Followers


familia

familia

mOsHi2


resipi : kuih cara berlauk

>> Wednesday, April 27, 2011


arini rajin sikit nak update lebih.. hati senang girang lagi kan... tapi entry ni sal resipi.. iyelah semangat nak belajar membuat pepagi tadi sebelum g keje... jom nengok ape bahan untuk buat kuih cara berlauk



Bahan-bahan:

Bahan untuk Inti


1 cawan daging kisar, ayam
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 ulas bawng putih….cincang halus
1 sudu makan rempah kurma
1 sudu teh minyak
Garam secukup rasa
Daun bawang (hiris)
Cili merah (hiris)

Bahan untuk Kuih

1 cawan santan
2 cawan air
1 biji telur
Garam secukup rasa
Pewarna kuning

Cara-cara:

Untuk Inti
1) Tumis bawang dan rempah sehingga wangi.
2) Masukkan daging dan garam. Kacau dan biarkan mendidih hingga kering.
3) Angkat dan sejukkan.

Untuk Kuih

1) Kisarkan semua bahan untuk kuih hingga sebati dan tapis.

2) Sapu rata acuan bahulu dengan minyak masak dan panaskan.

3) Tuangkan adunan ke dalam acuan. Masukkan sesudu kecil inti yang telah
disediakan.

4) Taburkan hirisan cili merah dan daun bawang. Tutupkan adunan dgn tudung
periuk.

5)Setelah bahagian tepi kekuning-kuningan bolehlah diangkat. Ambil dua biji kuih
cara dan tangkupkan ketika hendak dihidangkan

Read more...

short mail..




hi!
Hi awk.... first of all sorry sorry sorry coz sy lama tk contact awk... bukan sengaja, ada sudden request dari I**... nk msg awk dr aritu, tp tak dpt, internet kat sini teruk.

sebenarnyer sy kat luar malaysia skrg... dlm 2-3 bln lg sy lik.

anyhow, i hope u r ok... take care k. n i miss u..


even it just a short msg.. tapi msg ni mampu buat aku senyum sepanjang petang ni.... ngeekkkk... ada ape pada short msg yg diterima kat mail kan... but at least aku tau dia still wujud! ingtkan dah kene culik dek alien memana entahnya..... senyap je sejak 3 minggu pas...


Read more...

perkahwinan dan penceraian...

>> Thursday, April 21, 2011


KATA orang ‘perkahwinan itu satu perjudian’. Ada kalanya kita menang dan ada kalanya kita kalah dalam melayari bahtera berumah tangga. Jika sebelum berkahwin banyak perkara mengenai pasangan kita yang kita tidak ketahui, tetapi apabila sudah serumah dan berkongsi semua perkara, barulah terserlah baik buruknya.


Ada yang berkata mengapa pasangan mereka tidak boleh menjadi seperti waktu bercinta, semuanya indah, semuanya boleh dan semuanya mudah. Namun, alam perkahwinan membuktikan bahawa keindahan zaman bercinta hanya fantasi dan realiti sebenarnya baru diketahui sewaktu melayari alam berumah tangga. Semakin bertambah usia perkahwinan semakin banyak masalah yang terpaksa ditanggung pasangan berkahwin. Justeru, jika tidak sabar dan tidak boleh berkompromi, perceraian adalah jalan keluar kemelut rumah tangga mereka.

Kajian terakhir menunjukkan lebih 30% pasangan bercerai dalam tempoh 5 tahun pertama perkahwinan dan hampir 45% perceraian adalah berpunca daripada kegagalan pasangan melaksanakan tanggung jawab selain msalah akhlak, kewangan, seksual dan campur tangan orang ketiga.

sudah pasti kita terpanar dengan hasil kajian yang ditunjukkan dan ia sungguh menyedihkan. Ia cukup untuk menggambarkan betapa perkahwinan yang diharapkan mampu mencetus pembaikan, ketenangan dan penyelesaian terbaik dan berkesan kepada isu – isu penyakit masyarakat dan negara rupa – rupanya masih ditahap yang lemah dan membimbangkan.

Tiada yang terlalu indah selain perkahwinan di antara dua mempelai yang menyatukan kehidupan manusia secara semulajadi dan fitrah. Ia sebahagian daripada agama dan pengajarannya. Islam menjadikan perkahwinan sebagai sebahagian dari jalan menyempurnakan ugama dan kehidupan seseorang muslim di dunia ini.

Kesempurnaan itu bermaksud pasangan yang berkahwin itu telah menyelamatkan diri masing – masing daripada fitnah dunia yang besar yang boleh memporak perandakan ugama dan kehidupannya, selain membantu masyarakat dan negara membina kehidupan yang aman dan harmoni melalui ikatan kekeluargaan yang akan saling mempercayai, bersatu dan berkerjasama di antara mereka.

Perceraian diharuskan agama sebagai jalan keluar kepada perkahwinan yang gagal untuk diteruskan dan diharapkan kejayaannya. Tetapi apabila kadarnya menjadi begitu tinggi sehingga mencabar perkahwinan itu sendiri so hal ni memberikan setidak – tidaknya dua gambaran yang agak menakutkan;

Pertama, perceraian itu sudah tidak lagi boleh dianggap sebagai jalan penyelesaian, bahkan telah mencipta perpecahan di dalam institusi masyarakat dan masa depan anak – anak yang muram dan gelap.

Kedua, perkahwinan pula bukan lagi dilihat sesuatu yang jernih dan kebal untuk pembinaan kehidupan impian, bahkan ia bagai menempuh gelombang badai yang memeritkan atau perjudian yang ditakuti akibatnya.

Perkahwinan bertindak menyempurnakan kecacatan individu. Ia begitu mengubah cara hidup seseorang. Ia meransang rasa tanggung jawab dalam kehidupan dan kesediaan untuk memikul tanggung jawab. Maka kehidupan akan menjadi lebih sempurna kerana kehidupan hanya bermakna apabila amanah dan tanggung jawab dilestarikan.

Berkahwin bukan berkawan. Ia lebih daripada itu. Tetapi ramai pasangan muda sering memilih ini, “Kami berkahwin kerana kami rasa begitu serasi semasa berkawan.” tapi Tahu tak mereka bahawa keserasian semasa berkawan tak akan sama dengan keserasian perkahwinan.

Islam menolak pengenalan dan penilaian melalui persahabatan yang lama sebelum perkahwinan walaupun melalui ikatan pertunangan. Ia menghapuskan rasa hormat, malu dan saling mengharap di antara pasangan. Ia menerima dan menolak tanpa rasa tanggung jawab yang sebenar. Penilaian sebelum perkahwinan adalah lemah dan palsu lantas bergantung kepadanya pasti akan melemahkan dan menggagalkan harapan menggunung selepas perkahwinan. Pasangan akan saling tuduh – menuduh di atas janji dan pengenalan rapuh sebelum perkahwinan.

Pengenalan sebenar institusi perkahwinan mestilah disertai tanggung jawab untuk membaiki dan membina. Ia hanya teguh setelah perkahwinan berlaku. Akad nikah diperkenalkan agama sebagai janji pertama dan ikatan yang kuat simpulannya. Ia mesti difahami setiap pasangan bahawa akad itu menuntut kita bersedia menerima kekurangan dan kelebihan masing – masing. Tiada tuduh – menuduh mungkir janji terhadap pengenalan lama yang terjadi sebelum perkahwinan.

Kesediaan menerima ‘seadanya’ pasangan masing – masing adalah kunci kepada pembinaan dan pembaikian mahligai perkahwinan. Sifat – sifat terpuji akan segera memekar dan sifat buruk segera terlerai satu demi satu. Berkenalan selepas perkahwinan adalah bagai satu proses mencantumkan dua denyut nadi, nyawa, tubuh, diri dan ruh menjadi satu. Ia satu seni dan sesuatu yang seni memerlukan penghayatan yang lebih dan lebih telitinya. Dalam setiap diri ada seni. Jelmakan kemuncak seni anda di sini selepas seni pada mengenal Allah dan raulNya.

Bukanlah pengenalan pra perkahwinan itu buruk, tetapi keburukan adalah apabila perkahwinan digantungkan dan digadaikan kepadanya. Di situlah kerosakan dan keretakan mudah berlaku.

Sekarang perhatikan sebab – sebab perceraian yang melanda bagai api yang membakar di sebalik majlis perkahwinan yang meriah sekali. Ketika berlaku khilaf dan selisih di antara pasangan, di mana hilangnya rasa hormat, rasa malu dan rasa tanggung jawab masing – masing? Ya, ia telah hilang dalam seribu janji yang berlaku sebelum janji sebenar di saat lafaz akad nikah dimeteraikan.

Anak muda hari ini gagal memahami hakikat dan makna perkahwinan. Mereka berbicara pasal keseronokan menimang nafsu sedang agama mengajar mereka untuk berseronok menimang tanggung jawab dan membina kesempurnaan hidup...

Read more...

Kaji semula hadkan nasi lemak.. sengal la!

>> Wednesday, April 20, 2011



KUALA LUMPUR - Beberapa pertubuhan meminta kerajaan mengkaji semula arahan mengehadkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah kerana langkah itu kurang sesuai dan tidak menyelesaikan masalah.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, sekatan penjualan nasi lemak kepada sekali seminggu tidak akan menangani isu obesiti di kalangan pelajar jika kesedaran mengenai pemakanan berkhasiat di kalangan ibu bapa masih rendah.

Sebaliknya, kata beliau, ibu bapa sendiri harus memainkan peranan untuk menggalakkan anak-anak mereka melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta menekankan pemakanan seimbang.

"Tidak wajar penjualan nasi lemak dihadkan kerana ia makanan yang sinonim dengan masyarakat negara ini selain murah dan mengenyangkan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan kerajaan semalam yang menguatkuasakan serta-merta larangan penjualan makanan dan minuman tidak berkhasiat khususnya yang mengandungi gula serta garam berlebihan di kantin sekolah bagi membendung masalah pelajar mengalami obesiti.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkan perkara itu juga mahu pengusaha kantin hanya menjual nasi lemak sehari dalam seminggu. ( sumber KOSMO)

petikan dari paper semalam...


sesungguhnya aku amat TIDAK bersetuju. ape kejadahnya(uisssh kasar sungguh bahasa aku) nak had had penjualan nasi lemak ni.. dari kabinet nak buang mase kaji benda ni lebih baik dia kaji benda yg jauh lebih berfaedah.... mcm kenaikkan gaji ke, atau kaji balik had had perintah berkurung untuk remaja dari kuar melepak memalam sebagai mana kerajaan KOREA menghadkan pelajar dari kuar rumah selepas waktu malam. kan itu lebih elok.. almaklumlah remaja mesia ni terlampau bermasalah. muda muda ag dah conteng kanvas hidup dengan benda tak elok...

paling kelakar bile cakap nasi lemak punca terjadinya obesiti bebudak sekolah.. hello! cakap pikir dulu boleh tak?menda cam ni nonsense sungguh la.. dulu aku pun melantak jugak nasi lemak kat sekolah 3 4 bungkus (saiz nasi lemak comel je) takde nyer nak obes... nape resipi lain ke nasi lemak sekarang sampai nak had had sume... ?

punca obes ni bukan sebab makan nasi lemak je...byk lagi punca obes. jgn kata budak2.. yg tua bangka pun obes jugak. tengok aje rakyat mesia ni uiiii semangat gebu sungguh badan diaorg... hippo pun boleh jeles...

sesungguhnya punca obes ni bukan bermula dari sekolah... but dari rumah.. atau di mana sahaja kt makan..nowdays mak bapak rajin sesangat tapau McD, KFC...untuk anak anak, takpun bile kuar shopping sefamily time nak isi perut atur langkah kaki ke fast food yang macam macam ader "segeranya".... dah tu pulak bile ader yang datang menziarah bukannyer kasi air teh ke ape ke.. dijamunya air berkabonat yg tahap gula dia tu berkilo kilo...(bile menjelang raya makin byk air coke atas meja) mkn pulak selagi boleh sumbat masuk dalam usus selagi tulah nak try test makan.

dan parents pulak tak keterlaluan kalau dikatakan manjekan sangat anak anak . bile anak melalak di suapnya, di gula gula kannye, di sogok sogokkannyer dengan jajan,gule gule, ais krim bagai... segala jenis benda makan cenggini tak bagus sebenarnya... jgn kata kat sekolah, luar sekolah pun makin galak peniaga ni dok jual segala jenis jajan.. kalau mak bapak tak "melayan" sangat anak anak ni dengan segala jenis makanan sampingan ni takdenyer anak tu nak g try test mkn n secara tak langsung jadikan benda tu sampingan kegemaran...

punca obes paling besar is amalan hidup kita sendiri... jangan menidakkan bile hampir semua penduduk mesia ni sebenarnya "PEMALAS"... duduk flat, kondo,apartmen bagai bertingkat tingkat, just tekan lif je.. apa salah sekali sekala mendaki anak tangga dari guna lif.. nak g kedai yang jauhnya tak seberapa pun naik merc... apesalahnya berbasikal roda 2 je...bile dah terlalu selesa dengan segala kemudahan jadi "kemalasan" tu pun bertambah tambah...

jarang bersenam... kalau ader pun yg amalkan bersenam pun bape aje bilangannya.. n kebanyakkannya bersenam depan tv setiap petang dok layan sinetron,drama slot akasia ke kartun sumer..

ape salahnya dalam seminggu paling tidak pun spent 2 3 jam bawak anak anak atau seluruh famili beriadah bersenam kat park park yg ader.. sihat badan dapat, eratkan hubungan kekeluargaan pun dapat. ni asal hujung minggu berjimba kat shopping mall, mkn mkn, takpun tido kekonon nak topup tido yg tak cukup. mane tak obes jadinya... kucing pun kalau dok bagi wiskes selalu sangat pun boleh gumuk inikan pulak kita manusia yg tahap antibodi makin lemah biel usia ni meningkat.

jadi papepun toksahlah nak had hadkan nasi lemak nk dijual kat sekolah tu.. sebelum nak had had benda diluar kawalan ape kate diri kita ni had kan dulu cara hidup kita... selidik dulu edukesyen pemakanan kita.... apa kita mkn, apa yang kita bagi anak anak kita makan...
tak payah nak berhabis buang masa kaji itu ini yg belum tentu ader muktamadnya.

yg penting diri kita ni sama ada nak bubah jadi lebih prihatin atau nak terus obes dengan apa yg kita suap masuk dalam anak tekak ni...

Read more...

itulah sayang

>> Tuesday, April 19, 2011

jom kite relax kan diri pakat pakat click kat link nih he the ramlees-itulah sayang

malas nk upload so just share link jer...

the ramless ni koloberasi dari yuna, mira, liyana fizi,najwa


ni lirik dia..


Tanya sama hati apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpi mu
Masa berjauhan apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Tanya sama hati apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpi mu
Masa berjauhan apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Tanya sama hati apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpi mu
Masa berjauhan apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Itulah sayang

Read more...

lawatan ke

morning...


arini seawal jam kul 9 pagi dah menapak pergi bangunan mara. untuk ape? sebab nak pegi clinic. bukan aku yang sakit. but adik ku haida, demam dia tak kebah kebah. risau sumer isi rumah diwatnyer...

paling risau of course la me selain dari mama ibu yg pregnantkan dia 9 month kan.. mungkin sebab dia paling rapat kalau nak dibezakan dengan rapatnya aku dengan angah... so kerisauan aku terhadap adik obvious la nampak. asal dia demam aje aku akan suh dia tido bawah sebilik dengan aku. so every an hour aku akan terjaga check suhu badan dia.... paling tak pun check breathing dia..

ok nape aku perlu pantau semacam itu sedangkan it jst a fever aite? ikotkan tok sahlah nak terlebih prihatin. but bukan kalau ahli kuarga kitaorg tambah tambah bile si bongsu ni sakit.. sebab mase kecik dulu si bongsu ni dah ader "case". so setiap kali dia sakit memang ler perhatian tu lebih. kalau aku yg sakit paling paling pun mama akan check then suh mkn ubat tapi kalau adik yg sakit hah satu umah risau!..

so pas bawk dia g bekfas n pas aku settle kan keje baru la pegi ke clinic.. one thing aku tak suke is "waiting" tahulah kalau pergi clinic nak jumpe doc tu tak lama but nak menunggu giliran unutk jumpe doc tu la boleh wat darah aku yg rendah nih terus naikkk... entah tahap kesabaran aku part itu paling nipis... mcm kulit bawang... heheheh

mase giliran nak jumpe, adik suh aku ikot join masuk jugak. well kakak yg terbaek ni mestilah ikot jugakkan.. so berusahala untuk aku menjadi seorang akak yg prihatin terhadap adik adiknya. laju je aku membebel sal condition adik aku. pot pet pot pet.. aku suh doc lecture adik aku kaw kaw punya...

then bile mintak mc .. hah part ni aku suke.. aku suke.... dan salah satu nape aku suke pegi clinic ni is part nih lah... asal mintak mc je.. dia akan cakap " saya sign aje but awak fill in je bape lama awak nak cuti" keh keh.... haruslah aku isi byk ari kan. hahahhahaha..

tengkiu doc!!!!


Read more...

salah ke if i hang out with a guy?

>> Monday, April 18, 2011




"dah balik ke belum?"

"belum. nak jumpe x class mate"

"boy ke?"

"ye. nape?"

"takde pape.."

"jeles? marah?"

'jeles la sikit?"

"atas sebab ape perlu jeles? dan kenapa perlu ader perasaan itu?"

"i`m sorry."

"that is not the answer, "


Nape ae bile a gurlz jmpe kawan yakni kwan itu is a guy akan jd semacam isu berat yg salah gitu. Tp bile a guy jmpe kwn yakni a gurl ia mcm 'n0thng' salah..? Except nyah or 2 alam dunia ni ada lelaki dan pmpuan aje ok... Salah ke if a gurl ada bestfwen dr kalangn lelaki?

itu yg berlegar dalam kepala otak ni sejak petang tadi. sampai migrain cik eyfa tau. sentap sekejap... sempat jugak bertanyakan soalan ni pada kawan mase jumpe. senang je dia cakap "terang lagi bersuluh dia tu jeles. orang kalau dah jeles tu tanda ader some sort feeling la.. takkan tak paham"

"oh yeke." lurus sahaja jawapan aku.. hurmmm paham sangat tapi saje buat buat tak paham. mane tahu mungkin ada jawapan lain...

tapi yang penting kat sini, if belum pape dah tunjuk "PERANGAI" kompom la terus aku nyah dalam list. i don`t need a guy yg act mcm x mature sekalipun umur tu dah tua bangka!

besides... ader aku kesah kau nak jeles ke.. nak marah ke.. nak meraung ke? aku tak pernah bagi harapan pada org.. so jangan nak wat iklan murah.


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP