Followers


familia

familia

mOsHi2


my new hijab

>> Monday, June 27, 2011

salam..

hah.. sekarang aku gile style ni.. cume untk aplikasikan untuk bawak g keje je baru wat. tu pun dah nak terjojol mata orang tgk benda benda pelik aku bawak masuk opis. uikss pelik ke?

ikutkan takdenya nak wear turbans style mase time keje.. cume last friday aritu dah darurat sgt.. takde elektrik pulak... kalau last two weeks takde air.. kali ni tak de karan pulak kata orang kampung. so memang tak ader nak beriron la baju tudung sume. benda nak jadikan. selalunya aku selalu prepare siap beriron sume baju untk whole weeks tu.tapi aritu terasa "kemalasan" pulak nk iron..
mujur sesangat that week aku keje ptg so boleh terjah je nak pakai jeans ke, skirt ke, t shir ke... nak play safe aku rembat t shirt ngn jeans mx dgn black blazer. tudung pulak sebab tak beriron kedut kedut bagai.. aku lilit je macma turban! dah jalan.......

ader jugakla terperasan bile dalam train org duk nengok nengok kan.. aduiii ader masalah ke kan.. yuna boleh je pakai takde hal pulak.. oh mungkin sebab aku bukan yuna tapi yuni hohohohooo...

yang bestnyer mase jalan kat jalan TAR konon nak belikan kain lining untuk customer punya baju yang alih alih kainnyer takde tapi aku kene buat tutorial turban pulak!.. tak reti la aku nk ngajor , bukan kededut ilmu tapi alahaiii benda yang aku main hentam je asal boleh tak pandai nak bagi tunjuk ajar.. tapi sebab tuan kedai pun beria sgt aku pun watkanlah... mula tanye gak kot kot ader patung ke boleh la aku sental pale kan.. sekali suh wat kat pale dia. alamak aglah tak reti . takot terkasar kan biul pulak palenyer..aku wat ala kadar yang mampu.. tak sampai ati nak wat kuatkuat. takot terkehel nanti. jadi aku cakap cakap je...

lepas tu cepat cepat aku jalan balik opis...!

Read more...

tourta kukies : cupcake

>> Sunday, June 26, 2011

last weekend diisi dengan sebaiknya...

kegilaan nak masuk dapur tu makin menjadi...

so sabtu lepas aku berguru dgn wife kazen aku pulak.. blaja wat cupcake dgn satu lagi kek carrot but this time nyer carrot cake ader one layer choco cake....

cup cake ni sebelum ni pernah dah berguru dgn wife kazen aku. cume kali ni nak blaja wat aising untuk nk deco kat atas cup cake..

so ni lah hasilnya....

takdelah terror pun kan.. baru nak belajar...deco deco ni... huhuhu






Read more...

busuk hati

>> Wednesday, June 22, 2011


Mengapa ya dalam kehidupan seharian kita, i mean disekeliling kita ada je manusia-manusia yang busuk hati dan suka mendengki? Bila ada rasa tidak puas hati, jalan jahat jugak yang dipilih sebagai perhitungan.MAcam dah takde jalan lain dah kot.. agaknyer tak jumpe simpang kot.. Kononnya sebagai balasan di atas keterlanjuran kita samada dalam mengatur bicara atau berbuat laku cara.


Mengapa mereka tidak berfikiran rasional sebaliknya bertindak seperti orang sakit mental?hurmmmm...... Tergamak melakukan kerosakan harta benda, sabotaj sini sabotaj sana. Tidakkah mereka fikir bahawa ada yang memerhati di atas sana? Yang menjadi mangsa terpinga-pinga kerana tidak tahu apa-apa. Sesak dan sebak di dada. Sedih dan marah bergaul rasa. Apalah salahnya kalau ada rasa tidak puas hati itu, ianya dibawa berbincang. Selesaikan dengan cara elok. Gunakanlah akal yang Tuhan kurnia. Jangan jadi bodoh mengalahkan lembu yang dicucuk hidungnya dan kamu perlu sedar bahawa kamu lebih bodoh kerana membiarkan nafsu menunggang akalmu.

kenapa aku timbulkan entry ni? hurmm.. sebab nyer sedar atau tak, ari ari kita memang di kelompok orang yang berperangai hudus ni....

macam kejap tadi , mase aku jumpe dengan opismate aku yang berminat nak kasi new job untk jadi model untuk bizniz dia... Alhamdulillah aku tumpang bangga jugak n happy sebab kawan aku ni dah nak bercabang.. iokksss ayat rosak betul... ermm maksud aku nak kembangkan kebolehan untuk tingkatkan kualiti hidup.. aisehhhh ... yelah sekurang kurngnya keje murni kan.. wat side income ni.. just nk harapkan gaji khojer yang sedia ader ni pun belum tentu cukup sampai hujung bulan nak survive.. taraf hidup makin tinggi.. jadi dengan adanya biz biz kecik kecik kira ok la untuk cover cover hidup...

ok berbalik pulak citer sal kawan aku nih... aku accept job tu bukan sebab nak imbuhan.. but aku suke rela nk jadi model untuk dia.. biarlah tak berbayar pun. tolong kawan yg baru nak berjinak bukak biznes... so we share the story together la. coz aku pun ader jugak wat side income kicik kicik... bezanya aku tak include biz ni dalam building opis jer.. cust aku luar opis...
cume biz tempahan baju jahit jahit je aku promote kat opis coz customer byk kat situ.

so kawan aku ceciter la ader jugak kes kes busuk hati ni bile mana ader 2 3 orang staf buat biz...
ya ampun.. rezeki ALLAh yang tentukan..betul tak? watpelah kita nk busuk hati sesama kita ni. nak berhasad dengaki dengan kejayaan, kemurahan rezeki orang lain..

tak paham sungguh aku bile ader penyakit kronik macam nih.. sape yang pandai n cepat rebut peluang maka rezeki dialah.. watpe kita nak tabur pasir kat piuk nasi orang? tol tak? pengguna pembeli ni bersepah.. so dia ader pilihan dia mana satu dia nak beli produk.. jadi toksalah orang orang yang ader penyakit hati ni nak wat dajal.. tak baik.. dose je..

tu pasal aku malas nak berbaik sangat dengan orang orng sekeliling.. i rather di cop "sombong" dari mesra alam dgn orang yang baik didepan dalam hati ader hadas dengki... ..

Read more...

ayat ayat klise..

>> Tuesday, June 21, 2011

salam readers...


tetiba tercetus nak ngedate blog pulak. ni pasal sms "umpan" yang tak menjadi la kononnya..nk mengayat punya sms.. soweeeiiii those people out there shud plzzzzz cari new insentif sikit boleh? toksah la nak pakai pakai ayat klise "berkarat" ni... bagi pompuan ati lembut boleh kot nak cair macam air pastu sengih macam kerang busukkan? berangan pulak nak lagi sedap bile siap boleh bawak masuk mimpi.. opsss merepek pulak... fokusssssss.... tettttt...

aku tak kata yang aku ni jiwa keras sgt sampai tak "lut" bila laki guna ayat klise ni.. but honestly aku cakap everytime aku dapat atau pun dengar ayat ayat klise kompom bibir aku yang tak ghupe anjelina jolie mesti terjuihhhhh... MELUATTTTTT!... mesti aku "sound" depan depan 'eh memang lelaki ni suke guna ayat ayat klise ke?"

kononnya bile kuarkan ayat tu pompuan cair la.. mudah ngalah la gamaknyer? eeei betoi betoiii aku tak suka dgr...

antara ayat ayat klise berkarat yang selalu lelaki guna tym nak ngayat:



saya sebenarnya dah lama suka kat awak. tapi.......

awak tau, saya dah lame tgk awak dari jauh. lame dah saya minat kat awak

eh? kebetulan pulak jumpa awak kat sini. starbucks jom?

eh? ni bukan 017-XXX9XXXX ke? takpelah. buleh berkenalan. nama awak sape?

"ada orang suka kat awak. dah lama dah dia nak confess kat awak" "sape?" "saya le orang nye"

eh, muka awak ni macam pernah nampaklah. kat mana ye.

muka awak, sikap awak mirip macam orang yang saya kenal lah.

saya terjumpa no fon awak kat dalam yellow pages

awak jangan risau. awak buleh cerita kat saya kalau awak ada masalah

eh? baju kita sama warnalah. ada jodoh kita ni :)

hai. meja ni awak sorang ke duduk? *tarik kerusi duduk terus*

saya selalu dok belakang awak masa kita sekolah dulu. awak ingat tak saya? ala yang hensem2 tu

boleh kalau nak setel saman ni, tapi awak kena bagi no fon awak kat saya lah. buleh?

saya la yang letak surat bawah meja awak tiap2 pagi masa kita sekolah dulu :)

saya sedar sape diri saya... sape lah yang nak kata saya....* yang ni paling aku menci nak dgr....

nak buat macam mane, orang tak sudi nak kuar dengan orang macam saya nih......*konon2 nak wat ayat sedih la

ayooo.. tu pasal la kot orng cakap lelaki melayu ni tak romantik. tk reti nak ngorat.. sebab dok selalu sangat guna kata kata yang dah berzaman.. taktik lapuk yang dah bertahun ketinggalan...

aku pun bukanla lawa sangat sampai nak jual mahal tapi serabut sungguh bile dengar ayat ayat macam nih.. kalau dulu mungkin aku antara perempuan bodoh yang pernah termakan pujuk dengan ayat ayat macam ni.. tapi itu bertahun dulu sebelum aku merangkak belajar untuk lebih tegar melayani mendepani hal hal macam ni.. orng kata pengalaman mendewasakan seseorang.. ya pengalaman lalu itu jugaklah buat aku kutip satu persatu buat bekal untuk tidak membiarkan aku menjadi perempuan bodoh sekali lagi bile hadap dengan benda benda macam ni...

sian jugak bile tak pasal pasal lelaki lelaki ni jadi mangsa amarah aku bile guna ayat ayat ni depan aku tapi they shud noe tak boleh pakai lagi la... dok sokmo guna "saya sedar sape diri saya" .. hah.. kalau dah tau sedar diri so paham paham la kan.....


kesempatan ni nak tengkiu to those guys yang pernah hadir dalam sisipan hidup diri ini n give me a gud lesson about this in my life..... berguna sangat untuk diri!

Read more...

gettin` better

>> Monday, June 20, 2011

salam,


gosh.. !

last wik minggu yang cukup tidak memberangsangkan buat diri ini untuk lebih aktif..

jatuh sakit da....

memula migrain attack yang berlarutan berjam jam.. pastu sakit sakit sendi bagai...

pastu terus demam panas yang tinggi sampai nyaris kene tahan wad.(sebenarnya dah kene tahan dah tapi degil nak balik umah jugak)

pastu muntah muntah nak lagi best bile hidung pun dah mula berdarah darah.. my lips pun yang kering n started pecah pecah....

kirenya whole wik lepas mmg minggu sakit la...

berulang alik wat checkup takot ader sakit lain. mc tu jangan cakap la... sehari je kot keje.. tu pun paksekan diri coz bile nak sambung mc lagi atas nasihat mama yang takot anak dia terpengsan kat tengah jalan ke kat opis ke siape taukan... tapi itulah doc pulak tak mau kasi kononye lah kan dia cakap " i takot nanti management syak.. coz u dah 4 ari MC n nak continue for today(jumaat) nanti management you check susah i, susah you...."

adoiii terukkan? bukannyer kita sesaje nk mc kan.. ader medical report lagi yang menyatakan aku TIDAK SIHAT.. tapi takpelah benda dah lepas kan.. malas nak ingat...

harapnya untuk minggu ni dan seterusnya akan lebih sihat... tak mau dah sakit sakit nih.. cian mama abah nak kene guard malam malam tengok anak dia... huhuhu



Read more...

cocok...

>> Friday, June 17, 2011


cocok... jgn tak cocok...

Read more...

orang cakap aku....

>> Tuesday, June 14, 2011

opsssiiii, entry sal diri sendiri ni...


well lately i`ve got so much comment orang sal aku... ader yang baik ader yang buruk.. dan ia sesuatu yang positif sebab orang "melihat" aku.. dan care tak langsung yang mane buruk tak elok tu boleh la di ubah ke arah yang lebih baik sikit... even not be a perfect person at least b a gud person pada orang lain kan...

ape yang orang cakap pasal aku.

1. orang cakap aku ni suka letak had masa

sedar atau tak memang aku tak nafikan.. sometime memang aku akan letak had masa. aku suke letak had masa bila orang nak jumpe aku ke atau aku nak jumpe orang. tak tau nak kategorikan part mana.. hhhohohoho.. main ikot pale sendiri aje.. aku memang jenis punctual. so kalau benda yg libatkan masa memang automatik aku jadi terlebih disiplin pulak.. kalau misalnya aku nak jumpe orang tu.. so aku akan decide bile n bile then bile dah jumpe... t aku akan cepat cepat nak endkan "date". sampaikan pernah orang cakap

" u memang suke letak tempoh mase kan? nak jumpe i kene ader time time kan?tak boleh lama lama la... nak balik la.. ape la...? "
"nak jumpe ko kene buat appointment dulu ke?"

hohohoh yes n yes... benda ni pun aku bukan sedar sangat tapi bile ader 2 3 orang mula komen tentang habit ni so aku kene take noted jugak.. bagi aku its ok if lepak lepak bout an hour or having lil chat but kalau melarat sampai berjam jam tanpa arah, y shud aku stay.. ? aku tak cukup "senang" nak spent mase aku yang ciput ni untuk benda lain.. rase rugi. aku memang kedekut masa untuk orang.. jadi itu pasal aku wat had masa kot.. sebab aku suke isi masa aku dengan benda yang boleh bagi input. kalau takat borak borak habiskan air liur wat pe.....tapi takpelah mungkin aku boleh adjust sikit perangai ni... itupun kalau bagi gud benefit kat part aku.

2. orang cakap aku sunyi

siyes mase pestime aku dengar komen ni kuar. aku blur sekejap.. sekejap aje pastu aku gelak.. sunyi tu maksud dia macam mana aku tak sure.. kalau maksud dia sunyi takde life partner. ok aku time.. ya lah memang aku tak rase nak berkomitmen secara serius dgn orang orang.. be someone`s girlfriend,fiancee,wife.... macam lagu ramlah ram "kau kunci hati" huhhu... sekalipun ader jugak yang nak naikkan pangkat aku tapi aku tolak dgn baik niat hasrat murni mereka.

" ala... ko kenal la dulu budak tu...."
"i nak kenal u boleh?"


kalau maksud kerohanian. ermmm yang ni mungkin kot aku sunyi....tapi yang ni aku takmo komen lebih lebih sangat... sebab biar Dia lebih tahu...

3. orang cakap aku jenis cepat kesian

ya. memang aku cepat kesiankan orang.. sampaikan orang kekadang amek kesempatan. salah satu perangai abah yang aku ikot.. tak leh nak kata ape lah kan... tapi tak sume aku jadi kesian. kadang kadang keras jugak hati...

4. orang cakap aku 'funny"

hek.. aku tak pulak rase aku ni funny person. coz aku rase aku agak siyes nyer person.. mungkin ader kot. tapi ader waktu waktu tertentu la.. aku bukan jenis yang "mesra alam' jadi kalau orang cakap aku funny memang tu kira hari bertuah dia la nampak sisi lain diri aku nih...

antara 4 list yang orang cakap sal aku.. aku tertarik dengan list yang pertama.. dan, aku rase aku tak perlu nak ubah bile pendirian aku ni. itu cara aku jadi sama ada ornag suke atau tidak terpulang. coz setiap ornag ader pendirian dia jugak yang tka semestinya sume orang "selesa"

Read more...

buah tangan


tengkiu to my pwen.. jep. ingat jugak kamo ke aku untk li buah tangan dari bandung....

mentang mentang la g holiday dgn sam, kamal adli,angah r, lawak..

cume aku lupe nak gtau aku dah gumuk sikit.. so bile pakai saiz S dah ketat je rase... oh heaven sungguh bile berat naik tapi yang tak best nyer bile pakai baju dah ketat ketat je.. kene tukar saiz...

tapi mamat ni suke sangat li warna putih.. aku dh la tak bape nk gemar warna putih ... ermm bersyukur la ipah oiii ader gak org nak kasi ko baju!!!!

Read more...

in action!

>> Monday, June 06, 2011

Salams....


aku tak pasan yang video korporat yang pernah aku shoot ujung tahun aritu dah di "publish"...
refer kat enrty ni.. commercial n coporate video

sebab pas habis shoot aku tak amek kesah dah.. sebab tuntutan khojer yang macam banyak dengan xtvt "bertapa"...

yang boleh tersedar pun bila opismate aku encik muhammad arif tag my name kat fesbuk... siap bagi ayat tak leh belah...."‎Eyfa Hanies .. ko glamer meh.. nak sign!" hahahaha...

macam cekadak ajer...

then aku view link yang dia postkan... hahahaah mcm haremmmmm aje... ader jugak yang boleh terperasan siap aku dalam clip tu.. hampes tol...

sebab kalau sekali tengok orang takkan pasan itu aku.. tapi kalau byk kali tgk kompom boleh spot aku..

clip ni dah edit.. untk yang full version ader dalam simpanan epf korporat untuk show pada 'tetamu" yg dtg jengah epf dari over the besi.... so dalam clip yg dah di edit tu only a few second je..


bile tengok clip ni.. terbayang balik betapa penatnyer... nak dapat shot yg ni bape kali take kene buat... sampai aku rase macam nak cepuk cepuk je.. naik lenguh dok tahan pp nak sengihhhhhh.... but hasil yg puas hati....

ni clip yang aku upload.. yg dah edit la...

yang full version tu duration panjang sangat dah tu dalam simpanan Jab Komunikasi Korporat.. mintak clip dari abg rox lama sangat nak dapt...

Read more...

mengaji alif ba ta..

>> Saturday, June 04, 2011




alif... ba.. ta....

ingat lagi tak zaman anak anak ribena dulu mengaji? mesti kita ingatkan? yelah berlarak pegi rumah ustaz ustazah reramai dengan kengkawan sambil bawak muqaddam..

paling best bile masing masing berlumba untuk siapa yang habiskan dulu naskah muqaddam.. pastu bile nak Al Quran siap ader kenduri doa dgn pulut kuning bagai....

still ingat lagi mase aku mengaji sikit punya ramai tok guru yang mengajar.. bile dah elok elok nak habiskan 30 juzuk Alquran, ustazah meninggal pulak... tukar tok guru lain..kene mula dari mula balik.. mase tu tak paham ape sangat. ikot aje kata...

kemudian bile kene pindah kawasan tukar lagi tok guru. kene ulang semula dari awal sambil mengeja huruf huruf yang ada dalam Al quran tue.. rotan dah ader kat sebelah. sampai trauma nak pegi mengaji lagi sebab asik kene perli dengan budak budak lain. kononnya tak pandai nak mengeja. habis kan mase dengan tok guru lain ajaran yang dipakai guna bahasa rumi.. bila tok guru baru ajar bahasa arab.. ingat lagi bile abah hantar awal awal untuk elak bertembung dgn budak budak lain mase mengaji..


pastu tukar lagi tok guru bile tak tahan kene psiko .. tapi kali ni hanya sambung bacaan bile dgn tok guru baru. tak payah nak mengeja huruf balik. rupanya abah dah terlebih dulu "bercerita".

alhamdulillah selamat jugak habiskan 30 juzuk. cuma amik mase lama sikit. kalau dulu darjah 4 dah boleh bangga la konon habis Al quran.. tapi aku darjah 6 baru habis tu pun setelah 7 orang guru ngaji!


tapi now...


bila dah besar,dah hilang rasa excited nak baca Al quran. mungkin sebab kita tak ada masa? atau sebab kita tak faham maksud dan tak FEEL, maybe?

alhamdulillah kalau dulu aku jarang nak bukak kalam Allah tapi sejak aku tanam azam untuk membaca al quran serius sekurang kurangnya satu muka surat sehari, aku dah mampu biasakan diri. bukan untuk riak. tapi takkan kita hanya nak bukak kalam Allah itu bila ader majlis orang mati aje? takpun bile majlis kawen? takkan nak bairkan kalam Allah tu jadi perhiasan semata mata..?


sungguh saat aku mula membaca sungguh aku malu sangat sangat. dah lama tinggal KALAM ALLAH yang dulu selalu aku usung sana sini... merangkak nak membaca balik.. mase tu baru sedar diri ni betapa tak layaknya nak jumpe DIA..tapi sejak 2 tahun ni aku dah mampu baca dengan baik. sekalipun tka mampu nak menghafaz macam tahfiz...



selalu aku dengar bile datangnya ramadhan, sume pakat pulun nak khatam dalam bulan mulia tu..tak salah.. tapi seolah olah macam kita ni aim semata mata nak khatam aje.. bagi aku biarlah dalam bulan tu kita manfaatkan untuk lebih menghayati kalimah tu.. tak khatam pun takpe... ape guna kalau kita khatam 30 juzuk tu tapi erti kefahaman ayat ayat suci tu sendiri hilang...

percaya tak, kalau aku cakap kadang kadang kita ni bile baca Al quran, kita berlagak? bukan maksud aku berlagak konon boleh menghafal sumer juzuk.. but bile kita baca al quran dengan tafsir, kita konon macam letakkan diri kita ni jadi "watak baik" je dalam alquran.. tapi kita ni lupa, cukup ke kita ni nak jadi 'watak baik" tu? cukup ke dengan apa yang kita buat selama ni untuk melayakkankan kita jadi "watak baik" konon "akulah orangnya yang disebut dalam ayat "WAHAI ORANG YANG BERIMAN...." "WAHAI ORANG MUKMIN"

yakin ke kita ni orang yang Allah sebut dalam al Quran tu? mane la tau kot kot kita ni terlebih perasan "beriman" sebab nyer kita memang orang islam ye dak?

patot kita letak diri kita tu "watak hitam". bayangkan diri kita tu yang diseksa dalam neraka yang Allah describe dalam Quran. letakkan diri kita tu a person yang dalam siksaan azab..

kita ni terlebih perasan bila berangan yang kita ni "beriman" sedangkan amal kita pun belum tentu cukup nak sampai level tue...

percaya atau tidak,kalau dulu mase kita kecik kecik.. sumer surah kecik dalam muqaddam tu kita hafal... baik dari surah 3 qul sampailah yg terakhir. tapi sekarang rasenya kita asik mengulang surah Al fatihah dengan surah 3 Qul je dalam solat... tol tak? benda ni aku sendiri pun pernah buat kononnya dah cukup afdal la dengan 3 qul itu. tapi bila aku sedar sebenarnya benda tu tak cukp pun..

ape yang aku tulis bukan untuk perlekehkan orang tapi lebih pada untuk ingatkan diri sendiri yang cukup mudah lupa.... sungguh pada satu saat dalam dalam hidup ni.. aku rase kosong. lost sangat sangat.. even di luar aku nampak happy tapi jauh hakikat aku lost....

tanya pada diri kita.. dalam mp3, ipod, ader ke terselit mp3 al quran?


aku perempuan yang tersalah pilih lorong hidup. Apabila aku terlanjur melalui lorong yang salah,
maka lambatlah aku sampai ke jalan kehidupan. Setiap lorong yang aku lalui ada cerita suka dan duka. Aku bunuh jiwa duka, Aku ambil rohnya.Buat teladan sepanjang jalan.Aku mahu cepat sampai, justeru AKU memilih untuk berjalan kaki.Kerana kaki yang menyokong aku inilah yang akan mengingat,setiap langkah, jatuh dan bangun...



kita perungut setia bila lihat semua serba tak kene. kita keluh bila penat
kita keluh bila berat segalanya rompong dimata itu lah kita semua
termasuk yang menulis ini juga kurang bersyukur pada yang esa..

Read more...

rejab datang lagi


Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam. Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam dimana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra' dan mi'raj Nabi Muhammad saw. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu bulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa.


Rejab bulan menabur benih Sya'ban bulan menyiram tanaman Ramadan bulan menuai

Rejab menyuci badannya Sya'ban menyucikan hati Ramadan menyucikan rohnya

Rejab bulan marghfirah Sya'ban bulan syafaat Ramadan bulan menggandakan kebajikan

Rejab bulan taubat Sya'ban bulan muhibbah Ramadan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya

Rejab digandakan 70 pahala
Sya'ban diganda 700 pahala
Ramadan diganda 1000 pahala

jadi seluruh umat islam akan berebut rebut untuk meningkatkan amal. berpuasa 3 bulan berturut bagi yang mampu...


Read more...

Bayi Baru Lahir Dicampak dr atas Pangsapuri

>> Friday, June 03, 2011

salam...

rentetan dari akhbar tabloid :


2011/06/02

KUALA LUMPUR : Apalah dosa seorang bayi lelaki cukup sifat yang baru dilahirkan hingga ada manusia tergamak mencampaknya dari tingkat atas sebuah pangsapuri di Sentul di sini, ke atas permukaan jalan, hingga bayi malang itu ditemui mati dengan kepalanya pecah, malam kelmarin.

Bayi masih bertali pusat yang dibungkus dalam plastik itu ditemui tertiarap dalam keadaan menyayat hati oleh penduduk Pangsapuri Sentul Utara pada jam 11.45 malam, di tempat letak kereta, kurang dua meter dari tong sampah. Polis percaya bayi itu dicampak dari balkoni laluan tangga pangsapuri berkenaan dengan pelakunya dipercayai cuba membuang bayi terbabit ke dalam tong sampah, namun tersasar ke permukaan jalan.
Pemeriksaan polis turut menemui titisan air dipercayai air ketuban di tangga tingkat empat pangsapuri 15 tingkat itu.

Mayat bayi itu ditemui hanya 16 jam selepas penemuan mayat seorang bayi perempuan yang tersangkut di celah batu di sungai berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pagi kelmarin.

Sambil menyifatkan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu sebagai amat hina dan keji, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan bayi itu milik penduduk pangsapuri berkenaan.

"Selain itu, kita juga menyiasat kemungkinan bayi malang ini dibawa oleh orang luar sebelum dibuang di kawasan ini. Berdasarkan kesan kecederaannya, kita percaya bayi ini jatuh dari tempat tinggi iaitu dicampak ke bawah dari pangsapuri ini," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai khususnya penduduk pangsapuri itu yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Saksi kejadian, Ahmad Azhari, 34, berkata beliau baru pulang dari pejabat dan terkejut apabila melihat bungkusan berisi seperti anak patung berhampiran tong sampah, ketika melalui kawasan itu.

¡°Hancur hati saya melihat rupa-rupanya bungkusan itu berisi bayi baru dilahirkan dengan kepalanya pecah,¡± katanya.

..................................................................................






SEDIH, MARAH, sumer perasaan bercampur baur bile bace paper sal hal ni...

aku tak tahulah manusia ni tahap mana" sifat manusia" dia sampai tergamak wat macam nih...

sedangkan binatang pun tahu sayangkan anak. ni pulak manusia yang sempurna akal sume la.. tergamak sungguh..

menitik air mata ni bile bace satu persatu sal baby malang nih... kenapalah mahkluk tu kejam sangat..!!! pandai buat pandai lah tanggung... mase ko sedap dok berzina, dok berulit takde pulak nak pikir kesan kan.... bile dah terkuar seketul baru gelabah biawak sampai pendek sangat akal main campak campak! ingat tu anak patung ape?!

kalau ya pun tak nak bela budak tu....jangan dibuang atau di bunuh.. bagi aje kat jabatan kebajikan.. takpun bagi aje pada orang yang tak mampu nak ader zuriat... ape salah budak tu sampai sanggup "treat" mcm tuh.. main buang kat semak, sungai, depan surau bagai...

agaknya ni lah hasil dari arus pemodenan dan keterbukaan mak bapak dalam mendidik anak anak kot.. sampai terlebih pandai wat keputusan...

ramai orang yang kurang bernasib baik dalam mendapatkan zuriat... yang amat harapkan adanya baby... tapi orang yang mampu sanggup nak bunuh bunuh...

pada orang yang buat ni... bawak bawak la taubat nasuha.. cukup cukuplah dosa yang ader kat dunia ni.. jawablah esok kat akhirat...

ingat what goes around comes around... apa yang kau buat tak mustahil keturunan ko pun akan wat benda yang pernah kau buat!!



Read more...

argghhhhh! geram bengang!

>> Wednesday, June 01, 2011

tu muka angry bird kan? sentap je kan..

hah aku pun tengah angry jugak ni......

rase macam nak lambung ajer segala menda yang ader atas my workstation nih...





suhu degree marah makhluk mana takkan naik...

kalau takde hal yang menyusahkan

tol tak?

siyes la.. at the momment aku bace email pagi tadi elok je masuk opisss terus aku menyumpah dalam hati...

iyelah orang lain punya taik yg bersepah orang pulak yang terpaksa cuci!

bahasa kasar kan? huh.. dulik la...




tolonglah wahai pemilik nama F*!%! be responsible to your own shit la.. sal ko aku pulak nak kene tanggung salah kau! tak pasal2 nama aku masuk dalam report sebab benda bodoh yang kau INSTALL yg SAH2 "tak boleh"! b a man ok... jgn nak sorok anu ko pulak bile dah salah.. eeeii geram tau.. effect KPI aku bodoh!

kalau ya pun nak dajalkan orang jangan terang terangan sampai aku leh tau pendajalnya...

jangan la berlagak kalau ko tau pun bab bab IT ni.. orang lain lagi bijak pandai dari kau.. sampai boleh detect hal kau.. yang jadi mangsa aku! sebab akulah makhluk yang last login tau!!!!!

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP