Bayi Baru Lahir Dicampak dr atas Pangsapuri
>> Friday, June 03, 2011
salam...
rentetan dari akhbar tabloid :
KUALA LUMPUR : Apalah dosa seorang bayi lelaki cukup sifat yang baru dilahirkan hingga ada manusia tergamak mencampaknya dari tingkat atas sebuah pangsapuri di Sentul di sini, ke atas permukaan jalan, hingga bayi malang itu ditemui mati dengan kepalanya pecah, malam kelmarin.
Bayi masih bertali pusat yang dibungkus dalam plastik itu ditemui tertiarap dalam keadaan menyayat hati oleh penduduk Pangsapuri Sentul Utara pada jam 11.45 malam, di tempat letak kereta, kurang dua meter dari tong sampah. Polis percaya bayi itu dicampak dari balkoni laluan tangga pangsapuri berkenaan dengan pelakunya dipercayai cuba membuang bayi terbabit ke dalam tong sampah, namun tersasar ke permukaan jalan.
Pemeriksaan polis turut menemui titisan air dipercayai air ketuban di tangga tingkat empat pangsapuri 15 tingkat itu.
Mayat bayi itu ditemui hanya 16 jam selepas penemuan mayat seorang bayi perempuan yang tersangkut di celah batu di sungai berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pagi kelmarin.
Sambil menyifatkan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu sebagai amat hina dan keji, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan bayi itu milik penduduk pangsapuri berkenaan.
"Selain itu, kita juga menyiasat kemungkinan bayi malang ini dibawa oleh orang luar sebelum dibuang di kawasan ini. Berdasarkan kesan kecederaannya, kita percaya bayi ini jatuh dari tempat tinggi iaitu dicampak ke bawah dari pangsapuri ini," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai khususnya penduduk pangsapuri itu yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Saksi kejadian, Ahmad Azhari, 34, berkata beliau baru pulang dari pejabat dan terkejut apabila melihat bungkusan berisi seperti anak patung berhampiran tong sampah, ketika melalui kawasan itu.
¡°Hancur hati saya melihat rupa-rupanya bungkusan itu berisi bayi baru dilahirkan dengan kepalanya pecah,¡± katanya.
..................................................................................
SEDIH, MARAH, sumer perasaan bercampur baur bile bace paper sal hal ni...
aku tak tahulah manusia ni tahap mana" sifat manusia" dia sampai tergamak wat macam nih...
sedangkan binatang pun tahu sayangkan anak. ni pulak manusia yang sempurna akal sume la.. tergamak sungguh..
menitik air mata ni bile bace satu persatu sal baby malang nih... kenapalah mahkluk tu kejam sangat..!!! pandai buat pandai lah tanggung... mase ko sedap dok berzina, dok berulit takde pulak nak pikir kesan kan.... bile dah terkuar seketul baru gelabah biawak sampai pendek sangat akal main campak campak! ingat tu anak patung ape?!
kalau ya pun tak nak bela budak tu....jangan dibuang atau di bunuh.. bagi aje kat jabatan kebajikan.. takpun bagi aje pada orang yang tak mampu nak ader zuriat... ape salah budak tu sampai sanggup "treat" mcm tuh.. main buang kat semak, sungai, depan surau bagai...
agaknya ni lah hasil dari arus pemodenan dan keterbukaan mak bapak dalam mendidik anak anak kot.. sampai terlebih pandai wat keputusan...
ramai orang yang kurang bernasib baik dalam mendapatkan zuriat... yang amat harapkan adanya baby... tapi orang yang mampu sanggup nak bunuh bunuh...
pada orang yang buat ni... bawak bawak la taubat nasuha.. cukup cukuplah dosa yang ader kat dunia ni.. jawablah esok kat akhirat...
ingat what goes around comes around... apa yang kau buat tak mustahil keturunan ko pun akan wat benda yang pernah kau buat!!
0 comments:
Post a Comment