
familia

mOsHi2
BIG MAC vs MULUT
>> Friday, February 25, 2011
oh my BIG BaNG
>> Thursday, February 24, 2011
Alhamdulillah dah baek. kalau ptg semalam aku bergelut sebab susah nak nafas, tambah O2 lega sikit nak bernafas... tapi bukan nak citer sal sakit aku ni,.. tapi nak citer benda lain..

adakah aku dalam senarai...?
>> Wednesday, February 23, 2011
dulu mase sekolah selalu sakit. selalu pengsan, sesak nafas. keluar masuk hospital bagai... paling teruk bile pengsan dalam kelas sampaikan kene tahan kat ward.. waktu tu rase mcm nak mati dah. rase macam nyawa tak panjang. bile doc nak inform parent aku tak kasi. sanggup tipu doc yg parent aku mmg dah sedia maklum situasi aku.. so doc suh wat checkup.
Sakit dada atau dikenali sebagai angina pektoris.Sakit ini dialami pada bahagian tengah dada atau sebelah kiri dada. Kesakitan ini dialami dengan:
- a. Seolah-olah ada cengkaman yang kuat pada dada
- b. Berat pada dada
- c. Senak dada
- d. Sukar bernafas: sakit ini akan merebak ke leher dan bahagian lengan kiri. Ia selalu berlaku semasa aktiviti fizikal atau tekanan emosi. Tekanan emosi atau sebarang aktiviti boleh menyumbangkan masalah ini.
Sakit dada ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu:
- Stabil: mengalami sakit dada apabila melakukan aktiviti.
- Tidak stabil: mengalami sakit dada yang berulang-ulang dan berpanjangan. Sakit ini dialami sekalipun dengan melakukan aktiviti yang ringan atau semasa rehat.
Sekiranya gejala-gejala angina tidak stabil dibiarkan tanpa rawatan, pesakit boleh mendapat serangan jantung (penginfarkan miokardium).
adakah aku.....? hihs...biar betul?
suke...menari kikiki..

cekik darah
>> Monday, February 21, 2011
suasana panas terik sekarang sama naik dengan suasana "ati anas" aku arini...
laparrrrr

dividen!
salam... n morning!
hari yang slowwwww....
>> Friday, February 18, 2011
Insomia adalah dimana seseorang mengalami gangguan susah tidur atau tidak dapat tidur dengan nyeyak. atau juga sering terjaga di malam hari dan sepanjang hari merasakan kelelahan.
Jenis insomnia bermacam-macam, biasanya dibedakan berdasarkan lama keluhan berlangsung. Ada yang disebut insomnia akut, insomnia transien, insomnia sementara, dan insomnia kronik.
Penderita insomnia akut mengalami tidur yang kurang lelap selama 3 rninggu sampai 6 bulan. Insomnia transien terjadi beberapa hari sampai beberapa minggu, dan dapat disebabkan oleh penyakit lain, perubahan lingkungan, atau stres.
Insomnia kronik paling sulit untuk diatasi, karena lebih kompleks dan berlangsung lebih lama (lebih dari 4 minggu) sampai bertahun-tahun. Insomnia ini dapat merupakan gejala dari penyakit lain atau diagnosis tersendiri.
Penyebab Insomnia
Ada Banyak hal yang dapat menyebabkan keluhan insomnia. Selain faktor stres, penyebab lain diantaranya obat-obatan, gangguan irama sirkadian,serta penyakit tertentu (contoh: asma, inkontinensia unin/tidak bisa menahan kencing pada dewasa).
ubat-ubatan yang dikaitkan dengan insomnia adalah jenis obat psikoaktif yang bersifat stimulan (merangsang), efedrin , amfetamin, antibiotik seperti golongan fluoroquinolon, teofilin, dan kafein.
Gangguan irama sirkadian biasanya disebabkan oleh perubahan jam kerja, dari pagi menjadi malam misalnya, atau karena jet lag. Jet lag (disinkronosis) biasanya dialami orang yang berpergian ke negara dengan zona waktu yang berbeda, umumnya perjalanan dan timur ke barat.
Untuk insomnia kronik lebih kompleks, karena dapat disebabkan oleh gangguan hormon,kelainan sinyal otak,dan gangguan psikiatnik (kejiwaan). Menurut Dr. Nurmiati, hormon yang mungkin terlibat dalam insomnia adalah peningkatan kortisol (hormon stres), kekurangan hormon pertumbuhan,dan kekurangan melatonin. Gangguan psikiatrik yang menjadi penyebab adalah kecernasan, depresi, dan penyalahgunaan zat seperti alkohol.
Kondisi higiene tidur yang kurang baik juga dapat menyebabkan insomnia. Higiene tidur misalnya tidur di ranjang atau tempat yang kurang nyaman, kebiasaan tidur yang kurang baik, misalnya minum kopi sebelum tidur,dan lain-lain.
Tips Mengatasi Insomnia :
1. Mungkin anda perlu meluangkan waktu sebelum tidur untuk mandi air hangat . Mandi air hangat akan menyebabkan efek sedasi atau merangsang tidur. Selain itu, mandi air hangat juga mengurangi ketegangan tubuh. (dah cuba tapi mcm tak berkesan pun...)
2. Berhentilah memikirkan masalah yang anda miliki atau khawatir tentang melupakan apa yang harus anda lakukan besok. (tak pikir pun...)
3. Buatlah Ruang tidur anda senyaman mungkin , seperti mematikan lampu kamar , dan mematikan suara yang mengganggu. (siap buat aroma theraphy lagii...)
4. Sebaiknya Hindari makan dan minum terlalu banyak menjelang tidur. Makanan yang terlalu banyak akan menyebabkan perut menjadi tidak nyaman, sementara minum yang terlalu banyak akan menyebabkan anda sering ke belakang untuk buang air kecil. Sudah tentu kedua keadaan ini akan menganggu kenyenyakan tidur anda. Read more...
dinner
>> Thursday, February 17, 2011
nak wish tengkiu very very much to my classmate mase sekolah dolu dolu atas kesudian "mengahabiskan" duit untuk blanje aku dinner.
entry entah pape
hana tajima hijab style
Siapa Hana Tajima? kenal ke? well pemilik nama ni akhir-akhir ini menjadi topik dibeberapa blog dan berita. nak tau sebab ape? sebab hijab style dia yang mencetuskan fenomena hijab atau tudung untuk golongan yang bertudung ni. sape cakap orang bertudung ni tak leh nak ber fesyen? nah... hana Tajima ni dah membuktikan orang yg berhijab pun boleh nak in dgn fesyen semasa. ada gaya, ada pesona tersendiri.
keliru lagi
keliru dan terus keliru.. ermm lebih kepada perasaan blurrrr. it is sengaja nak duga kadar denyut jantung yg telah sedia abnormal dari insan normal lain?
bagai kerja menolak ombak, makin ditolak makin tercampak.
sedetik lebih......
>> Monday, February 14, 2011
mase bukak fesbuk.. mase tengah jenguk akaun one of my friend terus terpaku pada link ost hikayat merong mahawangsa. http://www.youtube.com/watch?v=bAx-7yC_tJQ
ya ampun... sedapnyer lagu ni.. so touching! terus cari lirik... memang seswai sangatlah kalau anuar zain yg nyanyik lagu ni.. takleh nak imagine if orang lain yg nyanyi lagu yg edry abd halim ni buat...
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
…
Cherita holiday 2
>> Thursday, February 10, 2011
Pengisiaan aktiviti aku kat pulau mahsuri ni packed sesangat! Balik apartment sekadar nak tido ajer. Merewang satu pulau..
Pepagi lagi dah kuar pegi makam mahsuri. Takde dalam plan pun nak pegi asalnyer. Tapi sebab ader budak budak nak belajar sejarah so bawak aje ler.. aku sekadar lepak lepak luar makam aje. Sebab benda yang sama aje kan. Tapi itulah, pendapat peribadi aku.. makam mahsuri yang ader sekarang dah “hilang” sejarahnya. Originality tempat tu dah tak ader. Manakan tidak di naikkan tembok tembok, bangunan bangunan batu kat area makam n perkampungan mahsuri tu so dah jadi tak “chantek” oleh sebab nakkan pembangunan punya pasal nilai “sejarah” kureng amek perhatian beberapa pihak. Kalau berbelas tahun dulu visitor boleh masuk makam pegang batu nisan bagai tapi sekarang makam tu diletakkan tembok penghalang. So dari jauh ajer boleh nengok.. pastu boleh pulak buat “mini zoo” so keterujaan mahsuri tu sikit sikit hilang sebab ader “tarikan” lain.
Sementara melayan yg lain aku bawak diri melantak. Lame siot tak rase air kelapa fresh dari pokok! Yg ader kat kl pun yg dah campur dengan soda(kekonon nak bagi rase gas air kelapa). Pastu pegi kilang gamat. Yg ni teruja la sebab pastime sampai kan.. dapat la tengok minyak gamat tu diwat. Beli berdozen minyak gamat sebab harge murah…
Antara lain xtvt g tour pulau. Menyusur kat area mangrove…. Tengok eagle feeding. Live depan mata tengok sea eagle yg besar besar. Kuar masuk croc cave, bat cave, pergi geoforest kilim..
Pastu terus masuk phuket. Mase kat laut Andaman tu dalam hati ni memuji kebesaran Ya Tuhan dengan ciptaanNya. Superb Chantek.
Cherita pulau 1
Ikot perkiraan asal, jumaat ptg dah bertolak ke utara. Tapi atas sebab sebab lain kene bertolak sabtu pagi.. so subuh subuh lagi aku dah bz.. bz nak bagi makan untuk anak kecik yg terpakse aku tinggalkan. Cian Theodora, tera,jermy,mynam tak leh join sama. Selalu aku bawak aje memana pun kalau pegi.tapi kali ni tak leh bawak.
Kitaorg bertolak asing asing n jumpe yang lelain kat tgh jalan. So hentian rehat rawang la kitaorg berkumpul n naik ke kedah sesame. Sampai kedah jam 1230. Tapi terpakse pulak nunggu keta pak ngah yg lambat sikit(sebenarnya lambat banyak)kat tol exit alor star selatan.
Oleh sebab pakngah lambat so terlambat la sampai kat medan ikan bakar yg tersedap kat alor star. Bile sampai kat kedai tu dah tak banyak lauk pauk yg tenggal. But sumer tu tak de hal.. sebab teruja sesangat sambil mkn dapat pulak aircond terbaekkk dari nature dengan view sawah padi, tali air.. lauk sikit semata mata sambal belacan ulam raja dengan ikan pari bakar pun dah cukup. Dan bagi aku yang dah lama tak balik kampong sebelah mama ni terase “jakun” bile tengok anak anak padi.. keh keh keh.. yelah budak Bandar masuk kampong.. kat Bandar nan adonyer sawah sawah tali air ni… yg ader longkang dengan petak petak kolam kumbahan aje!
Sampai jeti kuala perlis pukul 4. Aku terus rush dengan kazen aku kak jah g kaunter untuk amek ticket paling cepat. Excited nih nak g langkawi.. last pergi pun 13 tahun yang lepas.. maknernyer last aku pegi mase umo 12 tahun! Mendarat kat pekan kuah kul 5 lebih jugak. Settle hal keta sewa sumer cecah jugak la kul 6 lebih tersadai kat pekan kuah jugak. Dengan adernyer pertolongan sedara yg stay kat pekan kuah tu so semua urusan senang la. Yg lambat bile nak amek keta sewa aje. Sebab keta sewa kene tahan ngn polis!
So our 1st nite stay kat apartmen epf. Mencari jugakla nak g tempat tu. Asik salah lorong aje. Mujur dengan tahap kesabaran yg masih ader ni jumpe jugaklah tempatnyer tu pun pas tanye maplei yg ader dekat dekat situ.
Our 1st activity malam tu g rewang pekan kuah. Dan yang ni part best untuk mama n mak ngah la. G ambush tempat tempat jual barang barang yg jadi “kegilaan” suri suri rumah! Konon nak cuci mata aje.. tapi aku tengok ader jugak yg dah membeli. Haiiii lucu pulak tengok gelagat! Aku pulak terus menonong g site chocolate! Yang ni syurga la.. yang sakit gigi mcm aku pun boleh terus baik. Sekadar tengok tengok je.. belum rase nak beli. Lagipun ader banyak hari lagi kan.
Mase tengah tengah belek chocolate tu ader jgk dapat sms dari sam sempit tu.
“ hello, u kat langkawi ke? I pun kat sini jugak since jumaat”
“hye yup I kat langkawi with my parents. Jenjalan tabor duit kat sini heeehe. U dengan sape lagi?”
“I dengan mummy. Alah ni pasal roadtour abpbh tu.”
Aha kan.. aku lupe pulak pakcik ni tahun ni kene berarak promote diri kat abpbh.. malas nak layan sms sgt sebabnyer aku nak enjoy diri kat sini puar puas. So aku “gantung” sms tu.
Having dinner kat warung.mase pusing pusing cari makan ternampak pulak si sam. Tapi sengaja tak mau tegur. Nantikan kecoh pulak dengan mak ngah pak ngah mama abah pulak…
Hbis dinner aku pulang dulu ke apartment coz abah demam. So geng mak ngah je yg sambung merewang ke pasar karat.
Sambung part lain….
Hanimoon…
Salam..
Lame tak jengah bukan bermakna tak ambik peduli langsung akan blog ini. Cume ketiadaan ruang n peluang nak jenguk aje. And now i`m back! Kembali dengan pelbagai citer yang nak share kat sini. Full of memories! Last two weeks aku tinggalkan tanda Tanya dengan orang sekeliling termasuk officemate dengan pelbagai spekulasi yang diaorang buat keatas “kepergian” aku 2 minggu.
Ader yang pikir aku “kahwin tak jemput” almaklumlah cuti lelama bagai. Tambah pulak bile sepupu aku pun turut same cuti. paling kelakar bile ader yang cakap aku boleh g holiday sesame dengan sam sempit ( sekalipun kebetulan sam pun g ke destinasi yang sama yg aku g). papepun aku tetap kunci mulut tak mau habaq(cakap). Connection aku offkan selama kepergian aku ber hanimoon..
Jangan hengat orang yang dah kawen aje boleh hanimoon bagai.. orang bujang pun boleh ma… berhanimoon with family terchenta.. yup! Hilangnyer aku just g holiday nun utara sana. Destinasi ke LANGKAWI VS PHUKET.. konon berangan nak g phuket dengan xbf dolu dolu.. but tak kesampaian.. pegi ajelah dengan mak ayah kan..
Rombongan we ols seramai 15org. termasuk mak ngah n pakngah.. sepupu rapat aku pun pegi. Dah lama plan akhirnya ujung bulan lepas baru selamat direalisasikan. So takde maknenyer aku nak cuti kawen ye bro…. istilah kawen tu tak boleh diguna pakai wat mase ni.
So aku boleh ler pelan pelan story kat sini aktiviti aku sepanjang kepergian.. sampai dah naik rentung jadinya. Menghabiskan mase berjemur macam ikan paus aje kan…
Serasenyer ni la antara momen best holiday setakat nih. Yelah kalau dulu abah mama yg support sume kan.. but ni antara yg aku sendiri sponsored. Samping holiday sesame family ni jugak antara gifted untuk my parent semperna jubli perak yg ke 26 of their married… anak dia pun dah 25 kan.. hehehhe