Followers


familia

familia

mOsHi2


>> Wednesday, May 28, 2008

ermm nape blog ni tak leh upload photo.... bengang nye aku..... huhuhuhuuhu

Read more...

pindah lagi

>> Monday, May 26, 2008

adoiii penat den raso ae... mmg penat bile tibe bab pindah randah nih.. mc kat post aku yang sebelum nih.. aku ader mention yang nak pindah..so semalam proses angkat barang bermula... wah mmg penat bile memikirkan nak kemas balik sume benda... oleh sebab aku mmg bukan jenis yang suke sepah2sepah even dalam keadaan pindah randah nih.. so aku cepat2 kemaskan .. kalau boleh aku nak dalam aritu jugak sume benda di clearkan.. tapi na mungkin heh... so pelan-pelanlah buat... but aku make sure tempat beradu aku dalam keadaan best!!! so punyalah penting diri aku kemaskan susun atur bilik aku... mama aku bising jugak coz aku lebih penting nak kemaskan bilik aku je dari kemaskan barang2 lain.. ah peduli ape aku.. agpun barang lain2 take time nak deco.. so aku selfishkan diri dengan wat ape aku nak.. penat mmg penat... then aku tlg kemaskan bilik mama n angah. sume.. hah atleast dengan sikap penting diri aku nih jugaklah diaorang dapat gak tido dalam keadaan selesa n tak pening2 nak cari baju ke ape ke sebab sume aku dah siapkan.... ada paham!!!!

so untuk ptg nih yang tinggal untuk di kemaskan is ruang tamu n ruang menonton.. dapur sume aku dah clearkan pagi semlam..... garden kat depan umah aku rasenya mama dah take over untuk dia dco.. so pasni dah tak byk kije ag!!!1 cayalah ...

rumah baru nih mmg agak sempit dari umah lama but very da comfortable punya...coz di extandkan ke belakang... alarm.. door bell.. bak kate lebih segalanya dari umah lama yang ~standard je~ hihihihi.. aku pilih bilik bawah coz senang untuk aku d dapur untuk makan. dekat ngan ruang tv... senang cakap mls naik tangga hahahaha..

Read more...

cerita pendek seminggu nih..

>> Thursday, May 22, 2008

salam.. ermm agak lame aku tak ngedate blog ku nih.. mesti dah bersawang babun nih... hihihi...
ermm aku agak bz sket.. banyak sangat aktiviti aku untuk 2 minggu nih....

ermm ahad nih aku pindah umah baru..... so penat lah mengangkut trip by trip barang2 umah aku nih....nak guna kontena mcm biasa tak muat plak coz laluan umah baru aku tu sempit keta jiran parking memanjang kat tepi jalan.. kayo sangatlah kan.... sebuah umah 2 3 bijik keta.... maner muat nak parking kat pakir umah...
so kenelah ngangkut ape yang boleh dengan kenderaan sendiri... so tinggal gobok yang beso2 beso ye..untuk di angkut kai loeiiiiii heheheheh... well aku pun tak tau nak tulis pe sebenarnye nih... byk sangt dalam pale otak aku yang tengah blur pepagi nih...

bebaru nih gempar bile keta SLK {sweet little kancil} aku hilang.....sedey seh.. panik gaklah aku n famili.... sume benda penting termasuk dokumen geran moto keta hilang. huhuuhuhu warrghhhhhh teriak aku.... wat 3 report police.. tunggu jelah nanti..

semalam sempat jugak aku wat suprise beday pakwe aku.. adam... huhuuhu very simple but cukup wat dia ketawa hehheeheh. sebenarnya adam budget he celebrate by himself jer....coz aku awal2 dah mention yang aku bz bangat minggu nih...(minggu beday dia) so mayb kau nak postpone the celebration.... yo yo o lah dia ingat dia sambut sensowang.. until aku ajak dia datang jumpe aku n bawak g chicken rise shop.. letak kek depan dia.... ermm chocolate cake n bukan cheese cake.. hahahhaahahaha aku tau dia suke bangat cheese cake.. bt aku tak suke cheese cake so aku tukar cake last minute.. ganti ngan chocolate cake... kalau choc cake boleh aku tumpang mkn.. but kalau cheese ceke aku melongo tengok je dia mkn hahhahahahahaha.. but dia puji chocolate cake yang aku suprisekan dia very da sedap one..... heheheeh yup aku akui sedap.. coz chocolate dia besh..... hapi besday sayang.... then sempat hapikan hati dia dengan spent time dengan plan besh untuk dia... jenjalan.. but celebration ni tak bolehlah over the budget sangat coz lusa 24hb ader 1 ag celebration untuk aku n dia.... muah...

happy besday sayang..

Read more...

>> Tuesday, May 13, 2008

semalam aku dah suh adik aku deletekan akaun frenster aku.... then aku nak delete gak email aku yg hani_saggiegurl n nurhanies tu.. but tak boleh guna manual.. so aku dah delete sume msg lamer n kosongkan trash 22 akaun aku.... cume aku akan guna hani_saggiegurlz je memandangkan akaun credit card pun akan inform kat mail nih.. bonuslink pun samer....touch n go pun inform mail nih... tujuan aku kosongkan sume nyer coz aku taknak ag open mail aku.. biar aku kosongkan sume yang lepas. so if ader mail baru aku tak nak tau langsung ape isinyer.... enough!!!! aku taknak aktif 3 bulan berturut-turut agar dia leh lupus sendiri.... moga puas ati pakwe aku.. pasni kalau dia bising ag.. aku tak tau lah nak wat camner ag.. aku ikot ape dia kata...
hanya tinggal myspacenyer akaun....tu pun aku nak delete gak one day........

Read more...

mother, are the place where love

>> Friday, May 09, 2008

Mothers are the place where love
Emerges from the earth,
And happiness rings out like bells
In honor of our birth.
Mothers are the sun that lights
For life our inner sky,
So we may know that we are loved
And need not question why.

Mothers are the moon that shines
Upon our black despair,
So even when we weep, we know
That someone's always there.

Whatever fear, or stress, or pain
Might them to anger move,
We know that underneath the storm
We have, always, their love.

Read more...

KALAU TAK SUKA PULANGKAN........

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya
terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj. "Horey! Papa
balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam
bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas
minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar
hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup
paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa
anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak.
Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya
terpacul di belakang pintu.

"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum
ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.

"Fail saya kat depan tu mana?"

"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."

"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu
patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati
kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.

Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia
tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. "Laila"
Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

"Saya nak ke out station minggu depan."

"Lama?" Soal Laila.

"Dalam seminggu."

"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"

"Budak-budak? "

"Ikut jugalah."

"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana .
Tengok masa kat Legacy dulu tu&"

"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih
berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan
yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu
berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah
harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. "
Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat
Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti
kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut
apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang
sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah
jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah
kitab lama.

"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar
abah ambik bagi kamu!"

"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka
pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka
pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.
Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak
suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat
Laila adalah isterinya. Cuma..

"Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu
lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah."

"Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih
mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni
pekak ke?"

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja
marah. Dia berpatah semula ke dapur.

"Awak masak apa?"

"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong
sebelum sempat mamanya membuka mulut.

"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang
selera!"

"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.

"Keluar!"

"Mama dah masak Pa!"

"Awak saja makan!"

"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil
hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya
keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah
ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.
"Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok
papa marah-marah. ." "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam
gorilla kan ?"

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling.
Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi
pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

"Laila.." serunya

"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita
tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau
nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

"Sunyi pulak rumah ni mak,"

"Lama-lama kau biasalah."

Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa
terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa
terluka. Kehilangan yang amat sangat.

"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari
outstationnya.

"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang
tu."

"Tak ada lah?"

"Ingat papa ni cop duit?"

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah
kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi
mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada
sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara
perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi
yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak
tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju
mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja
akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi
dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul
menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya.
Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya
terhadap anak-anak.

"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang
bukan-bukan. " Ujar Laila perlahan

"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok
anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana ,
kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak
pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang
kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan
malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas
betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di
halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan
tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.
"Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.
"Abang!"
"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan!
Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.
Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang
itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin
pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika.
Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga
tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit
pengajaran pada anak-anak.

"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk.
"Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti."
Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila.
Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah
merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila
tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B
walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.


"Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling
ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangi lagi.
Dating ye?"

"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk
staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

"Ikut boleh?"

"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya
terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan
turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
"Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak
kami."

"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat
itu ini. "

"Papa pesanlah.."

"Nantilah besar sikit." Dalihnya.

"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut
pergi mana pun."

"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"

Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."

"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit
boleh?" Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama
dan anak-anak?"

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga
mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya
anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk
anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak
cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi
amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama
mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang
lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai
anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia
lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya
seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk
memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di
fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah.
Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan
menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri.
Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli
dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak
ada. Menyusahkan! " Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan
anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak
berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke
sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi
sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh.
Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak
dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah
lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas
pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus
sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang
hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola
tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi
kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya
tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi
membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain
yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila
pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan
lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya.
Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah
kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan
kerana keengganannya Laila dipulangkan. ......... ......



** dah adat manusia..bile depan mata sikit pun taknak hargai tapi bile dah tak ader baru nak kenang-kenang....

Read more...

kene transfer?!

uh.... tak nak.. tak nak kene transfer kije.......x suke!!! carilah orang lain....

well bagi oarang lain kene tukar kije ke kawasan lain mungkin ader yang suke.. but bagi aku.. AKU TAK SUKE!!! bagi aku tempat kije aku skunk cukup baik n teramat mudah dengan sume facilities....agpun nanti aku punya banyk kesulitanlah...... bodoh nyer management aku.... ermm actually hal ni masih dalam perbincangan ag.. not so sure lah pertukaran tue..... tapi tak slah kalau aku yang rase cuak dulukan...

ape yang aku sedia maklum pertukaran yang akan dibuatlah untuk isi kekosongan jawatan kat data center 3m kat damansara......menggantikan staff yang kene transfer kat tempat lain... bodohnye managemnt aku ni sebabnyer dia nak tarik orang data center kat HQ ni yang tersedia maklum sangat kekurangan kaki tangan nak buat kije.. ape ke jadahnye main tarik-tarik ajer ikot suka hati bapak dia.... dengar citer ader 3 nama yang naik dan sebab yang diberikan yakni :

1) aku....(satu satunya wanita tunggal dalam data center)
kemungkinan aku ditukarkan ke sana : -- kat HQ ni aku sorang je pompuan pastu dan boleh la nak bergebamng ngan staff kat sana yg majoriti pompuan... then ia akan memudahkan aku untuk d study kat kampus aku kat shah alam yang kekononyer dekat lah dengan tempat kije....agpun MASIH BUJANG dan TIDAK ADER SEBARANG KOMITMEN...

2) mohd faiz
3) mohd firdaus... * dua orang ni just simpanan but aku ni antara nama pemeslah nak kene tukar...

sebab aku tak suke is...
menyusahkan aku nak kene berulang alik dari CHERAS---DAMANSARA---SHAH ALAM---CHERAS....
menyusahkan jadual kije n blaja aku nanti.
masalah transportation..(slama ni aku g kije nek LRT je coz opis aku dekat ngan LRT .. jimat mase tenaga,minyk keta,)

aku mmg tak suka nak kije kat 3M tu... u noe y? coz kat sana kijenyer jenis memerintah... n then sume senior ambik kesempatan buli dengan junior... malah takkan bertolak ansur....
bagi ajerlah kat orang yang dok dekat ngan damansara mcm FIRDAUS tu.... kalau boleh claim perjalanan tak pe gak ni sume sendiri...
ah aku tak kire,, tak nak tukar.... tapi kalu kene gak.... aku akan wat rayuan.. tlglah jangan nak nyusahkan aku......

Read more...

horey!

>> Thursday, May 08, 2008

slam.. yuhuuuuuu...
dah udah FINAL..... ermm alhamdulillah akhirnya dah habis pun final... so pasni leh tumpu pada kije.... so far u rase puas ati lah menjawab sume paper yang aku ambik..... hope aku puas ati lah dgn keputusan nyer.....

now, aku nak restkan minda.. diri aku yang amat penat menelaah untuk final nih...

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP