Followers


familia

familia

mOsHi2


arghhhh!

>> Tuesday, September 28, 2010

malas nyer nak attend taklimat pagi ni kul 10 a.m sampai 11 a.m. pastu kul 3.30 p.m baru masuk duty.. kan membazir mase je namanyer. nak kene tercongok.



kalau tak pergi tak boleh ae?.... hish jangan cari pasal nanti tak pasal kene hadap muka andy nak xplain bagai mcm kes aritu.


tapi malas...... tulun.....

Read more...

customer always rite? boleh pakai lagi ke statement tu?!

>> Monday, September 27, 2010

customer always rite?.... hurmmm.. releven lagi ke nak pakai tagline ni untuk mase ni? rasenyer tak kot.


satu peristiwa yang baru je jap tadi happend depan mata.. well sedikit sebanyak mengimbas memory lame. sesungguhnya aku memang memahami perasaan, tekanan yang dialami oleh pekerja barisan hadapan mcm yang keje kat fast food. kene hadap 1001 mcm kerenah customer. kalau dapat customer yang memahami best.. tapi kalau sebaliknya... masyaAllah ....

alkisahnyer bile ader sorang tourist ni nak order makan kat Mcd dekat dgn area office. kebetulan tourist ni line up depan aku. so mmg boleh dengar la segala butir bicara. mayb tourist ni tak bape nak fasih cakap omputih kot sebb dari gaya aku tgk dia mcm gagap semacam je.. (dunno if this tourist ni just pretend mcm tourist walhal orang mesia je kot) so sikit sebanyak mmg mcm itik dengan ayam bercakaplah...

naik bengang jugaklah aku tgk staff McD ni layan kerenah dia. almost 15 minute jugak la just nak order makan. last last tourist ni mengamuk. sedangkan terang-terang salah dia. dan sebb orang orang kat dunia ni berpegang pada kata-kata "customer always rite" so salah mcm mana pun customer tetap nampak betul. right?
tourist ni mc tak puas hati. so saje nak tarik perhatian dengan memaki hamun. mmg keluar abis segala mak nenek mencarut dia. n aku sekadar memerhati. tak rase nak interfere pun. tapi kalau sampai order eden pun jadi mangsa baling baling memang kene jugaklah masuk campur kan.
so dengan budi bahasa yang baik aku try untuk "pujuk" tourist ni. explain everything. suddenly dia cakap aku "bodoh" perghhhh... sabau jelah! dia yang bodoh atau aku yang bodoh? how dare you........

sebb malas nak argue lagi i`m just said to that stupid tourist
"i think you were the stupid person here... i heard clearly your order n now u just blame other people for your own fault. if you want make an order just line up n make a new order. do not make an issue here.. pls respect other people`s first, sir... behave yourself here. this is not like your own country which is you can do everything. this country have a rule to be follow...

dan aku just walk away. risau jugak kalau kalau dia mogok gile kan. huhuhu

but siyes. kadang-kadang sesabar mane kite melayan customer satu saat akan sampai jugak takat didih yang boleh letupkan amarah yg disimpan.. itu pendapat aku. masing-masing kene hormat ornag lain. jgn hanya kerana kita "pelanggan" kite ader tiket besau nak tunjuk lesen nak punish ornag lain...

Read more...

eid 2010

>> Sunday, September 12, 2010

Salam eid...

macam sebelum ni... eid tahun ni pun nothing special. coz no cuti-cuti. macam takde maknenya raya. coz raya dengan tak raya suasana tu sama aje... kalau last year raya aku dapat kezutan maut yang meranapkan everything dalam my luv relationship this year after being solo takde ape-ape kezutan.

masu tahun ni dah 3 tahun berturut aku beraya kat kl. no balik-balik kapo segala bagai. kejam dan sadis.but itu yang aku rasa. buat ape nak balik kapo kalau asal balik aje ader saja kontroversi hiburan sensasi yang mewarnai eid...

orang kata tym raya nila kita mohom maaf, but pintu kemaafan tu dah tertutup buat family members aku yang kat kapo. no sorry morry. setiap luka yang tercoret kat my parent takkan ada maaf untuk setiap kemaafan yang di pinta. enough is enough!...

esok(isnin) aku sudah kerja. lebih baik sibukkan diri dengan KERJA. papepun i wish happy eid untuk smeua. ampun maaf atas segala dosa terlajak kata perbuatan.

Read more...

diskriminasi ya amat

>> Wednesday, August 25, 2010

Bebaru ni aku lepak kat set filem aku bukan bohsia arahan shamsul yusuf kat area klcc pas berbuka kat restaurant rebung kat bangsar sambil dengar n tengok sidang media “skodeng artis” dengan sam dengan jeff. So ramai jugaklah yang ader kat sana. Iqram dinzly,fizz ngan almy nadia, yasmin hani, tony yusof, Juliana n ramai la. Zizan pun ada.

So mase kat set nampaklah crew crew tengah sibuk nak set up segala bagai. Scha heroin pun tengah make up. Sam pulang hilang mana pun tak sure. But bukan nak share hal shooting mooting ni semua. Coz tak rase nak bercerita pun. Sebb dah boleh agak macam mana citer ni. bile tengok skrip pun aku rase lebih kurang je skrip dengan filem “skop production” lain. Lebih kurang sama.



Yang aku nak share ni sekadar nak meluahkan rase tak syiok bile mana mase duduk santai ngn crew ada suara suara sumbang ni bukak citer pada teman aku. Sorang crew ni tanye sama jeff ni jenis minat gurlfrenz yang muslimah ke? (yang pakai tudung, tutup aurat). Aku yang kebetulan ada just pasang telinga je lah. Memerhati perbualan menarik bagi aku. Jeff jawab , “aku tak kesah pun gf macam mana, tak kisah la pakai tudung ke, tak pakai tudung ke, janji perempuan.” Yup aku tau jeff ni mmg jenis open tak kisah. Hatta kalau gf yang naked pun aku rase lagi dia mau punya. Heheeeh. Mau terkeluar biji mata kan.!



Pastu crew ni macam tak puas hati jew. Dia tanya lagi kat jeff, memang ko suke jugaklah perempuan yang pakai tudung, pakai sopan sopan ni.? aku time tu panas jugaklah ati ni. ( coz I`m also muslimah pakai tudung, cume baju aku tu tak de sesopan sangat. Still ikot fesyen intrend jugak.). coz gaya crew ni tanya macam teruk sangat aje punya gurlfren perempuan yang jenis pakai tudung kan. Jeff just jawab “ dah dapat jenis macam tu, terimalah seadanya. Dah caranya macam tuh. Siapa kita nak ubah dia. Lagipun ok ape pakai tudung pun..”



Aku dah senyum dengar jawapan. Yelah atleast jawapan kawan aku bagi ni sekurang-kurangnye dia menerima jugak perempuan bertudung kan. Dari sesetengah yang kompom kompom tak puas hati kalu gf pkai tudung.



Agaknya disebabkan jawapan jeff tu crew ni just senyum sumbing n cakap “ oklah macam tu but gf ko cute sangat even pakai tudung. Kalau tak pakai mesti lagi cute.” Pergh…. nak jugak dia soal tudung tudung ni kan. Aku rase macam nak sampuk aje, salahke kalau perempuan bertudung? Hina or out dated sangat ke perempuan yang pakai tudung ni sampai begitu sinis sekali penerimaan crew sorang ni.. aku tau la background keje dia memang semedang jumpe orang free hair, pakai up to date bagai kan. Yang boleh buat cuci mata kalau rase penat set up set. Tapi jangan la sampai nak pandang lekeh orang yang bertudung ni. aku rase trend tudung sekarang pun dah upgrade. Tak macam dolu-dolu yang just sepesen je kan. Ni…., ariani ader, wardina, wardino,siti, segala jenis pesyen tudung ada. Ni aku time duduk semeja dengan crew ni pun wearing hijab but aku wat jenis Arabian muslim la. Lilit lepas. Glam ape. Bukannye sekadar lilit tudung bawal aje.



Aku rase dia ni(crew) punya masalah jiwa la kot gamaknya. Ataupun memang taste dia jenis “vogue”. Tapi bro agak-agaklah kalau nk demand kan.. ukur baju dulu la. Ikot pendapat aku crew ni takdelah encem pun. Selebet jugak. serabut mata tengok pun ader. Kire untung jugklah kalau ader yang syiok kat dia. Kalau nak harap orang secantik scha belum tentu scha tu nak kan. N kalau awek pakai tudung macam aku pun pikir jugak nak time kan so jangan la nak komdem ornag perempuan bertudung ni teruk. Bajet diri tu bagus sangat jew.



Lelaki ni (pada pendapat aku) even dia hu ha hu ha tunjuk bintang bulan tiap tiap malam, even players ke apa ke, flirting with a dozen women sekalipun at the end when it comes to another phase of life yang mana dia nak make a family kompom dia nak jugak gurl yang lebih baik dari yang selalu dia jumpe kilek sana sini kan. Tol tak? Jarang la nk jumpe guy yang still nak fowardkan taste dia bile jumpe pompuan nak wat bini. Paling paling pun free hair boleh diterima lagi.



So untuk crew yang sorang ni, nasihat aku jangan la over sangat rejection pada orang yang bertudung ni. mana tau esok lusa jodoh kamu tu jangan kata yang pakai tudung silap silap jubah siap berpurdah lagi. Sekalipun tak suke pada golongan yang bertudung jangan la sampai nampak sangat keTIDAK SUKAAN kamu itu.. hormat perasaan oranglain.



P/s : ader jugak makhluk degil macam tu ae… bukakanlah pintu hidayah kat mamat ni…

Read more...

ermmm... semak

>> Wednesday, August 18, 2010

Semalam aku sempat semak email. ada dua email yang menarik perhatian. Satu dari naji dan satu lagi dari kawan aku. Tapi yang bikin aku tak syiok bile bace email dari kawan aku. Dalam email tu, dia cakap dia balik ke hometown dia. Dia jugak ada cakap bout heart feeling. Then aku terus wat phone call nak mintak explaination dari dia. Lama jugaklah baru nak berjawab. Aku try buat buat macam tak bace email dia. Cakap pun ok ok je.. then aku terus pancung mood bile aku tanya sal email yang dia bagi.

Dia diam.aku pun diam.



Then dia cakap.



“the main reason I went back here because I tak mampu nak tahan diri I untuk stop thinking about you. Knowing you is the best thing happened in my life. I like you, love you but I tau I tak mungkin dapat you. At least I kat sini feel ok sikit coz I takkan nampak you. Kalau I kat sana , ………”



pastu dia diam. Aku dah kompom-kompom diam. Sebab tak tau nak cakap ape dah.. pastu dia sambung.



“sepatutnya I dengar cakap you dulu, mase first time kite jumpe,you mention don`t ever fell into you..i ingat you saja cakap aje. tapi nak buat macam mana kalau rasa tu tiba-tiba ada. The first moment I nampak you cakap dengan farid pun I dah suka kat you... then mase you dtg cakap ngn I n lido ngan semua orang, I lagi jatuh suka dengan you. Mase chat dengan you benda ni takde pun, tapi bila jumpe, dudk semeja suddenly…. lido pun suke you.. tapi we all noes sush untuk kitaorg.. kitaorang yang salah sebb ada perasaan macam tuh kat you sedangkan I noe you treat people sama saja.”



Pastu dia sambung lagi



“I noe someone, sometime pernah wat you sedih sampai you jadi tak hingin nak make commitment. Tapi I tak boleh nak tipu diri lagi. Sebab tu I balik sini. I try not to sms you, call you.. you kene bersyukur sebab ramai suke dengan you. Bertuah tau. You takde salah. I yang salah sebb suka kat you,I kene twist back perasaan ni. kalau tak I tak mampu la nak berdepan dengan you. ”



Yelah bertuah sangat la kan.. semak pale aje aku rase. Mintak maaf yea. Aku cakap aku tak berniat n tak tau nak jadi macam ni. Kalau betulla aku punca, then aku boleh je “lesap” dari semua orang. Susahla macam ni. dah tak best….



Sebab nampak macam aku ni jahat aje… haizzzz…

Read more...

part 2

>> Tuesday, July 13, 2010

People make mistakes! Yups sume orang tau there`s nobody perfect!! Sama ada kesalahan tu kecik atau besar ia tetap satu kesilapan..

Dan dengan kesilapan itulah jugak ia mengheret aku into the darkness… and the most important thing is dengan kesilapan ini jugak kepercayaan aku terhadap orang orang jatuh merudum ke takat 0…… hatta dengan kuarga sendiri….

And I am the black sheep of the family!! Serasenyer aku patot try call hot.fm am crew yg mase tu tgh bincang topic “bawak diri”…. Yg rata rata caller dia dok story kekonon “merajuk”
“bawak diri” bertahun tahun, bulan just becoz of “ keciwa” dengan orang orang tertentu…

even aku takdela merajuk bawak diri but somehow mayb I`ll do the samething as they did!! Lari.. bawak diri jauh biarlah susah senang diri ni tanggung sendiri… drop all connection dgn orang orang around me… kalau sampai tahap tu aku pikir just imagine betapa depressnyer aku hadap all this matters ni alone!!

People wouldn`t understand.. and always give their opinion “ your parent love u.. your parent do it bla bla bla…….. your frenz bla… bla.. bla….” Ape yg diaorg tahu? Did they noe what I want.. what I need…?

Sometime aku rase mcm lucky sgt bile ader dlm kelompok …... but sometime aku rase mcm … Ya Allah.. nape Kau wujudkan aku kat dunia nih…… ? terkadang aku pikir mcm orang takde agama aje.. sebb aku teramat keciwa….

All these while I`m just pretending like nothing happened!! Feels like a puppet!! Yups! a puppet yang tgh what show kat circus…..

dalam hati menjerit minta difahami apa yg aku ingin.. ape yang aku cuba untuk aku luahkan.... tapi takde yg nk dengar... sebb peluang tu di TUTUP tanpa pernah untuk di BUKA.....

Read more...

tiada tajuk spesifik

>> Wednesday, July 07, 2010

..tidak tahu di mana harus aku bermula. aku jadi kosong. hilang. tenggelam dalam kekusutan simpulan mati tanpa uraian. susunan jari2 kaku, bagai lupa cara biasa menekan butang2 kekunci. aku bagai mati..

..em, terlalu banyak perkara yg harus aku sumbat2 kan ke dalam otak, sehingga sampai ke satu tahap genting semua perkara tersebut tidak langsung aku fikirkan...


kini.. sekadar merenung luar menghadap hamparan luar yg dibasahi rintik rintik hujan... bagai mengerti kala hati ini sedang basah dengan air mata kesedihan.....membawa diri sendirian merawat rawan.......

haizzzz .......

to be continue...

berat hati nk g keje

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP