Followers


familia

familia

mOsHi2


resipi : kuih cara berlauk

>> Wednesday, April 27, 2011


arini rajin sikit nak update lebih.. hati senang girang lagi kan... tapi entry ni sal resipi.. iyelah semangat nak belajar membuat pepagi tadi sebelum g keje... jom nengok ape bahan untuk buat kuih cara berlauk



Bahan-bahan:

Bahan untuk Inti


1 cawan daging kisar, ayam
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 ulas bawng putih….cincang halus
1 sudu makan rempah kurma
1 sudu teh minyak
Garam secukup rasa
Daun bawang (hiris)
Cili merah (hiris)

Bahan untuk Kuih

1 cawan santan
2 cawan air
1 biji telur
Garam secukup rasa
Pewarna kuning

Cara-cara:

Untuk Inti
1) Tumis bawang dan rempah sehingga wangi.
2) Masukkan daging dan garam. Kacau dan biarkan mendidih hingga kering.
3) Angkat dan sejukkan.

Untuk Kuih

1) Kisarkan semua bahan untuk kuih hingga sebati dan tapis.

2) Sapu rata acuan bahulu dengan minyak masak dan panaskan.

3) Tuangkan adunan ke dalam acuan. Masukkan sesudu kecil inti yang telah
disediakan.

4) Taburkan hirisan cili merah dan daun bawang. Tutupkan adunan dgn tudung
periuk.

5)Setelah bahagian tepi kekuning-kuningan bolehlah diangkat. Ambil dua biji kuih
cara dan tangkupkan ketika hendak dihidangkan

Read more...

short mail..




hi!
Hi awk.... first of all sorry sorry sorry coz sy lama tk contact awk... bukan sengaja, ada sudden request dari I**... nk msg awk dr aritu, tp tak dpt, internet kat sini teruk.

sebenarnyer sy kat luar malaysia skrg... dlm 2-3 bln lg sy lik.

anyhow, i hope u r ok... take care k. n i miss u..


even it just a short msg.. tapi msg ni mampu buat aku senyum sepanjang petang ni.... ngeekkkk... ada ape pada short msg yg diterima kat mail kan... but at least aku tau dia still wujud! ingtkan dah kene culik dek alien memana entahnya..... senyap je sejak 3 minggu pas...


Read more...

perkahwinan dan penceraian...

>> Thursday, April 21, 2011


KATA orang ‘perkahwinan itu satu perjudian’. Ada kalanya kita menang dan ada kalanya kita kalah dalam melayari bahtera berumah tangga. Jika sebelum berkahwin banyak perkara mengenai pasangan kita yang kita tidak ketahui, tetapi apabila sudah serumah dan berkongsi semua perkara, barulah terserlah baik buruknya.


Ada yang berkata mengapa pasangan mereka tidak boleh menjadi seperti waktu bercinta, semuanya indah, semuanya boleh dan semuanya mudah. Namun, alam perkahwinan membuktikan bahawa keindahan zaman bercinta hanya fantasi dan realiti sebenarnya baru diketahui sewaktu melayari alam berumah tangga. Semakin bertambah usia perkahwinan semakin banyak masalah yang terpaksa ditanggung pasangan berkahwin. Justeru, jika tidak sabar dan tidak boleh berkompromi, perceraian adalah jalan keluar kemelut rumah tangga mereka.

Kajian terakhir menunjukkan lebih 30% pasangan bercerai dalam tempoh 5 tahun pertama perkahwinan dan hampir 45% perceraian adalah berpunca daripada kegagalan pasangan melaksanakan tanggung jawab selain msalah akhlak, kewangan, seksual dan campur tangan orang ketiga.

sudah pasti kita terpanar dengan hasil kajian yang ditunjukkan dan ia sungguh menyedihkan. Ia cukup untuk menggambarkan betapa perkahwinan yang diharapkan mampu mencetus pembaikan, ketenangan dan penyelesaian terbaik dan berkesan kepada isu – isu penyakit masyarakat dan negara rupa – rupanya masih ditahap yang lemah dan membimbangkan.

Tiada yang terlalu indah selain perkahwinan di antara dua mempelai yang menyatukan kehidupan manusia secara semulajadi dan fitrah. Ia sebahagian daripada agama dan pengajarannya. Islam menjadikan perkahwinan sebagai sebahagian dari jalan menyempurnakan ugama dan kehidupan seseorang muslim di dunia ini.

Kesempurnaan itu bermaksud pasangan yang berkahwin itu telah menyelamatkan diri masing – masing daripada fitnah dunia yang besar yang boleh memporak perandakan ugama dan kehidupannya, selain membantu masyarakat dan negara membina kehidupan yang aman dan harmoni melalui ikatan kekeluargaan yang akan saling mempercayai, bersatu dan berkerjasama di antara mereka.

Perceraian diharuskan agama sebagai jalan keluar kepada perkahwinan yang gagal untuk diteruskan dan diharapkan kejayaannya. Tetapi apabila kadarnya menjadi begitu tinggi sehingga mencabar perkahwinan itu sendiri so hal ni memberikan setidak – tidaknya dua gambaran yang agak menakutkan;

Pertama, perceraian itu sudah tidak lagi boleh dianggap sebagai jalan penyelesaian, bahkan telah mencipta perpecahan di dalam institusi masyarakat dan masa depan anak – anak yang muram dan gelap.

Kedua, perkahwinan pula bukan lagi dilihat sesuatu yang jernih dan kebal untuk pembinaan kehidupan impian, bahkan ia bagai menempuh gelombang badai yang memeritkan atau perjudian yang ditakuti akibatnya.

Perkahwinan bertindak menyempurnakan kecacatan individu. Ia begitu mengubah cara hidup seseorang. Ia meransang rasa tanggung jawab dalam kehidupan dan kesediaan untuk memikul tanggung jawab. Maka kehidupan akan menjadi lebih sempurna kerana kehidupan hanya bermakna apabila amanah dan tanggung jawab dilestarikan.

Berkahwin bukan berkawan. Ia lebih daripada itu. Tetapi ramai pasangan muda sering memilih ini, “Kami berkahwin kerana kami rasa begitu serasi semasa berkawan.” tapi Tahu tak mereka bahawa keserasian semasa berkawan tak akan sama dengan keserasian perkahwinan.

Islam menolak pengenalan dan penilaian melalui persahabatan yang lama sebelum perkahwinan walaupun melalui ikatan pertunangan. Ia menghapuskan rasa hormat, malu dan saling mengharap di antara pasangan. Ia menerima dan menolak tanpa rasa tanggung jawab yang sebenar. Penilaian sebelum perkahwinan adalah lemah dan palsu lantas bergantung kepadanya pasti akan melemahkan dan menggagalkan harapan menggunung selepas perkahwinan. Pasangan akan saling tuduh – menuduh di atas janji dan pengenalan rapuh sebelum perkahwinan.

Pengenalan sebenar institusi perkahwinan mestilah disertai tanggung jawab untuk membaiki dan membina. Ia hanya teguh setelah perkahwinan berlaku. Akad nikah diperkenalkan agama sebagai janji pertama dan ikatan yang kuat simpulannya. Ia mesti difahami setiap pasangan bahawa akad itu menuntut kita bersedia menerima kekurangan dan kelebihan masing – masing. Tiada tuduh – menuduh mungkir janji terhadap pengenalan lama yang terjadi sebelum perkahwinan.

Kesediaan menerima ‘seadanya’ pasangan masing – masing adalah kunci kepada pembinaan dan pembaikian mahligai perkahwinan. Sifat – sifat terpuji akan segera memekar dan sifat buruk segera terlerai satu demi satu. Berkenalan selepas perkahwinan adalah bagai satu proses mencantumkan dua denyut nadi, nyawa, tubuh, diri dan ruh menjadi satu. Ia satu seni dan sesuatu yang seni memerlukan penghayatan yang lebih dan lebih telitinya. Dalam setiap diri ada seni. Jelmakan kemuncak seni anda di sini selepas seni pada mengenal Allah dan raulNya.

Bukanlah pengenalan pra perkahwinan itu buruk, tetapi keburukan adalah apabila perkahwinan digantungkan dan digadaikan kepadanya. Di situlah kerosakan dan keretakan mudah berlaku.

Sekarang perhatikan sebab – sebab perceraian yang melanda bagai api yang membakar di sebalik majlis perkahwinan yang meriah sekali. Ketika berlaku khilaf dan selisih di antara pasangan, di mana hilangnya rasa hormat, rasa malu dan rasa tanggung jawab masing – masing? Ya, ia telah hilang dalam seribu janji yang berlaku sebelum janji sebenar di saat lafaz akad nikah dimeteraikan.

Anak muda hari ini gagal memahami hakikat dan makna perkahwinan. Mereka berbicara pasal keseronokan menimang nafsu sedang agama mengajar mereka untuk berseronok menimang tanggung jawab dan membina kesempurnaan hidup...

Read more...

Kaji semula hadkan nasi lemak.. sengal la!

>> Wednesday, April 20, 2011



KUALA LUMPUR - Beberapa pertubuhan meminta kerajaan mengkaji semula arahan mengehadkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah kerana langkah itu kurang sesuai dan tidak menyelesaikan masalah.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, sekatan penjualan nasi lemak kepada sekali seminggu tidak akan menangani isu obesiti di kalangan pelajar jika kesedaran mengenai pemakanan berkhasiat di kalangan ibu bapa masih rendah.

Sebaliknya, kata beliau, ibu bapa sendiri harus memainkan peranan untuk menggalakkan anak-anak mereka melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta menekankan pemakanan seimbang.

"Tidak wajar penjualan nasi lemak dihadkan kerana ia makanan yang sinonim dengan masyarakat negara ini selain murah dan mengenyangkan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan kerajaan semalam yang menguatkuasakan serta-merta larangan penjualan makanan dan minuman tidak berkhasiat khususnya yang mengandungi gula serta garam berlebihan di kantin sekolah bagi membendung masalah pelajar mengalami obesiti.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkan perkara itu juga mahu pengusaha kantin hanya menjual nasi lemak sehari dalam seminggu. ( sumber KOSMO)

petikan dari paper semalam...


sesungguhnya aku amat TIDAK bersetuju. ape kejadahnya(uisssh kasar sungguh bahasa aku) nak had had penjualan nasi lemak ni.. dari kabinet nak buang mase kaji benda ni lebih baik dia kaji benda yg jauh lebih berfaedah.... mcm kenaikkan gaji ke, atau kaji balik had had perintah berkurung untuk remaja dari kuar melepak memalam sebagai mana kerajaan KOREA menghadkan pelajar dari kuar rumah selepas waktu malam. kan itu lebih elok.. almaklumlah remaja mesia ni terlampau bermasalah. muda muda ag dah conteng kanvas hidup dengan benda tak elok...

paling kelakar bile cakap nasi lemak punca terjadinya obesiti bebudak sekolah.. hello! cakap pikir dulu boleh tak?menda cam ni nonsense sungguh la.. dulu aku pun melantak jugak nasi lemak kat sekolah 3 4 bungkus (saiz nasi lemak comel je) takde nyer nak obes... nape resipi lain ke nasi lemak sekarang sampai nak had had sume... ?

punca obes ni bukan sebab makan nasi lemak je...byk lagi punca obes. jgn kata budak2.. yg tua bangka pun obes jugak. tengok aje rakyat mesia ni uiiii semangat gebu sungguh badan diaorg... hippo pun boleh jeles...

sesungguhnya punca obes ni bukan bermula dari sekolah... but dari rumah.. atau di mana sahaja kt makan..nowdays mak bapak rajin sesangat tapau McD, KFC...untuk anak anak, takpun bile kuar shopping sefamily time nak isi perut atur langkah kaki ke fast food yang macam macam ader "segeranya".... dah tu pulak bile ader yang datang menziarah bukannyer kasi air teh ke ape ke.. dijamunya air berkabonat yg tahap gula dia tu berkilo kilo...(bile menjelang raya makin byk air coke atas meja) mkn pulak selagi boleh sumbat masuk dalam usus selagi tulah nak try test makan.

dan parents pulak tak keterlaluan kalau dikatakan manjekan sangat anak anak . bile anak melalak di suapnya, di gula gula kannye, di sogok sogokkannyer dengan jajan,gule gule, ais krim bagai... segala jenis benda makan cenggini tak bagus sebenarnya... jgn kata kat sekolah, luar sekolah pun makin galak peniaga ni dok jual segala jenis jajan.. kalau mak bapak tak "melayan" sangat anak anak ni dengan segala jenis makanan sampingan ni takdenyer anak tu nak g try test mkn n secara tak langsung jadikan benda tu sampingan kegemaran...

punca obes paling besar is amalan hidup kita sendiri... jangan menidakkan bile hampir semua penduduk mesia ni sebenarnya "PEMALAS"... duduk flat, kondo,apartmen bagai bertingkat tingkat, just tekan lif je.. apa salah sekali sekala mendaki anak tangga dari guna lif.. nak g kedai yang jauhnya tak seberapa pun naik merc... apesalahnya berbasikal roda 2 je...bile dah terlalu selesa dengan segala kemudahan jadi "kemalasan" tu pun bertambah tambah...

jarang bersenam... kalau ader pun yg amalkan bersenam pun bape aje bilangannya.. n kebanyakkannya bersenam depan tv setiap petang dok layan sinetron,drama slot akasia ke kartun sumer..

ape salahnya dalam seminggu paling tidak pun spent 2 3 jam bawak anak anak atau seluruh famili beriadah bersenam kat park park yg ader.. sihat badan dapat, eratkan hubungan kekeluargaan pun dapat. ni asal hujung minggu berjimba kat shopping mall, mkn mkn, takpun tido kekonon nak topup tido yg tak cukup. mane tak obes jadinya... kucing pun kalau dok bagi wiskes selalu sangat pun boleh gumuk inikan pulak kita manusia yg tahap antibodi makin lemah biel usia ni meningkat.

jadi papepun toksahlah nak had hadkan nasi lemak nk dijual kat sekolah tu.. sebelum nak had had benda diluar kawalan ape kate diri kita ni had kan dulu cara hidup kita... selidik dulu edukesyen pemakanan kita.... apa kita mkn, apa yang kita bagi anak anak kita makan...
tak payah nak berhabis buang masa kaji itu ini yg belum tentu ader muktamadnya.

yg penting diri kita ni sama ada nak bubah jadi lebih prihatin atau nak terus obes dengan apa yg kita suap masuk dalam anak tekak ni...

Read more...

itulah sayang

>> Tuesday, April 19, 2011

jom kite relax kan diri pakat pakat click kat link nih he the ramlees-itulah sayang

malas nk upload so just share link jer...

the ramless ni koloberasi dari yuna, mira, liyana fizi,najwa


ni lirik dia..


Tanya sama hati apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpi mu
Masa berjauhan apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Tanya sama hati apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpi mu
Masa berjauhan apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Tanya sama hati apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpi mu
Masa berjauhan apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Itulah sayang

Read more...

lawatan ke

morning...


arini seawal jam kul 9 pagi dah menapak pergi bangunan mara. untuk ape? sebab nak pegi clinic. bukan aku yang sakit. but adik ku haida, demam dia tak kebah kebah. risau sumer isi rumah diwatnyer...

paling risau of course la me selain dari mama ibu yg pregnantkan dia 9 month kan.. mungkin sebab dia paling rapat kalau nak dibezakan dengan rapatnya aku dengan angah... so kerisauan aku terhadap adik obvious la nampak. asal dia demam aje aku akan suh dia tido bawah sebilik dengan aku. so every an hour aku akan terjaga check suhu badan dia.... paling tak pun check breathing dia..

ok nape aku perlu pantau semacam itu sedangkan it jst a fever aite? ikotkan tok sahlah nak terlebih prihatin. but bukan kalau ahli kuarga kitaorg tambah tambah bile si bongsu ni sakit.. sebab mase kecik dulu si bongsu ni dah ader "case". so setiap kali dia sakit memang ler perhatian tu lebih. kalau aku yg sakit paling paling pun mama akan check then suh mkn ubat tapi kalau adik yg sakit hah satu umah risau!..

so pas bawk dia g bekfas n pas aku settle kan keje baru la pegi ke clinic.. one thing aku tak suke is "waiting" tahulah kalau pergi clinic nak jumpe doc tu tak lama but nak menunggu giliran unutk jumpe doc tu la boleh wat darah aku yg rendah nih terus naikkk... entah tahap kesabaran aku part itu paling nipis... mcm kulit bawang... heheheh

mase giliran nak jumpe, adik suh aku ikot join masuk jugak. well kakak yg terbaek ni mestilah ikot jugakkan.. so berusahala untuk aku menjadi seorang akak yg prihatin terhadap adik adiknya. laju je aku membebel sal condition adik aku. pot pet pot pet.. aku suh doc lecture adik aku kaw kaw punya...

then bile mintak mc .. hah part ni aku suke.. aku suke.... dan salah satu nape aku suke pegi clinic ni is part nih lah... asal mintak mc je.. dia akan cakap " saya sign aje but awak fill in je bape lama awak nak cuti" keh keh.... haruslah aku isi byk ari kan. hahahhahaha..

tengkiu doc!!!!


Read more...

salah ke if i hang out with a guy?

>> Monday, April 18, 2011




"dah balik ke belum?"

"belum. nak jumpe x class mate"

"boy ke?"

"ye. nape?"

"takde pape.."

"jeles? marah?"

'jeles la sikit?"

"atas sebab ape perlu jeles? dan kenapa perlu ader perasaan itu?"

"i`m sorry."

"that is not the answer, "


Nape ae bile a gurlz jmpe kawan yakni kwan itu is a guy akan jd semacam isu berat yg salah gitu. Tp bile a guy jmpe kwn yakni a gurl ia mcm 'n0thng' salah..? Except nyah or 2 alam dunia ni ada lelaki dan pmpuan aje ok... Salah ke if a gurl ada bestfwen dr kalangn lelaki?

itu yg berlegar dalam kepala otak ni sejak petang tadi. sampai migrain cik eyfa tau. sentap sekejap... sempat jugak bertanyakan soalan ni pada kawan mase jumpe. senang je dia cakap "terang lagi bersuluh dia tu jeles. orang kalau dah jeles tu tanda ader some sort feeling la.. takkan tak paham"

"oh yeke." lurus sahaja jawapan aku.. hurmmm paham sangat tapi saje buat buat tak paham. mane tahu mungkin ada jawapan lain...

tapi yang penting kat sini, if belum pape dah tunjuk "PERANGAI" kompom la terus aku nyah dalam list. i don`t need a guy yg act mcm x mature sekalipun umur tu dah tua bangka!

besides... ader aku kesah kau nak jeles ke.. nak marah ke.. nak meraung ke? aku tak pernah bagi harapan pada org.. so jangan nak wat iklan murah.


Read more...

BCP Call

>> Wednesday, April 13, 2011

entry terkini..

penat gilerz u ols.. baru je balik keje.. sampai umah, bagi salam masuk bilik taruk beg, on lappy abah. oh, my black lappy dah buang te tong sampah sudah ... terukkan? gile kau nak buang mcm tu jekan? well kalau dengan aku semuanya mungkin boleh jadi. kalau kepala ni lom ting tong..... rase dah setahun lebih lappy aku tu aku buang sejak putus chenta.......

ermm lupakan saja sal lappy. ni nak citer sal lain.. ok sambung pas on lappy abah, makan jap then jenguk anak kecik aku .. oh ya baru tau yang si alvin dah takde... cian dia... sebab sakit.. tak sempat nak bawak g vet. tinggallah si gyeo tu sensorang bujang senang. emm agaknyer dia tahu kot kembar dia dah takde so dia kekonon 'BERKABUNG' TAK AKTIF MACAM BIASE....

ngadap lappy cek email.. ado ke yg nak bagi email ae? nan ado..... check muka buku aku... sambil layan "strong heart"... tup tup my boz pop up me...

punya prihatin tanye nape aku tak tido ag... adoii dia tak tau ke staff dia ni keje syif. ayokkkk lupe pulak boz aku ni dipinjam ke unit lain sementara... so mungkin dia kurang nak hengat kot...

yang aku pulak serba tak kene nak nak chit chat dengan dia. yelah sebab dia boz aku kan... bos yang jarnag jarang nak jumpe... lagipun mase face 2 face bahasa yang kitaorg guna tak mencerminkan bos dgn staff... ape taknyer kalau bos aku tu bahasekan diri dia dgn org lain "aku-kau" so aku pun ber"aku kau" selumber je lah....

then bile datang chit chat aku mcm blur tak tau nak guna bahase ape.. last last bahase skema je..selamat cikit...

tak boleh tahan bile dia suh aku alert if ader call tree nanti.. amboiii giler tengah malam buta nak buat BCP call tree... !!! biar benar bos aku ni... kompom la ramai yang akan tak alert dgn BCP CALL sebab sumer memasing alert layan mimpi yang nak masuk dalam tido nanti...
kekekekeek.. papepun aku kene jugak siap sedia ne tau kot kot betul bos aku nak watkan... dah la mase trial alert BCP aku M.I.A... kekonon mangsa yang tak dapat diselamatkan gegara aku tak kesah mane aku taruk hp....



ermm seminit ag dah nak masuk kul 1200... so nak wish Happy bday buat akak Zalilawati yang ke 35... moga hidupnye diberkati Allah... dimurahkan rezeki dhan bahagia disamping suami,anak n kuarga tersayang.. amin...

nak tido dulu nanti sambung entry baru ye...


Read more...

kata aku..

Have you ever been in love? Horrible isn't it? It makes you so vulnerable. It opens your chest and it opens up your heart, and it means that someone can get inside you, and mess you up.

You build up all these defenses, you build up a whole suit of armor. So that nothing can hurt you. Then, one stupid person, no different from any other stupid person, wanders into your stupid life. You give them a piece of you. They didn't ask you for it. They just did something dumb one day, like kiss you or smile at you, and then your life isn't your own anymore.

Love takes hostages. It gets inside of you. It eats you out and leaves you crying in the darkness. So simple a phrase like 'maybe we should be just friends' or 'you deserve better', turns into a glass splinter working it's way into your heart.

And it hurts. Not just in the imagination. Not just in the mind. It's a soul-hurt. A real gets-inside-you-and-rips-you-apart-pain.


Lelaki. Seberapa baik serta jitunya kata-kata janji pada kamu. Sanggup meredah lautan api, gunung sanggup didaki.Trust me one fine day, he will hurt you And make you burst into thousand tears.Snap you into pieces.kill you inside out. Selagi dia, TAK PERNAH NAK MENANGIS DEMI SI DIA YANG ESA!..


ya.... selagi dia tak pernah menangis demi si dia yg esa... .. pengalaman mengajar aku untuk lebih menyayangi diri ini lebih dari sebelum ini...

Read more...

kenangan itu menyakitkan

>> Monday, April 11, 2011


menangis lagi...

mudah sungguh air mata ni nak mengalir ajer...

sebetulnya aku sedih sangat... sedih kerana... perkara yang lepas lepas yang banyak menyakitkan diri ini yg ingin diri ini lupuskan dari kotak ingatan mengejar kembali....

it happend again...

situasi sama, pelakonnya berbeza,..

kalau dulu slot drama sebabak ni membuat aku tersenyum sampai ke telinga... tapi slot drama sebabak ni membuat aku menangis sedih! bukan kerana terharu.. jauh sekali teruja.. tapi membuatkan satu sudut dalam ati ni sakit semula..

nape kawan aku boleh wat drama tiket parking hilang tadi macam "dia" penah wat kat aku dulu!!!!!...

ni post 3 tahun pas.. n jalan cerita lebih kurang.. macam diri ini gtau... situasi sama, pelakonnya berbeza...

SUNDAY, JUNE 07, 2009


semalam mase kat 1 utama.. mase nak bayar auto pay...aku ni terlebih excited la. walhal selalu ngadap menda mesin tue... so pas bayar aku amikkan ticket.. abg aku pulak terus g kat keta dia. so mase dlam keta aku pas ticket tue... then borak borak.. sampai kat kaunter exit.. dia tanya aku...

"sayang..where`s the ticket?"

aik bukan aku dh kasi kat dia ke?

"dah kasi kan tadi mase kat parking...:

"maner ader syang.. orang tak dapat pape.. kalau ader orang tak tanya"

hah sudah.. panik kejap aku.. seingat aku mmg aku dah kasi ticket tu kat dia.. puas jugak aku menyelongkar cari ticket tue... habis sume aku seluk... kuarkan barang dlm beg.. tunduk kat bawah sit ke.. nan ado...

siyes panik.... sebb hilang kat tue haruslah kene ganti... dia leh ag preassure aku "sayang ticket hilang kene denda rm20 tau..."

adus kompom aku kene marah.. dah tu sempat jugak aku tinjau tinjau kat blakang kot kot ader keta line up kan.. mau kene hon.... cuakkk....nak nangis aku nih.. ag best bile guard ader kat situ dok tgk tgk je ... aku dh hilang arah dah.... tahan nangis jer... tgh tgh aku dok sibuk mencari dia tunjukkan aku ticket parking kat tangan dia sambil dok tahan gelak... aku dh bengang jer.. pas kuar dari parking lot terus dia gelak kuat.. aku dh gerammmmmmm sgt.. saje je wat aku nyaris kene heart attck....

ya ampun nak nyakat aku nyakat benda lain.... ni ticket parking dia leh wat main.. aku ni dh ready nak tahan kene bebel kene marah tau dgn dia... alih alih dia saje mainkan aku.... cinonet betul!!!.... aku mogok kejap mase kat tol takmo kasi wit yg dia mintak aku kasi pada dia.. geram punya pasal....


love hurt me ......


Have you ever been in love?
Horrible isn't it?
It makes you so vulnerable.
It opens your chest and it opens up your heart, and it means that someone can get inside you,
and mess you up.

You build up all these defenses, you build up a whole suit of armor.
So that nothing can hurt you.
Then, one stupid person, no different from any other stupid person,
wanders into your stupid life.

You give them a piece of you.
They didn't ask you for it.
They just did something dumb one day, like kiss you or smile at you,
and then your life isn't your own anymore.

Love takes hostages.
It gets inside of you.
It eats you out and leaves you crying in the darkness.

So simple a phrase like 'maybe we should be just friends' or 'you deserve better',
turns into a glass splinter working it's way into your heart.

And it hurts.
Not just in the imagination.
Not just in the mind.
It's a soul-hurt.
A real gets-inside-you-and-rips-you-apart-pain.

Read more...

selongkar

last saturday pas balik dari keje, sementara nak menunggu kawan ku untuk amek lappy angah kat dia aku sempatla cuci mata...


ok kebanyakkan outlet aku pegi kat times square ni demam vintaj. so bersepah sepah la baju zaman dolu dolu yg dijual but still ade rgak yg modern. but untuk jiwa aku yg suke benda lelama ni teruja betul mata ni melihatnya..

sekadar pandang pandang jeling jeling baju yg tergantung untuk dijual kan. tgk fesyen dia cam ner... dalam mase sama terpikir jugak yg mama mungkin still keep outfit vintaj dia yg zaman anak dara dulu kan... sebab aku penah la nampak jugak fesyen fesyen baju dia mase nak kemas nak pindah bertahun yg dulu.

so pagi tadi sesudah subuh.. aku dah menggedik dekat mama... siap tanya

" mama ader tak baju bla bla.... .......?"

"yang mana?" mama tanya balik...

"ala.. ader dalam pic album.. baju tu yg belang belang bla bla bla...."

"ader kot tapi tak sure if mama still simpan lagi ke tak.. byk mama dah kasi orang.. dulu mama suh along pakai cakap out to date la.. sekarang mencari pulak?"

"dulu fashion tu tak "in".. but now tgh "hot" sesangat... dari bazir duit beli yg lebih kurnag dgn style mama bek along manfaatkan.." aku sengih sambil kejip2 mata comel kononnyer...

"t lah mama cari.."... jawab selamberrrrr.. tension aku... mane tidak nya.. if i said nak yang itu.. kompom aku tetap nak jugak .takde tangguh tangguh...

sedaya upaya aku tawar diri nak selongkar kotak kotak dalam stor atas.. mama tak kasi.. tapi bile buat muka kesian.. ehhehhhe mestilah dia pun tolong selongkar jugak... heheheeheh...

so aku selongkar 3 4 kotak besar yg belum diusik.. habis sumer baju aku sepah sepahkan untk cari "harta karun" tu.. sampailah kotak yg terakhir.. aku dah nak give up dah bile tgk 3 4 kotak mencari macam takde je kan... kompom dah selamat disedekahkan kat orang yg memerlukan...

tapi itulah usaha tangga kejayaan.. cari dengan ikhlas.. last last jumpe jugakkkk.. terlompat lompat aku suke mcm budak 5 tahun dapat gula gula... terus aje wat fashion show tak berbayar depan mama.. menggedik!..

well sekalipun baju tu dah lama tapi still in gud condition... warna masih lagi chantik, takde compang camping... masih lagi terpelihara dengan baik.. saiz pun still clear lagi boleh bace,...

puas sesangat hati ni bile tgk koleksi baju lama mama masih ader lagi.. dalam hati "jimatttt wit dari shopping baju " hehehehhe....

pastu mama sampuk " dah dapat baju jangan lupe lipat n kemas balik sumer benda ni masuk kotak yeee.." hurmm barus edar upernye dalam keterujaan nak mencari baju lama mama tu aku dah kucar kacirkan sepah sepahkan baju yg dalam kotak .. nak tak nak kene lipat n kemas balikkkkkkk! adoiiiiii..... nasib la kan...!


Read more...

keprihatinan yg tak bertempat

>> Thursday, April 07, 2011

pagi pagi mood sudah kureng rencah. entah nak emo je.. maklumlah dah lame tak beremosi..

cek email dari sorang staff ni..

" amboiii lunch tym semalam kuar dgn sape?"

wahhh ayat kategori mane ni ae?

" lunch ngan kawan n vendor la... nape?"

then datang lagi email masuk inbox..

" sampai naik keta? jauh sangat ke nak g lunch pun?"

wah! ni ayat mcm jeles je kan...

" lor ... tak boleh ke? dia nak park kat cimb building so sekali jalan la.... asal concernd sangat nih?

ati ni dah macam tak puas hati.. eh hello, do i nid everybody`s permission ke?

" kalau orang ajak macam- macam alasan bagi.. tapi kalau datang yang bujang, kurus laju je."

ok temperature aku dah naik sikit tapi bukan sampai takat didih lagi.

" well he`s my friend, my old friend.. n who r you nak kecoh kecoh? i can do what i want, what i like n who r you nak interruptd my life? by the way, saya tak jalan dgn laki org ok.. n i`m treat u mcm orang lain jugak takde special pun so tolong sedar sikit ye... jgn nak langkua sempadan"





Read more...

i`m confess that


yes, i`m Admit it. i`m the advice giver to a problematic friend, but when it comes to my own problems,i just can't find a solution!..

teruk kan?




Read more...

xplain...

rentetan dari status facebuk aku yg lebih kurang dengan entry sebelum ni. tak pasal pasal ader yang terase sendiri..


statusnyer cam nih..

"i nid a guy who can guide me dunia n akhirat, i nid a guy yang boleh susah senang together,i nid a guy who respect others like the way he respect his parents..but to those guy who wanna have fun semata mata in relationship, plss... i rather be solo than being in wrong relationship! buang masa, buang duit, sakit hati je.It's better to not have a relationship at all than to have one that doesn't have a future."


so nak tak nak kene clearkan balik...

this is my comment

"guys... the words up there it is just my opinion n i`m not pointing my finger pada sesiapa... realitinya kita mengharapkan yg terbaik untuk diri kita but at one point GOD give us a bit lesson to us... as a rencah dalam hidup yg penuh liku...tak semua tkdir hidup kita ni sentiasa dalam keadaan "bertuah" ada kala kita tewas dalam pencarian.. n untuk kita yg masih tercari arah ambik pengajaran dari pengalaman orang lain."


so kalau masih ader yg nak terasa lagi, silakan...

coz the truth is mmg aku pointing my finger... jahat kan?

Read more...

my heart says...

>> Wednesday, April 06, 2011




i nid a guy who can guide me dunia n akhirat, i nid a guy yang boleh susah senang


together,


i nid a guy who respect others like the way he respect his parents..


but


to those guy who wanna


have fun semata mata in relationship, plss...


i rather be solo than being in


wrong relationship!


buang masa, buang duit, sakit hati je.


It's better to not have a relationship at all than to have one that doesn't


have a future..












............

Read more...

beauty from korea... nature republic

>> Tuesday, April 05, 2011



macam mane nak start cerita ae? hurmmm sape yang gile cerita korea, kompom gile tengok hero n heroin dia yang cute tahap baban punya. yang si hero tu encemnyer YA Allah secantik cantiknyer. yang heroin pulak banyak la "c" cantik, cute, cun, dan ape yang "c", boleh kata kalau hero nyer encem cantik gaya stok stok gay kan. kalau yg si heroin tu wahhh macam bagi inspirasi pulak untk kite yang tak cantik nyer nak jadi cantik mcm diaorg jugak.

benda ni tk dinafikan. tgk ajelah kulit diaorg kan.. even lebih byk makan B***i dari ayam tapi still dalam ape jugak menu diaorg letak banyak sayur! mau tak cantik kulit? yang aku tau orang korea ni mmg gila jaga kulit! ape tidaknya sejak umo 5 tahun terutamanya budak pompuan dah didedahkan dengan penjagaan khusus untuk muka, penjagaan tubuh badan n etc.

pernah dengar ETUDE? the FACE shop? n the latest yang baru masuk ruang udara mesia "NATURAL REPUBLIC"?

kalau Etude dutanya heroin "he`s beautiful" si Park shin Hye, kalau The Face shop hero "BOF" si kim hyun joong tapi kalau Natural republic duta nya pulak Si "Bi rain"..

store dia kat times square.. itu main store dia la. kalau yg anak pinak baru nak bukak kat fahrenheit88 kat bukit bintang yang tak bape jauh daritimes square.

dari luar kedai kat time square

natural republic ni kalau kat korea ni rank yang pertama la. so kalau pegi korea mesti jumpe natural republic house.

kat natural republic ni macam macam ada.... dari skin care, cleansing,men`s line, baby n kids, pack n mask, body n hair, sampailah ke make up.. diaorng ada.

yang bestnyer semua product dari natural republic ni semuanya 100% bari bahan tumbuhan organik n buah buahan. takde bahan yg terlarang mcm sesetengah product ader. sebab dia NATURE..




rangkaian product dari label NATURE REPUBLIC..





chentekkan? tgk jelah botol botol product dia. kaca ok... tak leh baling baling.... price pun boleh tahan la jugk.


yang atas ni product baru. soothing n moisture gel.. 90% dari aloe vera.. sejuk aje bile di apply kat muka n tubuh badan. untuk melembabkan kulit kita... sebotol dalam 300ml.. pada harga rm23.00


yang ni pencuci muka. "pearls di caviar" sempat membeli untuk stok akan dtg.. telur ikan.. organic tol.. even aku tak makan telur ikan lumur kat muka pun jadilah kan.. heheheh

something yg menarik selama aku mengguna pakai product ni.(about a year) its really mesra alam..its not like other product pernah aku guna. within a month kita boleh rase perubahan.. kulit jadi lebih lembut n moisture. contoh kesan parut xcident aku 3 tahun dulu pun dah makin kurang sejak aku guna product skin care dia.. lagi satu penjimat untuk duit jugak. even sekali beli aku berhabis dekat rm300 untuk complete set dari cleansing, skin care sume tapi tak bermakna tiap tiap bulan aku caras rm300 membeli product dia.. product dia sekali beli boleh bertahan hampir 3 bulan lamanya. kirenyer sebulan seratus la.. sempat kumpul wit nak beli bile habis stok. kekeekke

botol botol dia pun cantik cantik.. satu botol dalam 100ml, tak pun 150 ml.. takde pakej kecik kecik mcm kosmetik tertentu yg ader kat mesia ni. botol besar isi dalam sikit tak hengat...


kalau dah beli product selalu akan dapat free gift dari nature republic. so benda terbaru yg aku dapat pas beli dari store nature republic in "rain photo book " lmtd ed. selain dari free gift make up mesra alam dari nature republic..

Read more...

berat bertambah

>> Monday, April 04, 2011


sharing is caring.. hahaha.

dulu aku nyampah tgk alat penimbang berat tapi sekarang aku sukeeeeee...

2 3 ari ni semenjak ni happy sangat..
sebab berat aku dah naik!!!

orang selalu takot kalau berat naik la kan.. tapi aku sukeeee..

mungkin sebab aku jenis susah nak naik berat so bile sekali naik sekilo tu dia punya teruja sampai semedang menyengih aje....

so berat aku dah naik 4kg! jadi nak tambah lagi 2 3 kilo baru sedap rase nak bawak diri takdelah sekeping je mcm biskut 4 segi cracker tu....

sesungguhnya aku teramat happy bile berat dah naikkkkkk!! hope jangan hilang pulak berkilo pas ni... huhuhu...

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP