesti wajib beli!.


angah sauk giordano skinny jeans buat diri dia.. aku pun dari taknak beli jeans.. sauk jugak satu...!! adoiii tak tahan godaan tau!.. pastu masuk PDI.. aku sambar t shirt 2 helai.... adusss sape yg teman sape shopping nih sebenarnya kan? angah beli satu baju kat cotton on..

yang pasti aku berjaya sabarkan diri dari membeli kasut!heehehh bak kate angah " sejarah antara aku dgn kasut amatlah bahaya" so demi nak sahut sindiran dia aku sabarkan diri dengan tidak membeli hatta sepasang pun kasut.. just try test ajer...tapi dalam ati berkenan jugk heels dari CK tue!! arghhhhhh!

penat berjalan we ols cari tempat nk berbuka. angah tingin nak makan tteopokki.. so g je layan dia..

aku pun over tau meng"oder"... macam gaya makan kat umah.. walhal makan kat foodcourt aje!



sementara nak tunggu berbuka angah sempat syiok sendiri dgn snap pic pic dia...



pic candid aku pun sempat dia snap mase tgh on phone dgn mama : ermm mama we ols mentang2 aku n angah makan kat luar.. adik pun ader aktiviti berbuka kat sekolah.. mama n abah pun nak jugak dating berdua.. hadoiiii sakan tau!!1 mase aku tepon diaorg tgh nk kuar g berbuka kat luar...

meh tgk ape yg kitaorg order..


penuh meja tau!!! kiri kanan customer yg ader kat sekelling tgk je menu ktorg.. selere mcm jin!.. 2 org aje yg makan.. tapi amek order untuk 3 4org punya order..




kitaorg order tteopokki, kimchi.. n other korean dish.. sume selamat masuk pewot tanpa ader pembaziran.. huhuhuhuhu.... nak jalan pun tk boleh.. sebb terlebih kenyang.. hukhuk..

Read more...

posto posto

>> Saturday, August 13, 2011


posto posto!!!


ya! cik ipah dapat posto posto... ya

abah :" along.. ni kad .. setem dari kelantan"

me : "ape dier? yolah tu.."

mama:" dari naji la tuh!!! cepatnya ngantor kad"

me :"eh mama pulak yg excited nape?"

mama: "tak boleh ke?"

me :"grrrrr..."



yup.. sape sangka abang aku sorang tu hengat lagi kat adik dia yg kemetot nih...

baru je aku nak kim kad .. dia dah pos dulu.. aihhh dr. ni cepat sgt..

kali ni utusan panjang sikit. kalau tak ciput je..

mama macam biaselah.. nak bakar ati sengaja je bace mcm nak bagi satu isi rumah dengar.. sabo jekan.. walhal aku lebih dulu bace isi utusan...

sekali abah tanya " dah bape orang anak dah?

erkkk.. macma tkde soklan lain kan nak tanye.. prihatin sungguh!

me : "along tak pernah tanye abah.... dan dia pun tak pernah nak info pape..."

abah :" oooooo........."

da punya oooooo tu panjang tau!!! macam nak ader sambungan ayat je gaye tuh...

papepun. time kasih kerana masih lagi ingat aku kat sini...

sesungguhnya setiap kad aku aku time,perfume, bj turqoise , tetap kemas dalam simpanan!..

doa aku.. agar abgku naji n keluarga sentiasa sihat,bahagia hendaknya..amin..

Read more...

confesion :maafkan aku lagi...

>> Friday, August 12, 2011

salam ramadhan buat semua..


ingat lagi tak entry yg aku tulis sebelum ni sal tak paham atau sengaja buat tak paham?.


nak tau pe jadi? well sekurang kurang nyer..sikap ke'bebalan" aku ni dah watkan kawan aku tu sendiri confessed about his feeling towards me...walaupun kalau dia tk confess pun aku leh tau..

tapi sebb dia confess tkpelah kan.. tapi memang la weyy.. aku rase, aku pulak yg serabut.. sama ader dia confess ke... tak confess ke tetap jugak ati ni tak tenang..kompius, blur..

aku tak tau nak jawab ape..aiiii serabut tau.. last last aku tanye soklan je balik.. soklan yg semuenye tak memuaskan ati sebb akhirnya jawapan tu wat aku pulak yg sakit!

sape tak nak lovey dovey kan? Allah dah ciptakan setiap orang itu berpasang pasangan. cume kite je tak tau sape pasangan terbaik buat diri kita kan....

ya,.. jauh sudut ati ni mmg rase nak bagi peluang kat diri sendiri untk blajar bukakkan ati semula.. but... 1 part lain cakap 'don`t hurt your self again"... dan bahagian itu lebih kuat dari perasaan yang nak bagi peluang tu..

sudahnya aku just cakap kat kawan aku tu.. biar mase yg tentukan..nah... ayat klise untk setiap pertanyaan soal jawab ati..
jawapan untuk larikan diri..jawapan selamat..

dan aku tau mesti kawan aku tu sikit keciwa.. tapi itulah yg sebaiknya.. bukan aku menolak cume aku mintak biar mase sendiri tentukan..biarlah DIA yang di atas sana tunjukkan jalan sebaiknya.

aku harus jujur dgn ape yang aku rasa dgn perasaan aku.. cukup aku terkesan dgn
cinta terlarang selama ini ku pendam.. dan atas semua keterbatasan itu.. aku
tak mampu menjadi "aku" yang orang lain mahu untuk aku mencuba sekali lagi dan aku tak mampu untuk buka rasa itu lagi.aku tak sanggup.

yes,.... Love always has it's "errors", sometimes it's best to "shut down" but the hardest part is to "restart" your life & "reformat" your heart again..


Read more...

bazar ramadhan VS bazir ramadhan

>> Wednesday, August 10, 2011


“Bazar Ramadhan”,,

satu nama yang tidak asing lagi dikalangan orang kita di bulan puasa. Di situ semua jenis juadah ada. Sebut je apa yang nak dimakan i”Allah ada. Kalau nasi, nasi apa nak, ala-ala Arab, Melayu, India, China, Mamak, Iban, Kadazan, semuanya ada. Kalau kuih muih pula, kuih apa yang tiada! Lepat pisang, akok kecut, ko”leh, habuk habuk, koci, tepung boko, dan entah apa apa lagi yang bilangannya lebih dari seratus jenis boleh didapati.


Banyaknya kuih muih yang dibuat sampai nama kuih pun terpaksa di curi dari elemen-elemen yang tidak boleh dimakan. Asalnya jala ikan dah jadi roti jala. Perahu pak cik nelayan yang selalu mudik di muara sungai dah jadi tepung perahu. Badak sebesar- besar badak yang beratus kilo beratnya, last-last dalam kuali kita campakkannya, jadi cucur badak. Pelita minyak tanah buat berdiangnya anak-anak ayam dalam reban asalnya dah jadi tepung pelita. Yang lebih dasyat, bom yang asalnya boleh melenyapkan bandar Hiroshima dan Nagasaki di Jepun, pun dah di gorengnya sampai jadi kuih bom. Betapa dasyat dan hebatnya kita orang orang Melayu dalam bab makan. Menggigil lutut gamaknya Benjamin Netanyahu PM Israel kalau mendengarnya.

Laparnya kita ketika bulan puasa sampai habis benda kita sumbat ke dalam perut. Dengan jalanya, perahunya, badaknya, pelitanya dan dengan bom-bom pun boleh kita sumbat ke dalam perut sambil senyum je. Apa pun, tidak dinafikan ‘Bazar Ramadhan’ sangat memberi faedah buat masyarakat terutamanya pasangan suami isteri yang bekerja. Kesuntukan masa dan kepenatan balik dari tempat kerja tidak mengizinkan mereka untuk menyediakan juadah berbuka puasa dengan sendiri. Justeru, ‘Bazar Ramadhan’ adalah jawapannya.

Cuba kita rehatkan minda, tenangkan fikiran dan kosongkan emosi. Bayangkan realiti “kita” sedang berada di Bazar Ramadhan sekarang.

Tongkat je motosikal dah terdengar “ beriani gam lauk kari kambing bang,,,,murah murah,,,,7 ringgit je”. Huh meremang bulu tengkuk dan kecur air liur dibuatnya.” Kari kambing tu,,,my favorite ”. Tanpa membuang masa, 2 ja’be beriani gam kari kambing tersangkut di jari telunjuk. Sambil tersenyum puas, langkahan diteruskan. Ale’ ale’ belum pun sampai langkahan ke 15 dari gerai nasi beriani tadi, isteri tercinta mencuit pinggang, “baby, ayang nak tepung pelita tu boleh tak? Gebu dan putih bersih tepung dia. Macam sedap je”. Senyum sumbing si suami kerana di panggil baby di khalayak ramai. Tambahan pula mak cik tepung pelita dah siap ambilkan plastik dalam pada “ ya baby,,,,murah murah! 3 seringgit.” Tersangkut pulak di jari tengah RM 3 tepung pelita. Perjalan diteruskan.

Dari kejauhan terdengar laungan suara budak lelaki,” ayam golek, ayam golek, ayam golek,,,,,,,,,,,,,,.” Secara automatik, dengan langkahan yang senada dan seirama, kaki laju melangkah ke lokasi gerai ayam golek. “ Fuuuh ramainya orang, ni mesti sedapkan sayang,” kata si suami. Terangguk angguk si isteri mengiyakan. 15 minit kemudian baru lah dapat seekor ayam golek yang diidamkan. Bergoleklah ayam golek dalam plastik yang di sangkut di sebelah jari telunjuk tangan kiri pula. Tersenyum lagi kepuasan dalam pada gendang makin kuat di mainkan didalam perut sendiri. Kalau boleh, masa tu juga nak di”ngapkan” ayam tersebut dengan plastik plastiknya sekali. Lapar la katakan,,,.

Berjalan lagi kedepan, terpampang depan mata deretan balang balang air si peniaga air. Berpinar biji mata bila terpandang cincau bandung yang terhidang dalam balang akak jual air. Apa lagi, “cincau bandung 2, air mata kucing 2, air batu tak nak banyak kak yer.” Cadang cadang banyak la sikit nanti dapat minum airnya. Kali ini giliran isteri tercinta pula yang membimbit 4 plastik air tadi.

Melangkah bersesak sesak dalam keramaian bazar Ramadhan tak sampai 2 minit seterusnya, si si isteri yang dah merasa lenguh jari telunjuk membimbit 4 plastik air tadi pun bersuara,” dah la baby, cukup dah kot untuk kita dua orang berbuka ni,,,,! ” Sambil mengangkat tinggi kepala melihat saki baki gerai yang masih belum dilawati, “ ok lah, jom,” jawab si suami.

Hampir-hampir sampai ke motosikal, terlihat seorang wanita separuh umur dengan sekotak poli putih di depannya, “ air soya, tau fu fa dik,,,,,” dengan mata yang mengharap menyapa. Kalau nak diikutkan hati memang dah tak nak beli, tetapi atas rasa belas ihsan, 1 plastik lagi air soya dan semangkuk kecil tau fu fa menjadi koleksi berbuka puasa di jari si isteri. Sampai di rumah, hanya berbaki 20 minit lagi azan maghrib tanda masa berbuka puasa akan dilaungkan.

Siap-siap mandi, pakai baju, azan pun berkumandang. Mula mula yang menjadi mangsa, air cincau separuh plastik. Diteruskan dengan nasi beriani gam kari kambing. Licin beriani gam, peha ayam golek di”pepohnya” pula. Habis sepeha ayam golek, sebiji tepung pelita menjadi mangsa. Selepas air, nasi, ayam dan kuih masuk ke dalam perut, si suami sudah menyandar ke dinding dengan perut persis wanita mengandung 3 bulan dalam kekenyangan. Si isteri pula melunjurkan kaki, lurus kebawah meja sambil kepala menyandar dikerusi tercungap cungap kekenyangan,,,,,,,,,,,,.

Betul tak segala gambaran yang kita sama-sama kongsi sebentar tadi perihal “kita dan bazar Ramadhan” sekarang ini!!!!

Perasan atau tidak yang sesungguhnya kita sudah melakukan banyak kesalahan dan dosa dengan sebabnya. Sekarang mari sama-sama kita buktikan segala kesalahan yang berlaku.

Pembaziran Wang

Disebabkan perut sedang lapar dan tekak sedang haus, jadi ramailah yang terlajak tatkala membeli-belah. Itu nak, ini pun nak. Kesemua sepuluh jari hampir dipenuhi dengan plastik-plastik bungkusan makanan untuk berbuka puasa. Sedangkan yang diperlukan hanya dua atau tiga jenis makanan sahaja untuk berbuka puasa. Maka berlakulah pembaziran wang.

Pembaziran Makanan

Mengaku atau tidak, hanya setengah daripada makanan yang dibeli di bazar Ramadhan tadi masuk kedalam perut kita, selebihnya transit sebentar di dalam peti sejuk, sebelum di”humbankan” ke dalam tong sampah. Alangkah baiknya andai wang yang lebih itu dibeli makanan untuk golongan anak yatim, fakir miskin atau yang orang yang susah kehidupannya. Betapa sayunya hati mereka jika melihat sesetengah kita menggolekkan “ayam golek” yang baru dimakan separuh kedalam tong sampah, sedangkan mereka sangat susah walau untuk mendapatkan sesuap nasi.

Tidak kurang pada si peniaga juga, kadang-kadang membuang makanan yang tidak habis terjual ke dalam tong sampah. Padahal alangkah eloknya makanan yang tidak habis terjual itu diberikan ke masjid masjid dan surau sebagai moreh selepas solat terawih daripada dibazirkan. Maka berlaku pula pembaziran makanan.

Pembaziran Masa

Terang lagi bersuluh, memang ramai yang membazir masa di Bazar Ramadhan. Yang datang hanya untuk “mencuci mata.” Yang “tawaf” bazar Ramadhan sampai 7 kali tapi tak jumpa jumpa apa yang nak dibeli.

Alangkah baiknya masa terluang tersebut digunakan untuk membuat pahala. Beramah mesra bersama keluarga, membaca Quran dan berzikir. Malah apa salahnya andai bagi pihak suami membantu si isteri tercinta menyiapkan juadah berbuka puasa di dapur. Kini jelas terbukti pembaziran masa pula berlaku.

Pembaziran Tenaga


Hasil dari pembaziran masa, secara automatik berlaku juga pembaziran tenaga. Disebabkan masa berjalan-jalan di Bazar Ramadhan terlalu lama, jadi banyak tenaga yang dibazirkan. Badan menjadi letih dan memberi kesan kepada Terawih yang bakal yang dilakukan pada sebelah malam. Sedangkan ia boleh dijimatkan dengan tidak terlalu lama di bazar Ramadhan. Berlaku pula pembaziran tenaga.

Pembaziran Pahala

Kita semua maklum, bazar Ramadhan kadang kadang menjadi medan “melawa” bagi manusia manusia lalai dan jahil. Terjadilah disana “wayang wayang berkulit” yang free. Lurah dada anak-anak dan mak-mak dara boleh dilihat tanpa bayaran. Pinggul-pinggul bulat “bergete” meliang-liuk kekiri dan ke kanan persis soldier mengambil baris hormat terhidang didepan mata tanpa dipinta. Ini semua adalah fitnah dan bala akhir zaman yang terhidang sama tetapi free di bazar-bazar Ramadhan. Maka bagi si pemuasa lelaki yang tidak merendahkan pandangannya, sungguh dia telah membazirkan pahala yang dikumpulkan sedari pagi lagi.

Ramainya pengunjung di bazar Ramadhan juga menyebabkan lidah tidak terkawal. Minda pula berfikir yang bukan-bukan. Ditambah aktiviti “ber” atau sengaja “me” langgar bahu antara lelaki dan wanita. Bukan setakat itu sahaja, malah persentuhan kulit antara penjual dan pembeli yang bukan mahram “selamba ajer berlaku.” Maka pahala yang penat dikutip sedari pagi hingga ke petang juga, gugur satu persatu digantikan dengan dosa.

Si peniaga pula kadang-kadang untuk melariskan jualan, mulalah ‘menanam tebu di pinggir bibir,’ “goreng” itu dan ini sampai terjadilah kelentong dan pembohongan ketika berniaga. Maka, terbazirlah pula pahala.

Pembaziran Peluang


Ramadhan datang hanya setahun hanya sekali. Patutnya kita semua berebut rebut mengutib pahala di dalam bulan yang mulia ini. Sayang sekali, ramai di kalangan kita terutama penjual penjual di bazar Ramadhan terlepas ibadah-ibadah besar di bulan puasa seperti Terawih dek terkejarnya laba perniagaan di bazar Ramadhan. Jangan ditanya tentang berzikir dan membaca Quran pada mereka kerana mereka akan menjawab,” mana lah aku sempat. Bila nak pegang senduk,,,,bila nak nak basuh beras,,,,,,bila pula sempat nak baca Quran.”

Maka terbazirlah peluang untuk membeli tiket tiket ke Syurga Allah di bulan yang mulia ini..

Janganlah kebaikan yang terdapat di Bazar Ramadhan itu memberikan keburukan buat diri kita, terutama dalam bab pembaziran.

Firman Allah s.w.t yang maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (Surah Al-Isyra’, ayat ke 27)

Pembaziran adalah perbuatan Syaitan. Dan orang-orang yang terlibat dengan pembaziran adalah tergolong di dalam kalangan saudara kepada Syaitan. Moga kita semua dijauhi dari sifat yang buruk ini, amin. Ambillah peluang Ramadhan yang hanya hadir sekali dalam setahun ini sebaik-baiknya. Janganlah kita bazirkan wang, makanan, masa, tenaga, pahala dan peluang berada di bulan yang mulia ini dengan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah.

Mudah-mudahan kita semua makin bertaqwa hendaknya, amin.

Read more...

tak paham atau sengaja buat tak paham?

>> Tuesday, August 09, 2011

entry macam nak cari pasal kan.. hishh tak baikk cari gaduh bulan baek nih.. bawak bersabor sikit okey! cube bersangka baik sikit wahai cik ipah yg makin chubby pp tue..

haisssssshhhh.. kompius .. kompius... adakah sekarang aku dalam situasi keserabutan yang tak sepatotnya?



sumernye bermula dari tercetusnya satu sms ajer. 1 sms ajer taw.. bukan direct communication hadap 2 biji mata kamu 2 biji mata aku!! ni sume bile aku, gatal gatal ngusik sgt..sekali hah padan muka diri sendiri..

hasilnya skunk aku pulak yg tak reti nak react, respond, dengan apa jua segala bentuk komunikasi...

mulanya macam nih.. aku dgn kawan lama aku ni.. we ols kenal dah lama.. since mase sekolah dulu.. kelas sebelah menyebelah.. habis sek aku terus 'hilang'... then few years pastu aku timbul balik.. ramai la wat jejak kasih kat fesbuk.. sampailah kawan aku ni add aku.. (even aku tau profil dia tapi aku takdelah pulak rase nak add dia dulu).. so inbox gitu gitu jelah.. then dari inbox msg msg pulak.. then koling koling nepon. gosip gosip kutuk kutuk sume bagai...

penggunaan bahasa yg diguna pakai of cozlah bahasa yg selalu guna mase sek.. aku kau..kau aku... so selalu la we ols berhubung coz dah dari sek lagi memang rapat.. jadi aku ngn kawan aku ni tak delah nak rase "autumn in my heart"..

then lately aku macam dapat hint hint yg tak bape nak nyenangkan ati.. adakah aku aje yg terperasan sgt atau benda ni just natural jew..

entahlah aku pun kompiuss...

pernah jugak lah we ols ni bincang sesuatu yg lari dari kebiasaan kutuk mengutuk gosip2 nih.. pernah jugaklah we ols story sal bab jantung ati limpa sumelah.. tapi takdelah siyes pun.. cuma sejak menjak ni bunga bungan cerita tu macam lain je sikit.. sudahnya aku end up dgn tukar topik atau pun just diam diri... tak mesg2 atau called ag dah 2 ari...

tapi tk kesah la sgt kan . yang aku kesahkan skunk ni.. bila kawan aku ni mintak tukar cara panggilan! dia dah takmo aku.. kau... kau aku ag dah.... memula macam pelik la.. 13 tahun guna perkataan aku kau.. kau aku takde pape kan.. tetiba nak ubah pulak.. so dia decide panggil nama.. walawehhh kekok pulak rase.. terus aku rase mcm aku tgh berhubung dgn orang lain. bukan dgn kawan yg bertahun sebelum ni..it feels like somebody that i baru kenal je.... kekadang ader jgk aku melatah bahase kan aku kau..

oh ya.. aku ader jgk tanye kat kawan ni nape nk change panggilan kan.. dia cakap "muka pompuan tapi perangai macam lelaki.. aku rase tgh bercakap dgn lelaki dan bukannya pompuan!"..ok tu alasan dia. memula tak sangka jugklah nak dapat jawapan macam tuh.. direct sound tepat masuk dalam lubang tinge nih. seb bek tak pekak jew ag.. ah sedar diri jugaklah aku nih yg 'perwatakan' kasar tu still ader ag 10 20 percent dalam diri nih.. alah takat mcm tuh pun nak dikire jugak ke? atleast aku tkdelah nak jadi mcm peng tom sume.. still wear baju kurung kebaya jgk.. cume bile kai pants dgn blouse je ader sikit sikit je bayang tempias...

for e few days aku try nk adapted then aku surrender.. aku cakap tk boleh sebb aku tak comfort.. then dia insist jgk nk change. so aku decide i u.. u i..coz selalu aku hadap client guna panggilan tu.. so dia pun ok.. cume aku cakap bile aku dh bahsekan panggilan tu aku nanti akan lebih byk communicate on that language so jgn pikir aku nak poyo pulak..!

o settle bab tu.. then yg buat aku macam terpikir bunga bunga cerita dah berubah rentak bila 2 3 malam dapat sms romantaik pulak.. memula aku hengat dia sesaje kan.. kot salah msg ke ape ke.. habis kalau dalam kuantiti yg agak kerap dh bukan macam nak " prank"kan aku ag dah... siap ader good nite wish ag....! elo.. couple pun takde nk wishing wishing setiap malam.

then bile kawan aku nih selalu buat wake up called.. sia sia lah aku set up alarm.. pastu sejak sejak ni kerap sgtlah called aku.. kalau tak selalu seminggu sekali.. 2 minggu sekali ni ari ari dia kol sampai aku pulak trauma je dgr munyik henpon buruk aku ringing. kadang kadang aku sengaja biarkan je... malas nk layan... sebab aku kompius it is reation tu normal or abnormal..

paling menyesakkan bila selalu tanya pendapat aku dalam ape benda yg dia buat.. adoiii semak pale.. sebelum ni takde pulak kan!

then pernah jgk aku sengaja senyap tka msg.. tak jawab called.. nk tgk reaksi dia.. bile ditanya aku saje je jawab.. tkde kredit.. line tak ader.. jawpan yg boleh mengelakkan diri la.. tau tindakan dia... menopup aku.. bile aku bagi alasan tkde kredit.. !

then macm aku cakap tadi 1 sms yg yg wat aku lagi kompius bile aku just nak bagi soalan rambang.. bile aku sms dia "wey. u dah tersyiok kat i ke wey?" pastu dia balas dgn soalan "yes n... ape u rase kat i pulak?"

sudahnya.. pending je mesg tu n aku terus off hp... soalan berjawab soalan.. amek kau ipah!..

aku tau aku tak silap teka dgn sume perubahan nih.. akupaham .. cume aku sengaja wat tak paham sebb aku kompius.. aku kompius dgn diri aku sebetulnya.. kompius dgn tindakan separasedar kawan aku ni..

aku tak nk hilang kawan hanya sebab perasaan bodoh yg ader pada kawn aku tuh.


Read more...

resipi_: kebab pita

>> Saturday, August 06, 2011

masuk bulan ramadhan ni terasa diri ni terlebih aktif. Lebih semangat n terase macam sedikit terlebih rajin.. adus ni gaya macam nk masuk bakul ajekan? Hihihhi .
mane kan idak punyala terlebih rajin mengemas macam takde ari lain jer.usai solat subuh pas aje mengaji 1 juzuk terus aje aku mulakan misi ‘BIBIK”.. dari dalam rumah sampai ke luar rumah habis aku operasi. Pas settle sume terus tampal sticky note kat tv coz I noe mama selalu bukak tv pepagi.

Siap tulis “along nak tido kejap coz woke up early @3am untk tahajud everything dah settle.”

By 10 am dh bangun.oooo tido 2 jam aje..

masuk bulan ramadhan jugak ke’cerewetan” diri ni sal bab bab makan pun makin menjadi jadi tau.. dari 1st day ramadhan bile jengah aje bazaar ramadhan dekat dekat rumah sekadar lalu tengok n jenguk je.. tk beli pape.. entahlah rase macam tak menarik nafsu aje nk membeli.. tengok orang membeli kiri kanan penuh plastic dgn juadah. Aku pulak tangan kosong jew..

aku lebih rela susah sikit dgn masak sendiri. Even tak sedap pun takpe janji puas mkn dari nak membeli hasil orang yang aku tak tau dari kul bape dia mula memasak! tau tau je dah tk sedap nk dimakan.. the worst part bile elok nak mkn ape yg kita beli nih dah basi pulak.. kan ralat ajer rase!..

so this weekend tetiba rase nak makan kebab! Selalu bile belikan luar bile dah tapau tapau dh sememeh je.. wat aku tk bape nk lalu makan. Jadi rase nk buat sendiri pulak kali nih. So kirenyer ni juadah aku yg ke 3 aku buat sepanjang seminggu berpuasa. Awla ramadhan aku buat macaroni bakar. Semalam(Friday) buat kuih serimuka.. sebelum g keje ptg nyer. Tapi terlupa pulak nk bawak sikir g opis huhu..
so arini buat kebab pulak!


so arini buat kebab pulak!

Ader orang suke kebab daging..ader yg ske kebab ayam.. pilihan aku mestilah kebab daging. Juicy….Tk susah nak buat. Yg penting rajin atau malas je.. itu ayat mama selalu cakap bile kami adik beradik ni nak masuk dapur. Heheheh

Jom kite tgk bahan.. kalau rase nak buat leh guna. Kalau tak sedap jgn marah.. ikot selera masing masing kalau nk add or reduce bahan.

Bahan-bahan

Bahan A

Daging (kalau daging batang pinang memang best)
1 sudu jintan putih
1 sudu jintan manis
Sedikit kunyit
Sedikit garam
1 sudu rempah daging

Bahan B

Sedikit minyak
1 biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih(dihiris)
1 sudu lada kisar
Sedikit lada putih
Sedikit lada hitam
Sayur campur (ikut citarase masing masing kalau nak taruk pun takpe.. taknak taruk pun takpe)
Tomato (dipotong dadu)
2 sudu sos tomato,sos cili,sos lada hitam(kalau nak pedas)

BAhan C

Salad
Bawang besar (dihiris)
Timun
Sos cili/tomato

Roti pita/roti arab

Cara cara

1. bahan A diperapdan di simpan dalam peti sejuk. Lagi lama perap lagi sedap. But kalau yg tk sempat boleh je gaul gaul rata sume bahan.
2. panaskan minyak.masukkan bawang. Goreng sehingga naik bau. Kemudian masukkan bahan perap. Masuk pula lada putih, lada hitam,sos. Masuk pula sayur campur. Masak sehingga daging betul betul masak. Kemudian masuk tomato yg dipotong dadu. Kacau sekejap then tutup api. Jgn lama lama takot nanti tomato tu lembik.
3.potong bahan C. gaulkan dgn dagng yg baru dimasak. masukkan daging ke dalam roti pita/roti arab.hiaskan dgn bhan sos dressing pilihan masing masing
4.siap

Selamat mencuba!

Read more...

makaroni bakarrr

>> Wednesday, August 03, 2011


ermm yummy kan!

heheheh
that juadah ptg semalam... adoiii lambatnyer nak ngedate kan! biasela bile bulan pose hal hal tenet ni slow sikit.. sebab nk focus kat lain kejap...

so 2 ari cuti. alasan KEMALASAN KERJAAN. jadi semalam ngengada nak wat makaroni yg lame sgt tak makan. bile suh mama buat asik tertangguh sampai majok majok jadinya. last last semalam puas berdegil maka jadilah urusan cik ipah nak wat makaroni bakar......

puaslah ngajak mama g econsave li bhan... seb bek la econsave tu dekat je ngn rumah aku kalau tak kene g tesco xtra alamat mesti mama tak mo g...

pas li bahan sume terus buat.. n itulah hasilnya.. sempat lagi post kat muka buku... n alhamdulillah teruz ader my pren mintak buatkan. amin amin... rezeki ramadhan...



Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP