Followers


familia

familia

mOsHi2


cari jodoh untuk aku?

>> Monday, March 07, 2011

Salam.

Mulakan hari anda dengan senyuman! Yes senyum la sangat kalau arini boleh lambat pulak bangunnyer. Senyum orang tak bersalah…. Huhuhu… penat balik kampung pun masih ag terasa. Lama sungguh tak balik kampung rase berat ajer nak tinggalkan kampung yg best nih.

Sempat jugaklah aku visit pak long yang tengah terlantar sakit. Ciannya pak long.. moge cepat sembuh yea.. mase dalam sibuk sibuk jenguk pak long aku jumpe la sepupu sepapat yang jarang jarang nak jumpe. Abang hairul, kak ah n abang sepupu yang aku selalu ngelat nak jumpe n penyebab utama kenapa aku tak mo jejak umah maklong. Abg ALAN!.. kalau aku tau dia ader kompom aku dah suruh mama turunkan aku kat Bandar batu pahat tu. Duduk kat situ minum minum. Tak leh nak bayangkan bile sepupu ader hati kat sepupu sendiri! Nanti jadi macam citer novel SEPUPUKU SUAMIKU! Oh tidakkkkk!!!!! Tapi nak wat cam ner nak tak nak kene gak hadap. Sampai bile aku nak lari…

Puas la aku ngelakkan diri. Aku nampak mama dok pandang tajam je kat aku. Konon-konon nak bagi isyarat “jangan tunjuk sangat kalau tak suke” ahahhaha.. borak borak dengan abg hairul. Yang ni pun satu jugak. sejak bile abg hairul aku ni tukar profession? Jadi tukang match maker? Wahhh teruja nak dengar bile sesedap hati nak match maker kan aku!

“Ipah umur bape?”

“24 tahun tapi nampak macam 18 kan?” aku gelak perasaan! Mauk lif tekan button sendirik. Mama dah terjuih mulut dengar pengakuaan perasan aku.

“ohhh dah boleh kawen la nih. Hah mak t eh nanti tak lama dapat menantu la ae” dia cuba nak cucuk cucuk mama aku dah…

“ermm hairul kalau ader yang nak ngn ipah ni. perangai tak semenggah huru hara.” Mak aku kutuk kutuk aku nih.. hampes nyerrr.

“ipah dah ader kawan ke?” abg hairul tanye lagi ni.

“ala abang ni. muda lagi malas la nak pikir.”

“eleh ye lah tuh.. ni hah kawan abang hairul nak kenal. Nak tak?”

“huh? Mereng ape kawan abg tu?” aku ni dah terbau bau niat “ekhlasss” abg hairul.

“betullah! Ok pe kawan abg tu. Keje pun bagus. Doctor lagi. Kat sepital batu pahat.”

“doctor cinta ae? Ahahahaaha. Takde maknenyer la. Malas la.”

“la kenal kenal la dulu…”

“taknakla. Takpe ipah leh cari calon sendiri.” Aku cantas cepat cepat dari dia nak sambung balik niat nak kenen2 kan..

uh doctor ke ape ke.. jangan nak kenen kenen kan aku . aku tak suke bile bab personal life aku orang terlebih prihatin nak masuk campur.. concern tak bertempat sgt.. sedangkan adik dia pun lum kawen nape tak kenenkan aje dgn adik dia. ni nak kenen ngn aku pulak..

setakat jumpe peace no war sekali tu je mase kawen abg hairul takde makner nak dipanjangkan citer masuk episod lain. cukup la.


sekali abg hairul tu tunjal pale aku " jual mahal. takpe t abg suh dia usaha sendiri" lalu dia blah layan baby dia...

dan aku menyumpah kutuk kutuk je dlaa hati terus tarik muke masyam..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP