petang semalam kekononnyer aku nak teman pakwe ku untuk interbiu but last-last aku tukar plan ajak oakwe ku g tgk movie baru arahan orang muda " EVOLUSI KL DRIFT"...
aku tau dia mmg suke citer coz sebelum nih pun pakweku mmg dah pasang niat nak tgk citer ni.. he like drifting ma......so ne leh tak tgk citer nih.... so aku pun ambik peluang nih untuk hapikan hati dia n full fill pe dia nak... so ni hadiah aku wat dia... memula kitaorg g beli tiket kat kaunter GSC time SQUARE coz kite otg mmg dah sedia ader kat situ... so after dah li tiket tu...aku n abg cayunk aku g eon bank untuk settlekan payment then patah balik ke TIME sQUAre... sementare nak tunggu movie tu.. aku sempat gak tarik pakwe ku untuk DRIFT kat GAME HOUSE kat atas.... men peberet game aku wat mase ni..." battel GEar 4''... hehehe even aku baru je jinak-jinak main game nih.. tapi ok wat.. dah pandai DRIft....cume aku tak tahan bunyi bising la kat situ.. puas jugak lah berentap ... cukup time je abang cayunk aku ajak g ready untuk masuk teater coz dah nak start show...
sampai jer.. ramai la org nak tgk citer nih... fuLL house beb!!! tapi bukan citer full house korea tu yea...... mujurlah sempat li tiket awal2 kalau tak.... mau aku nangis tak dapat tgk.... aku tgk pakwe ku siyes je nak tgk citer tu... nak cari ilham nak drift la nanti.... macam ku tak tau.. huhuhuh muaks!!!!!!
-----------------------------------------------------------------------------------------------
evolusi bermula...
yang pastinya citer ni mmg best!!!!1 lebih best dari IMPAK MAKSIMA arahan ahmad idham...
mayb sebab director orang muda n tau ape yang orang muda suke so citer nih digarap sehabis baik oleh directornya...... lebih banyak action drift.. seswai lah dengan tajuk nye.. hehehehheeh ermmmm paus giler tgk citer nih... dalam citer nih langsung tak ader guna teknik CGI .. so action dia lebih nampak natural dari kartun..... even banyak guna stuntman.. but hasil still mantap!!!! babak paling best bagi aku time race kat sekitar jln kat kl..... semangat je .... even ader gaks terselit pelakon tambahan kat tepi jalan tapi xper... boleh cover ngan action yang di tonton..especially time farid kene langgar ngan aaron....... ...dari segu mutu lakonan.. aku kasi 4 bulan pada aaron aziz lah coz dapat hidup kan watak gengster .. cam real jer..... siap bertatu just nak ambik feel .. heheheeh.. untuk syamsul yusuf.. aku rase dia nih terlalu control sangat lah...... x nampak natural.. kaku.... kene perbaiki ag.. heheehe n buat farid kamil... best!!! spontan ajer.... fasha sandha pun ok jer cume kekadang tu nampak cam control pun ador...... over all.. citer nih mmg best.... !! berbaloi rm 2 juta yang dilaburkan........
ni sinopsis citer :
EVOLUSI KL DRIFT adalah filem yang memaparkan paparan kehidupan remaja yang mencari hala tuju identiti mem
bawa kepada asimilasi rasa yang berupaya menjerumuskan mereka ke dalam perubahan yang ketara.
Zack dan Sham adalah dua nama yang sinonim dengan istilah keakraban. Hubungan sebagai dua sahabat karib yang sama-sama berkongsi hobi dan minat dalam bidang perlumbaan kereta ‘drift’. Kelazimannya bidang perlumbaan kereta ‘drift’ didominasi oleh golongan maskulin tetapi ianya tidak menghalang Fasha, teman wanita Zack untuk memecahkan monopili itu dan
menjadikannya sebagai satu hobi yang dikira
‘daring’ dan agresif.
Rentetan daripada sejarah kehidupa
n Fasha yang telah mengakibatkan krisis identitinya mendorong Zack lebih bersikap protektif terhadap pergaulan Fasha. Perjalanan kehidupan Fasha telah dikongkong bagi menghalangnya daripada bergaul semula dengan golongan yang pernah menjeremuskan Fasha ke lembah yang tidak sihat.
Dalam kesibukan melegakan pergolakan Zack dan Fasha, rupa-rupanya dalam diam dan tanpa disedari telah lahir bibit-bibit cinta dalam diri Sham terhadap Fasha. Namun perasan itu terpaksa diketepikan kerana tidak mahu merosakkan hubungan akrabnya dengan Zack. Di sebalik kekalutan ini, Joe dan Karl merasa tercabar apabila kegiatan mereka dalam menjerumuskan anak-anak muda yang meminati bidang lumba kereta ‘drift’ ke alam yang mengkhayalkan dihalang oleh Zack dan rakan-rakannya.
Maka bagi menyelesaikan masalah yang timbul anatara Zac dan Joe mereka telah membuat keputusan untuk berlumba kereta yabg dianggap sebagai satu ekspresi bagi melepaskan keegoan masing-masing.
Read more...